Bab 5

427 30 2
                                    

SUASANA sarapan pagi senyap. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja yang kedengaran.

Puan Raisah mengeluh. Fedriz Naufal dipandang.

"Iz, ibu faham kalau Iz tak nak berkenalan dengan anak kawan ibu tu. Jadi sebab tu-"

"Iz akan kahwin dengan dia. One month from now. Iz tahu keputusan ibu adalah terbaik." Fedriz Naufal memintas kata-kata Puan Raisah. Dia senyum manis.

"Iz, betul ke ni?" Puan Raisah kelihatan terkejut. Falikh Soleh pula lebih selesa mendiamkan diri. Tak nak masuk campur pasal jodoh-jodoh adiknya itu. Pandailah si Fedriz itu cari bakal isterinya.

"Iya. Iz dah buat keputusan. Tapi tak tahulah pulak dengan pihak sebelah sana."

"Ouh, pasal itu, Iz janganlah risau. Nanti ibu bagitahu dekat kawan ibu." Gembira sungguh suara Puan Raisah. Teruja!

"Tapi ibu, Iz kenal ke dengan anak kawan ibu tu? Iz pernah jumpa ke?"

"Eh, apa pulak tak kenal? Anak Puan Sri Juliana tu, Iz pernahlah jumpa dia masa dekat butik haritu." Bersungguh-sungguh Puan Raisah bercerita.

Fedriz Naufal pula terkedu.

'My little rose...' Hatinya berbisik. Bibir perlahan-lahan mengorak senyum. Ibunya dipandang dengan penuh gembira.

"I know her."
















NUWAIRAH Rose mengeluh. Puan Sri Juliana dipandang sayu. Tangan mamanya dicapai.

"Aira tak boleh ma, Aira tak kenal dia." Matanya tepat memandang kedalam anak mata Puan Sri Juliana.

Tan Sri Nusair merangkap papanya hanya mendiamkan diri. Kasihan juga tengok anaknya macam ini, tapi nak buat macam mana. Siapa nak jaga satu-satunya anak perempuannya kalau mereka berangkat ke Dubai dalam beberapa minggu nanti?

Nak harapkan Nazhan, anak sulungnya itu akan mula berkerja di syarikatnya yang bertempat di Australia pada minggu hadapan, Nazhael pula akan ikut dia dan isterinya ke Dubai.

Ha jadi, siapa yang akan jaga anak perempuannya itu?

"Aira janganlah macam ni, nanti mama risau. Aira pun tahu kan yang mama dan papa nak ke Dubai. Mana ada yang nak jaga Aira nanti."

Nuwairah Rose geleng kepala. Alasan mamanya sungguh tak munasabah.

"Aira pandai jaga diri Aira. Aira dah besar lah ma. Tak payahla sampai nak jodohkan Aira dengan anak kawan mama tu."

"Aira, sekali ni jer. Dengar cakap papa dan mama. Kami berdua buat semua ni untuk kebaikan kamu jugak. Jangan jadi anak derhaka, Aira." Sudah! Ini yang Nuwairah Rose tak mahu kalau Tan Sri Nusair dah menyampuk. Kata-katanya cukup buat orang tersentap.

Melihatkan Nuwairah Rose diam, Tan Sri Nusair mengambil peluang untuk berbicara lagi.

"Lagipun, besar ganjaran pahala kalau seorang anak membahagiakan ibu bapanya. Tak gitu Juliana?"

Sentap lagi Nuwairah Rose dibuatnya. Bibir diketap.

Puan Sri Juliana pula angguk. Bersetuju dengan kata-kata suaminya.

"Aira cuba ya berkenalan dengan dia?" Puan Sri Juliana memujuk. Tangan anaknya diusap lembut. Berharap anak gadisnya itu menunaikan permintaannya.

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang