"DAH datang dekat rumah sana, jangan lupa call mama. Tak pun call papa." Pesan Puan Sri Juliana.
"Ya ma... Nanti Aira call." Beg bagasi dihulur kepada suaminya untuk diletakkan didalam bonet kereta.
Hari ini, mereka berdua akan balik kerumah keluarga Fedriz Naufal pula.
"Aira mesti rindukan mama nanti..." Adu Nuwairah Rose manja. Lengan Puan Sri Juliana dipaut mesra. Kepala sengaja dilentokkan dibahu mamanya. Sengaja nak bermanja. Hehe.
Fedriz Naufal sembunyi tawa. Alahai isteri manjaku.
"Mama pun rindukan Aira juga nanti. Tapi Aira dah jadi isteri orang. Kena ikut kata suami. Ingat pesan mama ni." Pesan Puan Sri Juliana lembut. Kepala satu-satunya anak daranya diusap penuh kasih.
"Apa mama ni, buat Aira sedih." Nak menangis Nuwairah Rose dibuatnya.
Tan Sri Nusair geleng kepala.
"Dah-dah lah manja tu Aira." Tegur Tan Sri Nusair.
Nuwairah Rose mencebik.
"Papa ni... Aira manja dengan mama jer."
"Papa tak pula?"
"Elelele, papa jealous eh? Aww! Comel betul!" Terus Nuwairah Rose berlari anak kearah Tan Sri Nusair. Lengan si ayah dipeluk erat.
"Aira pun rindukan papa jugak nanti." Pujuk Nuwairah Rose. Tan Sri Nusair ketawa kecil. Ada-ada saja anaknya yang satu ini. Bila Nazhael tak ada, dia pula yang manja melebih.
"Ya, papa pun rindukan Aira juga. Dah jadi isteri orang ni, kena ikut kata suami. Jangan buat suami marah."
Nuwairah Rose pandang Fedriz Naufal. Tersenyum bangga lelaki itu. Ceh!
"Iya pa... Aira tak buat Naufal marah."
"Macam tu lah papa sayang."
Nuwairah Rose sengih. Yeyet! Papa sayang dia. Nazhael pula tak boleh gantikan tempat dia. Yes!
"Kalau tak ada apa-apa, kita orang balik dulu ma, pa..." Pamit Fedriz Naufal.
Serentak Puan Sri Juliana dan Tan Sri Nusair angguk.
Tangan kedua orang tua itu disalam sebelum masuk kedalam kereta.
"Bye, bye ma pa!" Sempat Nuwairah Rose menjerit sebelum kereta meluncur meninggalkan perkarangan rumah agam itu.
Puan Sri Juliana ketawa.
"Anak awak lah tu, manja sangat!" Komen Puan Sri Juliana.
"Eh? Anak awak juga. Manja pun macam awak." Bidas Tan Sri Nusair tak mahu kalah.
Puan Sri Juliana ketawa lagi.
"Iyalah! Jomlah masuk abang nye..."
"HEY, kenapa nangis ni?" Tanya Fedriz Naufal cemas. Mananya tak cemas, elok-elok kita memandu, isteri dekat sebelah pula dah bantai menangis. Adeh isteri ku...
"Sa- saya rindukan mama papa..." Adu Nuwairah Rose.
Nak ketawa Fedriz Naufal. Namun cepat-cepat dia tahan. Kang marah isterinya, susah nak pujuk. Tapi haih, itu ke sebab isteri manja dan cengeng nya ini menangis? Sebab rindukan Puan Sri Juliana dan Tan Sri Nusair?
"Sayang ni, biasalah tu. Dah kahwin ni lain sikit kehidupannya. Sayang kenalah belajar berdikari tanpa mama dan papa." Pujuk Fedriz Naufal. Tangan Nuwairah Rose yang elok terletak dipaha kanan, dia gapai. Kemudian diusap lembut. Ingin memujuk. Kalau tak disebabkan dia memandu sekarang ini, memang lama dah dia peluk isterinya itu. Haha.
"Tapi se-selama ni, sa-saya tak pernah berjauhan pun da-dari mama dan papa." Adu Nuwairah Rose lagi.
"Sayang perlukan masa. Tak apa, lama-lama sayang akan okey. Jangan risau. Abang ada kan?"
Entah kenapa Nuwairah Rose rasa terharu. Makin menjadi tangisannya. Fedriz Naufal pula dah cemas lagi. Aku ada salah cakap ke?
Tak berfikir panjang, Fedriz Naufal memberhentikan kereta dibahu jalan. Tak boleh dibiarkan isterinya ini menangis lama-lama. Nanti apa pula kata ibu dan ayahnya kalau tengok Nuwairah Rose nangis. Tak pasal-pasal dia kena tuduh buli isteri. Tak ke naya?
"Sayang, kenapa nangis lagi? Abang ada salah cakap ke ni?" Muka Nuwairah Rose ditekup lembut. Sesekali dia menyeka air mata gadis itu. Haih, merah dah muka.
"Saya tak apa-apa. Sa-saya cuma rasa nak nangis jer. Abang sweet sa-sangat."
Fedriz Naufal ketawa. Ada-ada saja. Haih lah...
"Abang ingatkan apa tadi. Dahlah, tak nak nangis-nangis bagai. Nanti ibu ayah fikir abang ni buli menantu dia orang pula." Ucap Fedriz Naufal.
Nuwairah Rose senyum.
"Saya tak nangis dah."
"That's my dear rose..." Dahi si isteri dicium lembut. Memerah terus muka Nuwairah Rose.
Bila Fedriz Naufal sudah melepaskan kucupan...
"Tapi abang..." Nuwairah Rose bersuara.
"Kenapa?"
"Saya malu..." Mukanya ditutup guna tangan. Aww! Malunya bila suami cium dahi kita!
Fedriz Naufal ketawa besar.
"Dah, jangan nak mengada. Belum sampai rumah ibu ayah lagi ni."
"Dahtu, abang bawaklah kereta laju-laju. Tak sabar nak jumpa ibu dan ayah ni. Nak lepas rindu..."
"Nanti dah sampai rumah, berkepit dengan ibu lah jawabnya ya?"
"Semestinya!"
"Jangan abaikan abang, nanti abang marah ha!"
Nuwairah Rose mencebik. Pipi Fedriz Naufal dicubit lembut.
"Saya tak abaikan abang la."
"Yalah tu..." Fedriz Naufal bersilang tangan. Tak percaya.
"Iya, dah. Abang bawak lah kereta ni. Hairan ibu dengan ayah tengok kita tak sampai-sampai ni."
"Cakap i love you dulu..."
"Eyy, mengada!"
"Cakaplah sayang..." Rungut Fedriz Naufal.
"I love you."
"Yeay! I love you too."
Cup!
Bibir Nuwairah Rose dicium sekilas sebelum dia memandu kereta dengan laju.
"Abang! Jangan laju sangat!!!"
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romance-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...