Bab 7

381 31 0
                                    

"MACAM mana ni?"

Bermundar-mandir Nuwairah Rose didalam bilik. Telefon yang berdering ditangannya dilihat. Nak jawab ke tidak?

Okey Aira, tarik nafas dan hembus. Butang hijau dileret.

"Lamanya awak ambil masa nak jawab call saya." Terus keluar suara Fedriz Naufal.

Serta merta Nuwairah Rose pegang dadanya. Ya Allah, lajunya jantung dia berdetak. Kuat betul penangan Fedriz Naufal. Sungguh ini kali pertama dia dengar suara lelaki itu sepanjang tempoh perkenalan mereka berdua selama seminggu ini.

"Rose, are you there?"

"Ya, ya! Ada ni." Kalut dia menjawab.

"You are nervous, did you?" Dapat dia dengar suara tawa kecil Fedriz Naufal dihujung talian.

"Mana ada saya nervous. Buat apa nak nervous."

"Iyalah Rose. By the way, apa yang saya mesej dekat awak tadi, saya series tau."

"Ouh, tapi kenapa?" Dengar tak dengar suara Nuwairah Rose bercakap. Betullah apa yang Fedriz Naufal teka tadi, dia tengah nervous sekarang ni. Malu!

"Sebab awak dah jadi isteri saya. Awak jangan risau, saya mampu untuk tanggung awak. Awak faham kan?" Suara Fedriz Naufal mendatar dan tegas. Bagaikan menitip sebuah janji buat Nuwairah Rose.

"Faham."

Peliknya, Nuwairah Rose turutkan sahaja kata bakal suaminya itu. Tadi didalam chat tadi bukan main degil. Sekarang ini, macam dipukau pula.

Eh, tak! Nuwairah Rose cuma tak berani nak degil sekarang ini. Dalam chat tadi bolehlah, tapi sekarang ini dia tak mampu nak melawan kata lelaki itu. Tak tahulah entah kenapa. Aura lelaki itu buatkan dia jadi takut tiba-tiba. Semacam!

"Awak pergilah tidur, take a rest. Can't wait to see you, dear." Jantung Nuwairah Rose buat hal lagi. Tadi dah redalah sikit, tapi sekarang, bukan main laju lagi mengepam darah bila mendengar suara lembut Fedriz Naufal.

"Ermm, okey. Saya masuk tidur dulu. Goodnight."

"You too, Rose."

Talian dimatikan. Terus Nuwairah Rose tutup mukanya yang kian memerah. Arghh! Malu! Malu! Malu!

"Gosh! I'm fall in love!" Dia terjerit kecil.














BIBIR mengorak senyum lebar selepas mendengar suara gadis pujaannya.

"What a beautiful night, with hearing beautiful voice from my little rose." Dia mengomel.

Kalau dilihat keadaan Fedriz Naufal sekarang ini, macam orang angau bercinta pun ada. Tersenyum - senyum sahaja dari tadi. Telefon pula diletakkan didada. Entahlah, sejak dia tahu bakal isterinya itu ialah gadis yang sama dia minati beberapa hari ini rasa cintanya semakin mekar. Tapi, tidak kenalkah Nuwairah Rose dengan dirinya? Cepat betul lupa muka kacak dia ini? Menurut keluarga pihak belah sana, little rose dia itu memang langsung tidak ingat terhadap dia.

"Nevermind little rose." Kerana selepas ini, dia tidak akan membenarkan little rose dia lupakan tentang dia lagi. Itu janjinya!

Sambil memikirkan itu, dia menikmati pemandangan malam. Bibir tersenyum lagi. Lebih lebar. Haih, sejak dah nak kahwin ni, dia dah macam orang gila pula. Senyum-senyum tak tentu pasal.

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang