"YOW! Pengantin baru dah turun! Macam mana semalam? Okey?" Usik Nazhan apabila Nuwairah Rose dan Fedriz Naufal turun. Dan-dan kepalanya diketuk oleh Puan Sri Juliana.
Tan Sri Nusair ketawa kecil. Padan muka! Suka pula dia melihat anak sulungnya kena dengan isterinya. Haha.
"Apa ni ma? Sakitlah."
"Jangan tahu usik orang jer! Kamu tu bila nak kahwin? Dah janji kan dengan ibu nak cari calon menantu selepas Aira kahwin?"
"Betul tu ma. Hael pun nak ada kakak ipar." Sengih Nazhael.
"Aira pun." Tokok Nuwairah Rose. Sempat lagi dia membuat high five dengan Nazhael sebelum duduk dikerusi meja makan.
Habis cemberut muka Nazhan dibuatnya. Asyik-asyik cakap benda yang sama. Best sangat ke kahwin? Single lagi seronok. Tak payah fikir dah pasal cintan-cintun ni. Semua itu poyo!
"Pa..." Meleret suara Nazhan. Berharap papanya menyebelahinya.
"Papa tak terlibat." Awal lagi Tan Sri Nusair undur diri.
Makin cemberut muka anak sulungnya itu.
"Hey adik ipar! Kau tolonglah aku." Kata Nazhan. Fedriz Naufal dijeling tajam. Berani kau tak nak tolong abang ipar kau?
"Aku pulak? Ikut isteri aku. Aku pun nak ada kakak ipar." Selamba Fedriz Naufal menjawab. Langsung tidak kesah dengan jelingan tajam Nazhan.
Nazhan merengus. Tak guna punya adik ipar.
Semua ahli keluarga itu ketawa.
"Dah, makan." Arah Tan Sri Nusair.
Sejurus itu, telefon Nazhan berdering minta dijawab.
"Nazhan jawab call dulu."
Sampai saja diluar rumah, panggilan itu dijawab.
"Assalamua-"
"Kau dah pehal call aku pagi-pagi ni bangang?"
Tak menyempat si pemanggil memberi salam, terus terdengar suara Nazhan berbisik keras. Di hujung talian, rakan Nazhan, Iqram mencebikkan bibir.
"Assalamualaikum, aku call ni sebab ada benda pentinglah setan!"
"Ha elok! Dah bagus-bagus bagi salam, last mengata orang setan. Dasar iblis."
"Diamlah kau, setan!" Marah Iqram. Nazhan ketawa jahat.
"Ha kenapa?" Dia mula menyoal series.
"Perempuan tu nangis, nakkan kau." Bila Nazhan sudah series, maka Iqram pun akan series.
Nazhan meraup muka bila mendengarkan itu. Dia mengeluh kecil.
"Dia ada dengan kau?"
"Ada."
"Bagi phone dekat dia."
"Jap..."
Telefon bertukar tangan dihujung talian.
"Khaz-Khazrael..." Terdengar suara tangisan wanita itu memanggil namanya. Nazhan Khazrael. Itu nama penuh Nazhan.
"Dhirayna, kenapa ni?" Soal Nazhan lembut. Haih, kalaulah dia berada disamping wanita itu. Memang dia pujuk dah.
Namun keadaan tak mengizinkan untuk dia bertemu dengan wanita itu. Lebih-lebih lagi sekarang ini, Nuwairah Rose baru saja berkahwin. Jadi dia mestilah tinggal sebentar dirumah keluarganya. Nanti apa pula keluarganya cakap pasal dia.
"I nak you. Please... I takut." Adu wanita bernama Dhirayna itu.
"Hey, it's okey. Dekat rumah I kan ada maid. Kawan I pun selalu ada kan jengukkan you. Jangan takut Dhirayna." Pujuk Nazhan.
"I mimpi buruk... I mimpi yang you accident. I tak nak you tinggalkan I." Adu Dhirayna lagi.
"I takkan tinggalkan you, Dhirayna. Now, I nak you rest your mind. Jangan nangis dah. My Dhirayna tak cantik kalau menangis."
"I nak you..."
Nazhan mengeluh. Nak tak nak, dia terpaksa balik ke rumahnya untuk memujuk wanita itu.
