"DAH sampai pun anak dan menantu ibu." Teruja Puan Raisah menyambut kedatangan Fedriz Naufal dan Nuwairah Rose. Lebar senyumannya saat memandang Nuwairah Rose.
"Assalamualaikum ibu, ayah..." Nuwairah Rose salam tangan Puan Raisah dan Tuan Nifael. Hati mentua kita kena menangi, sebelum menangkan hati suami.
Tapi kisah hidup Nuwairah Rose pula tak seperti pasangan lain. Dia dijodohkan pun atas talian saja. Jadi selama sebulan berkenalan dengan Fedriz Naufal pun, dia hanya berbual dengan Puan Raisah sekali dua. Kalau dengan Tuan Nifael memang dia langsung tak pernah berbual. Gerun juga bila melihat muka Tuan Nifael alias ayah mentuanya ini. Nampak garang!
"Sayang, ibu ajak masuk tu. Termenung apa lagi ni?" Suara Fedriz Naufal menyedarkan Nuwairah Rose dari lamunan. Kemudian dia tersengih pandang ibu dan ayah mentuanya. Kantoi termenung disiang hari. Haha.
"Aira, jom masuk." Pelawa Puan Raisah.
Nuwairah Rose pandang Fedriz Naufal. Lelaki itu angguk sambil tersenyum. Menandakan semuanya akan okey.
Sejujurnya, Nuwairah Rose bukan tak biasa dengan Puan Raisah. Cuma dia rasa kekok sedikit bila Puan Raisah sudah jadi ibu mentuanya. Selama ini, dia panggil Puan Raisah itu dengan gelaran 'Aunty', tapi sekarang... Panggil ibu? Erm, kekok!
"Aira? Suka termenung rupanya menantu ibu ni. Jom lah masuk!" Sekali lagi Nuwairah Rose tersentak. Eh? Dia termenung ke tadi?
"Err, ya ibu. Kita masuk." Nuwairah Rose garu kepalanya yang tidak gatal.
Sebelum masuk kedalam rumah, sempat dia pandang Fedriz Naufal sekilas. Lelaki itu bantai gelak. Heh!
"Iz dah bagitahu dekat Aira tentang latar belakang Iz?" Soalan dari Tuan Nifael memberhentikan ketawa Fedriz Naufal. Matanya mula difokuskan kepada Tuan Nifael.
"Maksud ayah?"
"Iz sendiri pun tahu kan apa yang ayah maksudkan?"
Fedriz Naufal senyum nipis.
"Dia akan tahu ayah. Ayah jangan risau."
"Ayah tak mahu menantu ayah tu kecewa disebabkan Iz. Iz yakin yang dia akan terima?"
Fedriz Naufal terdiam.
"Ayah, kita jangan bincang pasal ni dulu boleh? Iz penat. Iz masuk dulu ya?" Terus Fedriz Naufal masuk kedalam rumah.
Tuan Nifael mengeluh. Langkahnya mengiringi si anak masuk kedalam rumah.
NUWAIRAH Rose senyum nipis pandang abang iparnya, Falikh Soleh. Sumpah handsome! Lagi-lagi bila dipadankan dengan kakak iparnya, Maisarah Qabila. Sebab Maisarah Qabila pun cantik! Jadi, bagai pinang dibelah empat! Haha.
Fedriz Naufal handsome, Falikh Soleh pun handsome! Hoho.
Dan bercakap tentang Falikh Soleh, Nuwairah Rose baru tahu kenapa abang iparnya itu tidak dapat hadir pada hari perkahwinannya. Sebabnya, Maisarah Qabila pengsan dan tidak sedarkan diri. Beberapa hari selepas itu, barulah Maisarah Qabila sedar.
Tapi kasihan juga bila mendengarkan kisah kakak iparnya itu. Anak yang dikandung selama beberapa bulan gugur begitu sahaja. Akibatnya, Maisarah Qabila trauma.
