"MORNING mama." Sapa Nuwairah Rose bila sampai ke dapur. Puan Sri Juliana tersenyum.
"Morning too..." Balasnya.
"Abang dengan adik tak bangun lagi?"
Nuwairah Rose sekadar angkat bahu. Malas nak ambil tahu fasal abang Nazhan dengan Nazhael itu.
"Mama masak apa? Nasi goreng?"
"Ha'ah, Aira pergi kejutkan abang dengan adik tu. Kalau tak dikejutkan memang haram dua orang tu nak bangun."
Nuwairah Rose buat gaya tabik.
"Aip aip captain!"
Sampai dihadapan bilik Nazhan, Nuwairah Rose mengetuk bilik lelaki itu.
"Abang? Do you to built a snowman? Come on go and play. I'm never see you anymore. Okey! Aku lupa lirik." Nuwairah Rose gelak besar. Kelakar pula rasanya.
Pintu bilik Nazhan diketuk lebih kuat. Sengaja nak buat lelaki itu marah. Nak balas dendam fasal dekat butik tiga hari lepas. Haha. Gila kau tak nak balas dendam.
"Abang!!!" Terjerit jerit Nuwairah Rose memanggil Nazhan. Kemudian dia mengekek ketawa.
Pintu bilik terbuka sendiri.
"Kau dah pehal sengal?" Dengan muka mamai Nazhan menyoal. Kalau boleh, nak sangat dia luku kepala adiknya itu, tapi disebabkan rasa mengantok yang menguasai diri saat ini, dia tahankan sahaja. Sabar... Hari hari ada bas, lain hari Nazhan kacak balas.
Nuwairah Rose ketawa kecil.
"Mama suruh Aira kejutkan abang."
"Tak payah sampai nak terpekik pekik macam tadi. Aku sumbat dalam longkang baru kau tahu. Macam pontianak jer terpekik pekik macam tu!" Hah ambik! Kena setepek.
Habis sahaja memberi sindiran, terus Nazhan tutup pintu bilik. Nuwairah Rose pula terpinga pinga. Halemak die ni.
"Bersyukur sikit eh Aira kejutkan abang!" Jerit Nuwairah Rose. Kesah pulak aku kalau nak samakan aku dengan pontianak. Dia itu? Toyol baru keluar dari gua. Huh!
Kemudian, Nuwairah beralih pula dekat bilik Nazhael. Oky, yang ini kena guna cara lembut. Sebab Nazhael adalah adik lelakinya yang paling baik. Sebab apa? Senang nak diarah. Suruh beli itu, dia beli. Suruh ambil itu, dia ambil. Hewhew.
"Nazhael sayang kakak... Mama panggil. Ajak breakfast sama. " Lembut tutur bicara Nuwairah Rose.
Tiada sahutan dari dalam bilik.
"Nazhael Raihan! Kau bangun sekarang!"
Pintu bilik terbuka serta merta. Muka mamai Nazhael tayang.
"Ish! Kacau betul! " Cemberut muka lelaki itu. Tetapi kaki digagah jua untuk turun ke dapur.
Nuwairah Rose pula, ketawa berdekah dekah. Haih... Seronok pula kacau orang ni.
"Tahu takut... " Omelnya diselangi ketawa perlahan.
Lantas, notifikasi dari telefonnya berbunyi. Menandakan ada orang yang menghantar mesej. Siapa pula yang ganggu aku pagi-pagi ni? Aplikasi WhatsApp dibuka. Berkerut dahinya melihat nombor yang tidak dikenali menghantar pesanan kepadanya. Siapa? Otaknya menyoal. Pesanan itu dibaca.
6013-123456789
Hi there! Morning. I'm Naufal. And you're Rose. Yeah, I knew it! My mom dah bagitahu. So... Macam inilah Cik Rose, I tak ada masa nak chat you bagai ni. Tapi, ini pun arahan dari my mom. Jadi tak nak panjangkan cerita, my mom and your mom dah jodohkan kita dua. Well, I tak berapa nak faham sangat. Dijodohkan atas talian? What was that? Then, I nak you bagi keputusan yang you tak suka dekat I. Kita jumpa pun tak pernah kan? So... Why not, you bagitahu dekat your mom that, you tak suka I. I tak nak rumitkan lagi perkara ni. Keputusan terletak dekat tangan you. But, kalau you anak mithali sangat. You boleh jer ikut plan my mom and your mom yang tak masuk akal tu jodohkan kita dua. Got it? That's all. Thanks.
Nuwairah Rose terdiam. Apakah? Apa ini semua? Jodoh? Huh? Sekali lagi, Nuwairah Rose membaca pesanan yang dihantar oleh lelaki bernama Naufal tadi. Air liur ditelan kesat. Sah! Dia berbincang tentang mak dia dan mak Nuwairah Rose nak jodohkan dia dengan lelaki bernama Naufal tadi. Ini ke kifarah sebab dia ganggu abang dan adiknya tidur? Tapi dia cuma turutkan arahan dari Puan Sri Juliana.
Arghh! Nak pengsan!
Tak! Ini bukan masanya kau nak pengsan Aira! Pergi berbincang dengan mama sekarang!
Otaknya sedang memberi arahan.
Nuwairah Rose angguk. Sekarang ini, sungguh dia blur.
"Aira... Lamanya dekat atas tu. Jom makan. Nanti sejuk pulak nasi goreng ni." Ceria suara Puan Sri Juliana menegur anak gadisnya.
Nuwairah Rose pula dengan muka cemberutnya menunjukkan pesanan yang baru sahaja dihantar oleh Naufal tadi. Puan Sri Juliana angkat kening. Perlahan, dia mengambil telefon anak gadisnya dan lantas matanya membaca pesanan dari Naufal. Kemudian tersenyum.
"Jadi, Naufal dah chat Aira la ni?" Tersenyum-senyum Puan Sri Juliana menyoal.
"Apa semua ni, mama? Siapa Naufal?"
Sebenarnya banyak lagi yang Nuwairah Rose nak tanya, tapi entah mengapa hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.
"Aira... Dengar dulu penjelasan mama ya. Naufal tu-"
"No! Aira tak kenal pun siapa lelaki tu dan Aira tak nak kenal pun! Full stop! Hentikan niat mama dan kawan mama tu nak jodohkan kita dua!"
Tak sempat lagi Puan Sri Juliana menjawab, Nuwairah Rose terus menerpa lari kedalam bilik. Geram, sakit hati, semua ada!
"Kenapa tu mama? Mama nak jodohkan kak Aira dengan siapa?" Nazhael yang hanya menjadi pemerhati tadi mula sibuk menyoal.
"Tak ada apa-apa. Hael makan cepat. Ikut mama pergi butik lepas ni."
Nazhael angguk. Turutkan sajalah arahan mamanya.
Dalam diam, Puan Sri Juliana mengeluh. Macammana ni?
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Storie d'amore-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...