Bab 22

339 30 33
                                    

DHIRAYNA mendongak pandang langit. Ingin mengambil ketenangan. Namun jiwa tertekan. Otak bercelaru. Kerana ada sesuatu yang mengganggu fikirannya saat ini. Atau lebih tepat, tentang wanita yang datang kerumah Nazhan untuk menyerangnya tempoh hari. Mamanya, Mrs Ryu.

Dhirayna mengeluh panjang. Bilalah semua ini akan berakhir?

"Dhirayna, you okey?" Suara Nazhan. Dhirayna menoleh kebelakang. Dia senyum.

"I okey..." Jawabnya ringkas.

"Tak, you tak okey. You ada masalah?" Dengan muka Dhirayna yang nampak pucat itu tahulah Nazhan yang gadis itu sedang memikirkan sesuatu.

Dhirayna geleng kepala.

"I okey Nazhan..."

Nazhan hanya diam. Takkan dia nak memaksa gadis itu supaya meluahkan segalanya? Lagipun segalanya berlaku dengan tiba-tiba.

"Hael mana?" Tanya Dhirayna.

"Jangan tanya, macam biasa lah..."

Dhirayna ketawa. Faham apa yang Nazhan maksudkan. Macam biasa maksud Nazhan tu, Nazhael tengah pikat Nawwarah. Bersungguh nampaknya lelaki itu nak ambil hati Nawwarah. Kononnya nak berkawan, tapi sebenarnya nak memikat. Haih lah Nazhael Raihan.

"Dhirayna..." Panggil Nazhan.

"Ya."

"You sayang I?"

Terpempan Dhirayna mendengar soalan itu.

"Dhirayna? You sayang I kan?" Sekali lagi Nazhan Khazrael menyoal.

"Nazhan, tak terlalu awal ke untuk you tanya semua ni?"

"Tapi kita dah kenal lama Dhirayna..."

"I tahu..."

"So?"

Dhirayna hembus nafas panjang. Kenapa Nazhan tak faham apa yang berlaku sekarang ni?

"I ni, bawa malang." Mudah jawapan Dhirayna. Air matanya ditahan daripada jatuh.

"No! You tak bawa malang pun Dhirayna. Semua tu rancangan mama you. Kenapa you perlu salahkan diri you?"

"I cuma cakap benda yang betul Nazhan. Mama I mampu buat apa-apa. Dengan kuasa yang dia ada sekarang ni, dia mampu bunuh semua orang termasuk ayah I..." Dan Dhirayna, menangis.

Sejujurnya dia risaukan ayah angkatnya, merangkap pekerja papanya dahulu akan diapa-apakan oleh mamanya. Masakan tidak, papanya pun sudah pergi akibat rancangan Ms Ryu.

"Dhirayna, I minta maaf. I tak patut buat you ingat balik kisah lama you." Serba salah Nazhan bila melihat Dhirayna menangis. Tubuh gadis itu dibawa ke dalam pelukan.

"I... I kena hadap semua ni Khazrael. Sampai bila I nak lari?" Luah Dhirayna. Nazhan diam.

Tahulah dia apabila Dhirayna sedang sedih yang melampau, Dhirayna akan memanggilnya Khazrael. Kerana Khazrael saja yang mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Dhirayna dan hanya Khazrael saja yang mampu memujuk seorang Dhirayna Yamna daripada menangis.

"My Dhirayna..." Panggil Khazrael lembut.

"Khaz-Khazrael... I tak kuat. Bi-bila semua ni akan berakhir?" Luah Dhirayna teresak-esak.

"Semuanya akan berakhir, my Dhirayna... Percayakan aku." Rambut Dhirayna diusap lembut.

"I minta maaf Khazrael..."

"No, it's okey. My Dhirayna tak cantik menangis lama-lama." Pujuk Khazrael. Air mata gadis itu diseka.

"I sayangkan you, Nazhan. I minta maaf sebab buat you kecewa."

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang