Bab 16

360 31 1
                                    

"AWAK, esok kita balik rumah mak ayah saya pula tau. Dah pack semua barang?" Soal Fedriz Naufal. Sekaligus, mengingati isterinya. Takut-takut lupa.

"Dah awak..." Jawab Nuwairah Rose meleret. Berapa kali dah suaminya itu mengingati dia.

"Tapi kan, yang saya pelik..." Nuwairah Rose duduk bersebelahan Fedriz Naufal yang elok menaip sesuatu di komputer ribanya.

"Awak cakap, awak ada abang. Kenapa masa majlis kita semalam dia tak ada?" Sambung Nuwairah Rose.

Fedriz Naufal pandang si isteri. Dia senyum manis.

"Esok awak akan tahu." Ringkas jawapan Fedriz Naufal.

Nuwairah Rose mencebik.

"Tapi saya nak tahu sekarang." Rungutnya. Mulut sengaja dimuncungkan.

"Cium mulut tu kang! Dah, buatkan air untuk saya boleh? Hauslah..."

"Yalah. Awak tunggu. Saya buatkan air yang sedap-sedap untuk awak." Perli Nuwairah Rose sebelum dia turun kedapur.

Fedriz Naufal ketawa halus.















"AWALNYA Nazhan nak balik. Stay lah lama sikit. Lagipun Aira baru jer kahwin kan?" Pujuk Puan Sri Juliana.

"Awak ni, biarlah dia nak balik. Dia pun mesti banyak kerja nak dibuat." Kata Tan Sri Nusair pula membela.

Nuwairah Rose angkat kening. Abang Nazhan nak balik dah ke? Kenapa tiba-tiba? Kakinya laju dilangkah kearah ruang tamu.

"Abang? Nak balik dah?" Soal Nuwairah Rose terus.

Nazhan angguk. Senyuman hambar terpamer.

"Kau tak kisah kan?"

"Eh, tak apa! Aira faham, abang sibuk." 

Nazhan terus peluk tubuh Nuwairah Rose. Haih, semakin matang adiknya ini selepas kahwin. Pelukan dileraikan selepas itu.

"Abang! Jom!"

Suara Nazhael! Semua mereka pandang Nazhael.

"Hael pula nak pergi mana? Dengan luggage lagi." Tegur Puan Sri Juliana.

Nazhael pandang Nazhan. Meminta lelaki itu memberi jawapan kepada Puan Sri Juliana.

"Nazhan yang minta dia ikut sekali ma... Tak lah bosan sangat dekat rumah nanti." Sengih Nazhan. Belakang tengkuknya digosok.

"Eh, mama tak benarkan. Mama papa pun akan bosan juga nanti."

Ha sudah! Nazhael mula tarik muncung. Eyy, semua tak boleh!

"Apa awak ni, biarlah Nazhael tu nak ikut abang dia. Sekali sekala apa salahnya? Umur Nazhael tu pun dah 21 kan? Bagilah dia rasa berdikari sikit." Tan Sri Nusair membela Nazhael.

"Yeah! Betul tu pa! Hael sokong!" Ucap Nazhael. Dia dan Tan Sri Nusair membuat high five. Puan Sri Juliana menjeling tajam. Anak dengan bapak sama jer.

"Yalah, tapi jangan lama sangat." Putus Puan Sri Juliana.

"Ya ma. Han dengan Hael gerak dulu." Kata Nazhan. Tangan kedua ibu bapanya disalam. Kemudian dituruti dengan Nazhael.

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang