"YA Allah anak dara ni... Tak bangun lagi?!"
Terus saja dia menutup mata bila cahaya matahari memasuki kedalam retina matanya. Silau! Bila dah okey sikit, dia kembali membuka mata. Dilihat ibunya yang elok mengikat langsir biliknya. Mulut terkumat kamit entah apa apa. Mungkin sedang membebel.
"Kenapa ni mama?" Serak serak basah suaranya. Baru bangun tidur kan?
"Kamu tanya kenapa? Sedar ke tidak dah tengahari ni!" Bercekak pinggang Puan Sri Juliana dibuatnya. Alahai anak ku...
Ouh... Dah tengahari. Wait, what?! Serieslah?! Terbuntang terus mata Nuwairah Rose bila mendengarnya. Kalut sendiri dia bangun dari katil. Kemudian, terus ambil kain tuala dan berlari masuk kedalam bilik air.
"Arghh! Mama... Sakit!" Punyalah kalut sampai dia sendiri terjatuh kedalam tandas. Puan Sri Juliana geleng kepala.
"Haih Aira, Aira... Padan muka kamu. Kalut sangat tadi, kan dah jatuh!" Selamba Puan Sri Juliana berkata. Tak kesah langsung pasal muka anaknya yang sudah masam mencuka.
"Mama... Sakitlaa. Rasanya kaki Aira terseliuhlah." Manja dia mengadu.
"Hurmm... Tak pergi kerjalah ni?"
"Macam mana nak pergi? Kaki Aira kan terseliuh. Nanti, mama cakaplah dekat papa yang Aira tak dapat pergi kerja."
Pandai pula dia memujuk. Hish! Anak siapalah ni.
"Bolehlah mama... Kesian Aira. Dahlah bangun lambat, lepas tu jatuh kat tandas, lepas tu kaki terseliuh pulak. Mama tak kesian ke dekat Aira?" Melihatkan Puan Sri Juliana hanya diam, Nuwairah Rose berterusan memujuk. Siap berkelip mata lagi tu.
"Yalah yalah. Nanti mama bagitahu dekat papa kamu."
Tersengih sengih Nuwairah Rose. Yes! Tak payah pergi kerja! Haha.
"Ni larat tak nak bangun sendiri?"
Nuwairah Rose geleng kepala.
"Meh mama tolong. Budak ni, umur dah 24, tapi perangai mengalahkan budak tadika. Haih..." Sempat Puan Sri Juliana membebel. Sambil tangannya sibuk memaut tangan Nuwairah Rose.
"Alah mama ni... Anak mama juga kan?"
Melawan!
"Anak mama, takkan manja macam ni. Nanti nak kahwin macam mana? Takkan nak harapkan mama jer?"
Ni yang tak mau ni. Keluar dah topik pasal kahwin!
"Aira masih mudalah mama..." Habis cemberut muka Nuwairah Rose bila buka bab kahwin. Tak suka!
"Elok sangatlah buat muka macam tu."
Terus Nuwairah Rose senyum lebar. Menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Puan Sri Juliana kasi jelingan maha tajam.
"Bersiap cepat. Kita pergi hospital. Kaki Aira terseliuh tu kan?"
Nuwairah Rose anggukkan sahaja. Sebenarnya malas juga nak pergi hospital, tapi bila difikirkan balik kaki dia takkan sembuh kalau encik doktor tak merawat.
"Mama tunggu... Cepat sikit bersiap tu. Lambat, mama tak bawa pergi hospital. Biar kaki tu sakit jer memanjang."
"Wuishh! Kejamnya mama..." Siap dengan muka tersebik sebik Nuwairah Rose berikan. Nak menagih simpati. Tapi dah nama Puan Sri Juliana. Memang taklah dia termakan dengan kata kata manja anak daranya itu. Tak habis habis manjanya!
Usai itu, terus Puan Sri Juliana keluar dari bilik Nuwairah Rose. Malas mahu melayan perangai tiga suku anaknya itu.
Nuwairah Rose mencebik. Apalah mama ni, nak manja sikit pun tak boleh. Kaki dilihat. Ermm... Sakit!
"NASIHAT doktor jangan tak dengar pulak. Mama lepas ni nak ke butik. Jadi, Aira seorang jer dekat rumah tu nanti." Membebel lagi Puan Sri Juliana. Dahlah dekat hospital.
"Nak ikut..." Tangan Puan Sri Juliana digoncangnya.
"Tak payah. Duduk jer dekat rumah. Kang ada pulak kaki tu makin teruk."
Nuwairah Rose muncung mulut. Tak adil! Ibu ke butik, Aira kat rumah. Bosan lah nanti.
"Tapi kaki Aira dah okey ni."
"Yalah tu. Pandai sangat membodek! Mama kasitau dekat papa kamu kang! "
"Ermm... Mama ni. Nak ikut ke butik jugak..." Semakin kuat Nuwairah Rose menggoncang tangan Puan Sri Juliana. Memaksa betul!
"Yalah! Yalah! Hish anak dara ni!"
Terus lebar senyuman Nuwairah Rose. Yeay!
"Meh mama papah. Kang jatuh pulak!"
"Aww... Sweet lah mama ni." Dengan selamba Nuwairah Rose mencuit hidung ibunya. Suka sangat mengusik Puan Sri Juliana.
Puan Sri Juliana pula hanya mampu menggelengkan kepala. Haih... Sabar jer dapat anak macam ni.
Dari jauh, seorang lelaki berkaca mata tersenyum senyum memandang Nuwairah Rose. Tak sedar kaki tu sakit, sempat lagi nak mengusik si ibu. Comel pulak budak ni! Bukan sahaja comel... Tapi cantik! Eh? Takkan jatuh cinta pulak?
"Iz... Jom!" Tersentak Fedriz Naufal.
"Dah settle?" Soal Fedriz Naufal. Abangnya, Falikh Soleh mengangguk.
"Mai macam mana? Dia tak kesah kau tinggalkan dia sekejap?"
"Dia tidur... Tu yang aku dapat keluar, sekejap. Dia tu dari semalam tak makan. Risau aku."
Fedriz Naufal angguk. Haih... Kasihan pula bila lihat abangnya pucat semacam. Sejak kejadian kakak iparnya, Maisarah Qabila kemalangan seminggu lepas, abangnya langsung tidak berehat. Ditambah lagi kakak iparnya keguguran disebabkan kemalangan itu. Lagilah abangnya tak berehat. Maisarah Qabila seperti tidak dapat menerima hakikat yang dia sudah keguguran.
"Jomlah gerak! Nanti aku nak ke hospital balik. Risau Mai menangis bila aku tak ada." Ajak Falikh Soleh.
"Okey okey."
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romance-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...