Bab 30

346 20 0
                                    

"SAYANG, jom!" Ajak Fedriz Naufal. Nuwairah Rose angkat kening.

"Jom kemana? "

"Ikut abang, pergi pasar malam."

Nuwairah Rose geleng kepala. Fedriz Naufal tak nampak ke yang dia tengah berbual dengan ibu mentuanya? Hesy Fedriz Naufal ni!

Ya, sekarang ini, mereka berdua berada di kampung ibu angkat Fedriz Naufal. Puan Ana namanya. Sebelum ini pun Fedriz Naufal pernah membawa Nuwairah Rose ke sini juga, dan kali ini pergi menjenguk balik. Sekali sekala, bawa isterinya jumpa ibu angkat.

Lagipula, Fedriz Naufal memang rapat dengan ibu angkatnya itu. Kerana masa dia kecil dulu, Puan Ana lah yang menjaganya.

Fedriz Naufal pula sudah berpeluk tubuh. Macam inilah isteri dia bila dah balik kampung. Tak boleh nak jumpa uminya alias Puan Ana sikit, mesti ada yang nak dibualnya. Suami dia ni, macam tak wujud dah.

"Jomlah. Umi pun dah bagi greenlight tu. Kan umi? "

"Eh, bila masanya umi bagi greenlight? Umi masih nak berbual dengan Rose. Iz la ni lama tak balik kampung. Rindu umi dengan menantu umi ni." Puan Ana main tarik tali. Fedriz Naufal tarik muncung. Hesy umi ni. Orang nak dating dengan isteri ni!

"Bagi lah Iz peluang sikit. Iz pun nak dating dengan isteri Iz jugak. Rindu ni." Rengek Fedriz Naufal. Bukan main lagi nak ambil isterinya dari uminya itu.

Puan Ana pula bantai gelak. Apa nak jadilah anak terunanya yang seorang ini. Baru dua bulan kahwin dah makin menjadi manjanya. Ya, sekarang sudah dua bulan tempoh perkahwinan mereka berdua. Cepat sahaja masa berlalu.

Dan sepanjang perkahwinan ini, Fedriz Naufal memberi layanan yang baik terhadap isterinya. Alah, merajuk sikit- sikit tu adalah juga. Nuwairah Rose yang penat memujuk. Haih.

"Rose, kamu pergilah dengan Iz tu." Puan Ana memberi keizinan.

Fedriz Naufal bersorak dalam diam. Yeyet! Dapat dating dengan isteri kesayangannya.

"Kalau macam tu, Rose pergi dulu ya umi? Assalamualaikum. " Tangan ibu mertuanya disalam sebelum pergi keluar rumah suaminya berada. Fedriz Naufal ini memang nak kena. Mengada betul! Geram dia.

Sampai sahaja diluar rumah, terus lengan Fedriz Naufal menjadi mangsa kena cubit Nuwairah Rose. Suaminya itu mengaduh sakit.

"Sayang! Sakitlah! Kenapa ni? " Cemberut muka Fedriz Naufal. Lengannya digosok.

"Ha padanlah muka abang! Tahu pun sakit. Suka hati jer eh nak bawa sayang pergi pasar malam. Tak nampak ke sayang tengah berbual dengan umi tadi?" Marah Nuwairah Rose. Siap bercekak pinggang lagi gadis itu. Geram sangat nampaknya dengan suaminya.

"Mana abang tahu. Dah-dah! Tamau marah-marah. Kita kan nak pergi dating. Jom. " Satu kenyitan nakal dihadiahkan khas buat isterinya. Comel betul bila marah! Merah padam muka Nuwairah Rose bila marah tadi. Cantik!

"Ish abang ni! " Sekali lagi, lengan sasa suaminya dicubit.

"Sayang, sakitlah! " Tangan lembut isterinya dipegang. Menghalang supaya tangan itu mencubitnya. Kecil-kecil cili padi ini!

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang