Bab 29

347 33 0
                                    

FEDRIZ Naufal berdiri dihadapan biliknya. Lama dia memandang pintu bilik itu kemudian mengeluh perlahan.

Pintu bilik dikuak perlahan. Takut-takut isterinya terbangun dari tidurnya. Lagi-lagi jam sudah menunjuk pukul satu tengah malam. Mungkin Nuwairah Rose tengah hanyut dibuai mimpi.

Fedriz Naufal berjalan menuju kearah isterinya. Dia duduk diatas katil. Cahaya bulan dari luar rumah, membenarkan dia memandang si isteri meskipun dalam keadaan gelap ini. Lama dia pandang wajah cantik Nuwairah Rose.

Kepala isterinya diusap penuh kasih. Kemudian, tangannya beralih memegang pipi Nuwairah Rose.

Basah!

Fedriz Naufal terkedu. Isterinya menangiskah?

"I'm sorry little rose..." Tiap-tiap malam, itu sahaja ungkapan yang dia mampu ucapkan semasa isterinya sedang tidur.

Air mata isterinya diseka. Mungkin baru perasan, dia terlihat baju berwarna putih yang berada dipelukan si isteri. Bukankah itu baju dia?

Tanpa sedar, Fedriz Naufal menangis. Kalau isterinya rindukan dia, dia pun begitu. Sungguh dia rindu.

Dahi Nuwairah Rose dicium lembut. Lama.

Dia seka air matanya. Baru saja dia ingin berdiri, tangannya ditahan.

"Abang?" Suara serak-serak basah Nuwairah Rose memanggilnya. Mungkin tersedar dari tidur akibat gangguan dari suaminya.

Fedriz Naufal tarik keluh. Dia pusing kebelakang, menghadap isterinya. Senyuman nipis dipamer. Dia kembali duduk.

"Tak tidur lagi?" Soal Fedriz Naufal.

"Dah tidur, tapi terbangun. Abang dah makan?"

Fedriz Naufal geleng kepala.

"Sayang panaskan lauk ya?" Serta merta Nuwairah Rose bertindak turun dari katil. Namun sempat dihalang oleh suaminya.

"Tidur jer. Abang kenyang lagi." Tubuh Nuwairah Rose ditolak lembut supaya berbaring. Comfoter ditarik menutupi separuh badan Nuwairah Rose.

"Bibir abang berdarah..." Itu balasan dari Nuwairah Rose. Tangannya bergerak memegang bibir Fedriz Naufal. Cepat-cepat lelaki itu menahan tangan si isteri.

"Sikit jer ni."

"Abang bergaduh ke?" Soal Nuwairah Rose.

Hesy! Macam manalah dia boleh terlupa nak cuci luka ni. Tengok sekarang, isterinya mula bertanya.

"Abang jatuh tadi."

"Menipu!"

"Mana adalah."

Nuwairah Rose mendengus. Lantas, dia berbaring membelakangi suaminya. Comfoter ditarik sehingga dada.

"Abang bergaduh..." Gumamnya. Air mata ditahan daripada jatuh. Kenapalah Fedriz Naufal selalu tipu dia?

"Tidurlah..." Terasa kepalanya diusap lembut oleh Fedriz Naufal. Dan-dan air matanya jatuh.

"Abang tipu sayang..." Gumam Nuwairah Rose lagi.

Fedriz Naufal mengeluh. Dia berhenti mengusap kepala isterinya.

"Abang mandi dulu. Sayang tidur ya?" Fedriz Naufal bingkas bangun. Namun terhenti apabila mendengar bantahan dari isterinya.

"Tak nak..." Suara kecil Nuwairah Rose bersuara. Sempat juga didengar Fedriz Naufal.

"Nanti abang tak tidur dengan sayang. Abang tunggu sayang tidur, lepas tu abang tidur dekat ruang tamu." Tutur Nuwairah Rose sebak.

