Bab 8

356 28 0
                                    

"NAZHAEL! Jom teman akak. Ambil baju kahwin dekat butik."

Nazhael mengeluh. Malas ahh! Kakaknya ini macam tak boleh nak pergi seorang diri. Mengada nak berteman bagai. Ambil baju kahwin jer pun. Ish!

"Akak pergilah sorang-sorang." Acuh tak acuh Nazhael membalas.

"Alah... Nazhael, temanlah akak. Lagipun orang tua-tua kata kan, orang yang dah nak berkahwin ni darah manis. Senang nak dapat bahaya. Mahunya nanti akak kena culik ke apa, tak kahwin akak ha." Pandai pulak Nuwairah Rose memujuk adiknya.

Nazhael mencebik. Banyaklah kau darah manis! Kalaulah dia vampire, memang dia hisap darah kakaknya itu. Manis sangat tadi kan? Nanti aku pahitkan!

"Ha! Mengutuk akaklah tu!" Sergah Nuwairah Rose. Macam lah dia tak tahu. Bila Nazhael buat muka hodoh selepas itu mulut pulak mengomel-ngomel. Tak lupa juga bila mata adiknya itu asyik-asyik menjelingnya. Memang kutuk aku lah tu! Heh.

"Eh? Akak tahu? Baguslah. Dah, akak pergilah sorang. Nazhael banyak kerja ni."

"Urgh! Fine. Kalau apa-apa jadi dekat akak, Nazhael tanggung. Akak ni darah manis tau."

Melihatkan adiknya yang buat tak tahu itu, Nuwairah Rose mencebik. Kaki menapak pergi keluar rumah. Nak ke butik, ambil baju kahwin.

Sedar tak sedar, sekarang ini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dia dan Fedriz Naufal bakal disatukan.

Bermulalah dari tiga minggu lepas hingga kehari ini, tak perasan pula dah nak kahwin. Dan sejak seminggu lepas, Fedriz Naufal tak mesej dia. Kenapa? Marahkah Fedriz Naufal terhadap dia?

Serta merta ingatannya mula teringat perbualannya dengan Fedriz Naufal ditelefon pada minggu lepas.

"Jadi Nuwairah Rose? Itu nama penuh awak kan?" Suara Fedriz Naufal lembut. Dihujung talian, Nuwairah Rose tidak sedar bahawa lelaki itu sedang tersenyum-senyum.

"Ohh, iya. Awak pula, Fedriz Naufal?"

"Yup, that's my name dear. Tak sangka kan awak tahu nama saya?"

"Eh, mama yang bagitahu. Nama bakal suami kan, kenalah tahu."

Fedriz Naufal tertawa kecil.

Nuwairah Rose gigit bibir. Kenapalah suara dia ini menawan sangat? Belum tengok muka lagi. Puan Sri Juliana kata, Fedriz Naufal itu handsome. Tapi bukan itu yang dia nak ambil tahu. Yang paling dia nak, hati budi. Kalau boleh, dia nak lelaki yang ikhlas cintakan dia. Tapi bila mengingatkan hal itu, kisah dia tak seperti orang lain. Dia sekarang tengah dijodohkan dengan lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Malah jauh lagi perasaan cinta. Jadi mustahil lelaki itu akan mencintainya. Perlu kenal-kenal dulu, baru cinta. Namun semua itu selepas sahaja mereka berdua berkahwin nanti.

Betulkah keputusannya ini? Mampukah dia jatuh cinta terhadap lelaki bernama Fedriz Naufal ini? Dan paling penting bagaimana dia nak hidup berdua dengan Fedriz Naufal? Sudahnya mereka berdua tidak pernah berjumpa. Ha cane tu?

"Hey Rose, are you there?"

Tersentak Nuwairah Rose.

"Sa-saya ada ni." Kalut dia.

"Thanks god, awak buat saya risau Rose."

Nuwairah Rose tersengih sendiri meskipun dia tahu Fedriz Naufal tidak melihat. Tapi itu tak penting, yang pentingnya Fedriz Naufal kata dia risaukan Nuwairah Rose. Haih... Janganlah cair hati.

"Rose! You did it again. Are seriously at there?" Cemas semacam suara Fedriz Naufal.

Lagi sekali Nuwairah Rose tersentak. Baru tersedar yang dia didunia nyata sekarang ini. Ingatkan dekat dalam hati Fedriz Naufal. Hm.

"Sorry awak. Saya terfikirkan sesuatu."

"Boyfriend?" Dapat Nuwairah Rose dengar suara Fedriz Naufal tegang semacam. Dia, cemburu?

"Eh, mana ada awak. Saya tak ada boyfriend." Cepat-cepat Nuwairah Rose menerangkan. Kang marah pula pakcik ni. Susah!

'Amboi kau Aira, pakcik kau gelar dia? Dia tua setahun tau dari kau. Ada pula gelar pakcik.' Otak memarahi tuannya.

Nuwairah Rose mencebik.

"Nice to hear that, saya tak nak tau awak ada boyfriend selain saya."

"Eh..."

"What?"

"Kenapa saya perlu dengar kata awak?" Soalan dibalas soalan.

Dihujung talian, Fedriz Naufal mengepal penumbuk. Sedaya upaya dia tahan daripada tidak menengking little rose nya.

"Sebab awak degil sangat. Dan awak bakal isteri saya." Jawab Fedriz Naufal dingin.

Gulp!

Nuwairah Rose telan liur. Kenapa dia mula rasa takut ni? Argh, Fedriz Naufal memang ada aura yang boleh membuatkan dia sesak nafas.

"Sa-saya gurau jelah, awak." Nuwairah Rose ketawa dibuat-buat bila suasana kian dingin.

"I don't like it."

Nuwairah Rose terdiam. Fedriz Naufal tengah marah.

"Goodnight Rose." Baru sahaja Fedriz Naufal ingin menamatkan perbualan...

"Awak, kejap!" Dihujung talian, Fedriz Naufal tersenyum.

"Saya minta maaf."

"Sebab?"

"Buat awak marah?"

"Hmm." Terus talian dimatikan.

Nuwairah Rose tarik keluh berat.

"Woi kak!"

Hilang semua kejadian dimana Fedriz Naufal dan dia berbual ditelefon minggu lepas selepas disergah oleh Nazhael. Dan sejak itu, Fedriz Naufal langsung tak mesej dia mahupun menelefonnya. Memang betullah Fedriz Naufal marah. Hm.

"Akak! Hey!" Sekali lagi Nazhael memanggil kakaknya. Pekak ke apa?

"Apa? Akak dengarlah."

"Ingatkan dah pekak tadi. Ni, mama suruh Nazhael temankan akak pergi butik." Cemberut muka Nazhael. Kalau boleh, dia tak nak temankan kakaknya tapi disebabkan Puan Sri Juliana yang arahkan terpaksa dia turuti. Urgh!

"Hmm. Jom! "

"Akak okey tak ni? Tadi elok jer happy, sekarang badmood pulak?"

"Diamlah Nazhael."

"Okey, Nazhael diam." Nazhael angkat kedua belah tangannya. Pfft, apalah nasib dapat kakak macam ni. Susah nak dijangka mood nya.














Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang