SEUSAI saja Nuwairah Rose dan Fedriz Naufal makan, terus mereka berdua menonton televisyen sambil makan keropok. Bukan main seronok lagi mereka berdua tengok Didi And Friends itu. Siap bernyanyi lagi.
"Haih. Comel lah Nana tu. Rasa nak cubit jer perut dia yang bulat tu!" Ucap Nuwairah Rose. Siap buat gaya cubit-cubit lagi dia. Tapi yang jadi mangsa pula lengan Fedriz Naufal. Bukan main dia cubit lengan suaminya sampaikan lelaki itu mengaduh sakit. Apa isterinya ini nak melepas geram ke apa? Tadi kata nak cubit perut Nana, kenapa pula yang jadi mangsa ni?
"Apa sayang ni... Sakitlah!" Marah Fedriz Naufal cemberut. Kalau cubitan Nuwairah Rose macam gigitan semut tak apalah juga. Ini tak! Isterinya cubit tu macam kena gigit harimau. Sakit!
"Aaa, sorry abang. Sayang geram sangat. Tengoklah Nana tu..." Nuwairah Rose berhenti cubit suaminya. Mata difokuskan pada kaca televisyen. Langsung tak hiraukan muka suaminya yang masam mencuka.
"Dahlah warna pink. Tak pernah-pernah sayang tengok ayam warna pink. Comel betul!" Keropok dia kunyah gaya tengah kunyah ayam. Memang kebetulan juga dia tengok Didi And Friends, jadi bolehlah berangan makan ayam walaupun tadi dia dah makan ayam. Haha.
Fedriz Naufal cuma diam. Malas nak melayan isterinya itu. Sudahnya buat tak tahu saja selepas cubit dia tadi. Kalau lebam lengannya macam mana? Kang ada masuk berita 'Suami dibuli oleh Isteri kerana geram terhadap Didi and Friends semata-mata.'
"Abang... Dengar tak sayang cakap ni?" Sapa Nuwairah Rose. Baru perasan suaminya hanya mendiamkan diri. Biasanya suaminya itu akan membidas apa yang dia kata.
Fedriz Naufal buat tak dengar.
"Abang... Dengar tak ni?" Lengan suaminya digoncang lembut. Boleh-boleh suaminya buat tak tahu pula dengannya.
"Hm..." Itu saja balasan Fedriz Naufal.
"Alah, abang. Sorrylah... Sayang geram sangat dekat Nana tu tadi. Tercubit abang pula." Jelas Nuwairah Rose. Dia memeluk manja lengan suaminya. Kena pujuk lagi suaminya ini. Haih. Kalau lah dia merajuk nanti, rasanya Fedriz Naufal akan pujuk tak?
"Abang... Sorry." Fedriz Naufal buat tak layan lagi.
Hesy! Ni yang rasa nak nangis ni!
"Dahlah. Kita pujuk, dia buat tak kesah pulak." Terus Nuwairah Rose lepaskan lengan suaminya. Nak merajuk juga lah!
"Sayang pun merajuk jugaklah!" Dia berpeluk tubuh. Muka dipaling ke arah lain.
"Dah dua-dua merajuk. Biar kucing jer pujuk."
"Hesy! Merajuk seribu tahun!"
"Eloklah tu. Dua-dua mati dah."
"Eyy, sampai hati cakap macam tu." Lengan Fedriz Naufal dia pukul. Entah berapa kali dah lengan suaminya itu jadi mangsa kena pukul oleh Nuwairah Rose.
"Abang cakap benda betul kot." Tangan Nuwairah Rose ditahan. Memberhentikan kelakuan wanita itu.
"Hmmph! Abang ni..." Nuwairah Rose rebahkan kepalanya di dada bidang lelaki itu. Fedriz Naufal ketawa halus. Rambut Nuwairah Rose diusap. Tubuh isterinya dipeluk.
"Abang merajuk..." Gumam Nuwairah Rose.
"Merajuk manja jer. Abang nak uji sayang sikit. Dapat tak tahan dengan perangai abang."
"Hmm... Rose sayangkan Naufal. Mestilah tahan dengan perangai abang." Kata Nuwairah Rose perlahan. Haih, wanginya encik suami kita ni.
"Ya ke?"
"Yalah, tapi kan abang..." Percakapan Nuwairah Rose berhenti seketika. Dia mendongak pandang Fedriz Naufal yang sudah mengangkat kening.
"Tadi kan... Sayang hampir nak nangis tau bila abang tengking sayang. Sedih kita. Hm." Luah Nuwairah Rose. Dia kembali merebahkan kepala di dada suaminya.
"Abang minta maaf." Serba salah pula Fedriz Naufal. Ubun-ubun isterinya dicium lembut. Penuh dengan kasih sayang.
"Tak apa abang. Abang pun mesti stres kan?"
Fedriz Naufal cuma diam. Tidak menafikan apa yang Nuwairah Rose teka. Memang dia stres.
"Sayang kemaskan rumah ni sorang-sorang ke?" Tanya Fedriz Naufal. Baru dia perasan rumah ini kemas. Perabot pula sudah tersusun rapi. Cantik.
Nuwairah Rose bingkas duduk.
"Ha'ah. Kenapa? Abang tak suka ke susunan perabot? Sayang boleh kemaskan lagi. Tapi nanti-nanti lah ya? Sayang penat. Hehe." Sengih dia menjawab.
Dan mukanya bertukar merah apabila Fedriz Naufal tiba-tiba sahaja mencium dahinya.
"Abang suka. Pandai sayang kemaskan." Dia tarik Nuwairah Rose kembali ke pelukannya.
"Betul ni?"
"Iya sayang..." Nuwairah Rose tunduk malu. Yeah! Fedriz Naufal suka apa yang dia buat.
"Abang minta maaf sebab tak tolong sayang kemas tadi." Ini lagi satu yang buat Fedriz Naufal rasa serba salah.
"Tak apalah abang... Sayang okey jer."
Fedriz Naufal senyum. Mereka berdua masing-masing mendiamkan diri.
"I'm very lucky to have you as my wife, little rose." Ucap Fedriz Naufal lembut.
Tiada balasan dari Nuwairah Rose. Lelaki itu intai sedikit si isteri yang berada dalam pelukannya. Laa, dah tidur rupanya.
"Goodnight, my flower from heaven."
![](https://img.wattpad.com/cover/224785942-288-k758204.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romance-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...