"Abang dah tak sayang isteri abang." Sambungnya lagi apabila Fedriz Naufal langsung tak berbicara.

Tika itu, Nuwairah Rose menangis lagi.

"Sayang..." Fedriz Naufal sentuh bahu isterinya. Dia mulai berbaring disebelah Nuwairah Rose. Tubuh si isteri yang membelakanginya dipeluk. Haruman Nuwairah Rose membuatkan dia terbuai seketika. Wangi!

"Tidur ya..." ucap Fedriz Naufal lembut. Mukanya disembamkan dileher putih milik si isteri.

Nuwairah Rose pantas menolak.

"Sayang tak nak tidur." Kata Nuwairah Rose tegas.

"Okey-okey, tak payah tidur." Tiada balasan dari Nuwairah Rose, Fedriz Naufal bertindak kembali menyembamkan mukanya ke leher isterinya. Haih, kenapa lah isterinya ini sungguh wangi?

"Abang..." Seru Nuwairah Rose.

"Ya..."

"Sayang rindu abang, sangat-sangat."

Dan... Menangis lagi.

Fedriz Naufal tarik keluh. Tak penat ke isteri dia ini asyik nangis saja?

"Abang pun, rindu sayang..." Pujuk Fedriz Naufal.

Nuwairah Rose memusingkan tubuhnya supaya menghadap si suami. Dia membalas pelukan Fedriz Naufal.

"Dahtu? Kenapa abang macam tak nak layan sayang?"

Fedriz Naufal senyum nipis. Dahi isterinya dicium lembut. Penuh kasih dan cinta.

"Abang saja nak test sayang, tahan atau pun tak dengan perangai abang."

Fedriz Naufal ketatkan lagi pelukan bila mana isterinya baru sahaja hendak menolak tubuhnya. Dia tertawa kecil. Lagi-lagi bila melihat muka wanita itu sudah merah semacam. Marah ler tu. Haha.

"Abang jahat!" Nuwairah Rose memukul dada bidang suaminya. Hesy, nak tolak pun tak dapat. Fedriz Naufal lebih cepat bertindak tadi. Macam tahu-tahu saja orang nak tolak tubuh dia. Cis!

"Sorry sayang... " Masih dalam ketawa, Fedriz Naufal menjawab. Langsung tak kesah dengan tubuh isterinya yang meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Abang buat sayang nangis. Tahu tak kita terasa?"

Nuwairah Rose sembamkan mukanya ke dada bidang Fedriz Naufal. Nak ketawa Fedriz Naufal dibuatnya. Tapi nanti risau pula isterinya ini merajuk. Haihlah isteriku...

"Abang minta maaf, abang nak test sayang jer."

"Jahat! Nasib baik dua tiga hari jer, kalau setahun?"

"Over nya isteri abang ni." Kata Fedriz Naufal lembut. Rambut isterinya diusap.

"Hmm..."

"Sorry dear... Tidur okey? Abang nak mandi."

Kalau tadi Fedriz Naufal yang tak bagi Nuwairah Rose lepas, sekarang terbalik pula. Nuwairah Rose memeluk erat tubuh tegap si suami. Bagai tak nak lepas dah.

"Sayang..."

"Nak abang..."

"Hey, bagi abang mandi dulu sayang."

"Nyanyi dulu..."

Fedriz Naufal ketawa. Rindu dia dengan perangai manja isterinya ini. Kepala isterinya kembali diusap. Sambil mulutnya bernyanyi perlahan.

"Maafkanlah diriku, atas semua kesalahan yang ku berbuat selama ini kepada dirimu, aku berjanji akan melepasmu, dengan senyuman yang akan kau ingat dan kau pendam sampai mati,"

Dia curi pandang isterinya. Dengkuran halus kedengaran. Nuwairah Rose sudah tidur.

"Selamanya..." Nyanyian ditamatkan sambil dahi isterinya dicium lembut. Kemudian beralih kepada bibir. Lama.

"Love you, dear..."

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang