FEDRIZ Naufal merenung siling bilik. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya saat ini. Atau boleh dikatakan, dia terlalu memikirkan gadis dihospital tadi. Kenapa bayangan gadis itu sahaja yang berada difikirannya? Arghh! Ini semua poyo!
Fedriz Naufal meramas rambutnya kasar. Tertekan!
"She's just a pretty little girl, Fedriz. Don't think it too much!" Sempat dia mengomel sendirian. Telefon diambil. Pesanan mesej dari Puan Raisah alias ibunya dibaca. Ini lagi satu yang buat dia tertekan. Jangan fikir bukan bukan! Bukan dia tertekan akan ibu dia, cuma dia tertekan akan permintaan ibunya atau lebih tepat arahan yang menyuruh dia berkenalan dengan seorang gadis ni.
Takkanlah ibunya menjodohkan dia dengan orang yang dia tidak kenal? Berjumpa jauh sekali. Dan ibunya pula hanya bagi nombor telefon gadis itu. Berkenalan dalam talian? Huh! Hell no! Ish! Apa yang istimewa sangat perempuan itu? Ibunya kenal kah?
"Where should I find you, my little rose?" Fedriz Naufal menyoal sendirian. Dia menarik keluh. Haih...
Dia pun tak tahu kenapa dia terlampau memikirkan gadis tadi. Padahal gadis itu bukan sesiapa pun dalam hidupnya. Gadis itu hanya seorang gadis cantik, tinggi dan his little rose.
Fedriz Naufal tersenyum senyum bila memikirkan gadis itu. Hish! Ini lagi satu, bila dia memikirkan gadis itu, automatik dia akan tersenyum. Baru sahaja tadi dia terkantoi dengan Falikh Soleh sebab dia tersenyum seorang diri semasa dihospital tadi. Malu pulak terkantoi dengan abang sendiri. Nasib baik bukan ibunya, Puan Raisah dan ayahnya, Tuan Nifael tidak sedar akan hal itu. Kalau tidak, mahunya malu dia. Dah serupa orang angau bercinta pula senyum senyum seorang diri.
"Iz..." Fedriz Naufal memandang kearah pintu biliknya. Falikh Soleh! Keningnya diangkat.
"Kenapa?"
"Bersiap cepat, teman aku ke hospital. Lepas tu, kau pergi jemput ibu ke butik."
"10 minutes!" Falikh Soleh mengangguk.
"Aku tunggu dekat dalam kereta."
NUWAIRAH Rose memerhati kakinya. Kadang kadang, ada juga dia bermain dengan kakinya itu. Kemudian meringis kesakitan. Sakit!
"Dah tahu kaki itu terseliuh, masih juga tergedik gedik nak kacau! Patah kaki tu kang, padan muka!" Abangnya, Nazhan menyindir. Nuwairah Rose menjeling. Heh! Kalau sehari tak menyakitkan hati orang memang tak lengkap hidup dia. Entah bagaimana abangnya itu boleh ada dekat butik ini juga. Sibuk jer!
"Jeling jeling, cucuk mata kang!" Sekali lagi Nazhan bersuara. Ish!
"Mata Aira, bukan mata abang! Menyibuk jer!"
Nazhan mengajuk. Kesah pulak aku?
"Apa bising bising ni?" Puan Sri Juliana sudah muncul. Laju Nazhan pergi kearah ibunya. Lengan Puan Sri Juliana dipaut manja. Sengaja nak kasi Nuwairah Rose panas.
"Eii... Abang sengaja jer kan?!" Geram Nuwairah Rose dibuatnya. Tahulah kaki dia sakit, lepas tu tak dapat nak peluk Puan Sri Juliana. Hish! Ai is geram!
Tanpa memperdulikan muka Nuwairah Rose yang sudah berubah kelat, Nazhan menjelir lidahnya.
"Nazhan, apa perangai tak senonoh macam tu." Tak semena mena Nazhan ditegur oleh Puan Sri Juliana. Dan tika itu, Nuwairah Rose gelak jahat. Padan muka! Hahaha. Kan dah kena dengan ibu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romantik-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...