Cuma bila dilihat sekarang, Maisarah Qabila nampak sihat dan ceria sedikit. Mungkin disebabkan Falikh Soleh yang tak henti-henti memberi kata semangat kepada isterinya yang tercinta. Haih, untung Maisarah Qabila dapat suami yang memahami sebegitu rupa.
"Aira, abang dengan akak ada hadiah tau buat Aira. Itu tanda kami minta maaf sebab tak dapat hadir majlis perkahwinan Aira dengan Iz." Ucap Maisarah Qabila lembut.
"Ya ke? Menyusahkan akak Mai dengan Abang Falikh jer." Nuwairah Rose senyum kekok.
"Mana ada menyusahkan... Abang, pergilah ambil hadiah tu." Arah Maisarah Qabila. Falikh Soleh mencebik. Mentang-mentanglah dah jumpa kawan, suami dia yang kacak ni pun dia terus lupa!
"Yalah, abang ambil." Kata Falikh Soleh pasrah. Haih, baru saja nak bermesra dengan isteri kesayangan. Hm.
Maisarah Qabila dan Nuwairah Rose ketawa.
"Nampak kecewa saja abang Falikh tu bila kena suruh." Komen Nuwairah Rose berbaki sisa tawanya yang masih kedengaran.
"Dia memang macam tu, tak dapat nak berenggang sikit dengan akak." Jawab Maisarah Qabila.
Nuwairah Rose senyum. Falikh Soleh itu, luaran nampak saja pendiam, tapi romantik dengan isteri. Haih! Cemburu Nuwairah Rose. Nak tunggu Fedriz Naufal buat romantik dekat dia? Ceh! Tak ada maknanya. Tunggu dia pujuk pun tahun depan belum tentu lagi.
"Sejak akak keguguran hari tu, abang Falikh terlebih prihatin pula. Mungkin dia tak nak akak trauma lagi kot." Sambung Maisarah Qabila. Dia senyum hambar.
Nuwairah Rose dah tak tahu nak kata apa. Jadinya, dia cuma diam saja.
"Eh, maaf kalau Aira rasa tak suka bila dengar cerita akak. Akak-"
"Tak apa kak! Aira faham. Mana-mana isteri pun nak anak. Akak kena kuat. Semua benda dapat diganti. Kecuali ibu dan ayah. Akak kena ingat tu. Lagipun, akak dengan abang Falikh boleh usaha lagi." Pintas Nuwairah Rose. Sempat juga dia mengusik kakak iparnya itu. Alamatnya merah padam muka Maisarah Qabila. Lengan Nuwairah Rose dipukulnya lembut.
"Malulah akak... Aira ni."
Nuwairah Rose ketawa. Suka pula dia lihat Maisarah Qabila malu. Habis merah muka.
"Padanlah Iz tu sukakan Aira. Aira ni baik, cantik pulak tu." Puji Maisarah Qabila.
"Eh, mana ada kak. Akak lagi cantik lah dari Aira. Puji kita pulak."
Mereka berdua ketawa lagi. Entah apa yang kelakar pun tak tahu.
"Jadi Aira, akak dengar Iz dan Aira berkenalan dalam talian jer. Betul ke?"
Nuwairah Rose angguk malu-malu.
"Sekarang... Iz layan Aira baik tak? Aira jujur eh. Kalau Iz tu buli Aira, cakap dekat akak. Akak buli dia balik." Ucap Maisarah Qabila. Bersungguh-sungguh dia mengepal penumbuk. Dengan tangannya yang kecil itu lagi. Nampak comel!
"Eh, tak adalah kak. Naufal baik. Dia baik dengan Aira." Jawab Nuwairah Rose lembut.
Maisarah Qabila senyum. Syukurlah...
"Akak nak pesan sikit boleh?"
"Apa dia?"
Maisarah Qabila gapai tangan Nuwairah Rose. Dia senyum.
"Apa pun yang akan terjadi dekat rumah tangga Aira dan Iz, Aira pertahankan ya? Terima kekurangan Iz. Tak kesahlah banyak mana pun salah Iz, maafkan dia. Terima dia."
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romance-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...