"Ya. I tahu, Dhirayna. Petang ni, I balik rumah I. You tunggu ya?"
"Promise me..."
"Yeah. I promise, my Dhirayna."
Panggilan dimatikan. Nazhan mengeluh lagi.
Dhirayna Yamna, gadis itu tampak ceria dan manis bila dipandang. Namun jauh dari dasar hatinya, terselit kesedihan akibat perbuatan keji ibu kandungnya sendiri. Dan dia, seorang Nazhan Khazrael akan sentiasa melindungi gadis bernama Dhirayna Yamna.
"Siapa Dhirayna?" Tersentak Nazhan apabila suara Nazhael dibelakangnya. Dia dengar ke?
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Nazhan mendatar.
"Papa suruh jenguk abang. Lama sangat jawab call tu. Dhirayna siapa?" Tak berputus asa Nazhael menyoal. Mana tahu dapat kakak ipar. Kan? Hehe.
"Kau dengar semuanya ke?" Soalan dijawab soalan.
"Cukup untuk Hael dengar semuanya. Abang pujuk Dhirayna. My Dhirayna..." Usik Nazhael bersama senyuman nakal.
"Kak Dhirayna. Dia tua lagi dari kau." Tegur Nazhan. Adiknya mencebik.
"Bagitahulah abang. Siapa dia tu? Bakal kakak ipar Hael eh?"
"Tak ada siapa."
"Hael bagitahu papa mama." Sekali ugut saja membuatkan Nazhan pegang lengan adiknya.
"Jangan bagitahu papa ataupun mama. Dhirayna tu..." Nazhan meraup muka. Tak tahu bagaimana dia nak jelaskan dekat adik bongsunya.
"Siapa? Girlfriend abang?"
"Aku tak tahulah macam mana nak bagitahu kau Nazhael. Jomlah masuk, nanti aku cerita dekat kau." Putus Nazhan.
"Janji eh?"
"Ya, aku janji." Haih, hari ini dia berjanji dengan dua orang sekali gus. Pfft.
"Tapi Hael, petang ni aku balik rumah aku. Kau tolong cover kan aku depan mama papa."
Nazhael angkat kening.
"Kenapa nak balik pulak? Kak Aira kan baru kahwin."
"Dhirayna..."
"Abang jangan cakap yang dia tinggal sebumbung dengan abang."
Nazhan angguk perlahan.
"Ya Allah! Abang! Belum kahwin lagi!" Marah Nazhael tiba-tiba. Mulutnya ditekup pantas oleh Nazhan. Ish! Inilah sebabnya kenapa dia tak nak bagitahu sesiapa pasal Dhirayna. Tengok apa jadi? Sudahnya Nazhael ini tak boleh diharap sangat. Ish!
"Cakap tu slow-slow sikitlah!" Marah Nazhan berbisik. Aku hempuk jugak budak ni kang!
Nazhael alihkan tangan abang sulungnya yang menekup mulutnya.
"Abang buat apa simpan perempuan tu? Nak jadikan dia perempuan simpanan ke hah?" Kata Nazhael terus.
"Jaga sikit mulut kau. Aku ada alasan aku sendiri."
Nazhael menjeling abangnya.
"Abang kena tahu, dia tu bukan mahram abang. Tak manis dipandang orang." Itu dia, Nazhael sudah mengeluarkan hujah. Tapi memang betul pun. Haha.
"Kau takkan fahamlah Hael. Aku ada sebab. Lagipun ada maid aku sekali."
"Ikut abanglah. Tapi perkara ni tak boleh dibiarkan. Lama-lama mama dan papa tahu jugak."
Nazhan diam. Mengiyakan apa yang Nazhael cakap. Lama-lama Tan Sri Nusair dan Puan Sri Juliana akan tahu jugak.
"Jomlah masuk. Petang ni, kau nak ikut tak pergi rumah aku? Jumpa Dhirayna."
Ceria wajah Nazhael. Wah! Baru semalam dapat abang ipar, sekarang dah nak dapat kakak ipar pula? Anak saudara, rasanya bila lagi ya?
"Nak! Nak! Tak sabar nak jumpa kak Dhirayna!"
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romance-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...