FEDRIZ Naufal bermundar-mandir didalam biliknya. Sedari dari tadi, dia tidak senang duduk. Itupun sebab idea mengarut ibunya yang menyuruh dia berkenalan dengan gadis yang bernama Rose. Dalam talian pula tu. Peribadi, akhlak, paras rupa pun tak tahu, nak kenal dalam talian pula. Heh. Tak pernah dibuat orang berkenalan dengan bakal isteri didalam talian.
"Where are you my little rose?" Dia menyoal sendirian. Ini juga satu masalah. Sejak beberapa hari ini dia dah cuba datang ke butik rakan ibunya alias Puan Sri Juliana itu. Tapi kelibat gadis yang dah mencuri hatinya pun tak kelihatan. Malah nama gadis itu pun dia tak tahu. Fedriz Naufal bagi gelaran little rose itu pun saja-saja. Entahlah, dia rasa gelaran itu sesuai dengan gadis cantik itu. Tapi tak sangka pula gelaran itu TERsama dengan nama gadis yang ibunya ingin jodohkan dengannya.
"Nice name, girl. But never make me fall in love." Omelnya perlahan.
Tanpa sedar, Fedriz Naufal tersenyum sendiri. Senyum sinis. Idea nakal mula muncul. Masa untuk pikat gadis yang bernama Rose itu. Saja nak kacau. Haha.
Lantas, nama bakal isterinya dicari di aplikasi WhatsApp. Heh! Jumpa.
Fedriz Naufal
Hey, future wife. Awak sihat?Dan butang send ditekan. Sekarang, cuma tunggu gadis bernama Rose itu reply.
"I'm out of my mind now, because of you my little rose."
Fedriz Naufal tersenyum lagi.
NUWAIRAH Rose berkerut dahi. Mesej dari nombor yang tak dikenali masuk kedalam noti WhatsApp nya. Siap ber 'future wife' lagi. Amboi! Dia kenal aku ke? Orang gila mana pulak ni? Nak balas ke tak? Ahh, lantak! Reply jer dulu. Kalau dia ni spesies buaya bermulut manis kau block jer terus Aira! Otak memberi arahan. Nuwairah Rose turutkan.
Nuwairah Rose
?Dan send! Tak sampai beberapa minit, mesejnya berbalas.
6013-123456789
Hai future wife.Nuwairah Rose
Sorry?6013-123456789
Tak ingat saya? I'm Naufal.Tersentak Nuwairah Rose membacanya. Naufal anak kawan mama? Series tak ni? Kenapa nampak macam tiber je eh?
Nuwairah Rose
Ouh, ya. Ingat, baru semalam chat kan? Haha. Ah, btw kenapa eh chat saya?Fedriz Naufal
Saya nak kenal-kenal dengan bakal isteri saya. Boleh kan?"Wah! Biar betul dia ni? Semalam bukan main kata merepek la menda la. Eii aku tampar kang ha. Naya jer!" Nuwairah Rose membebel. Geram dengan sifat lelaki bernama Naufal itu. Kau tunggu aku reply eh.
Nuwairah Rose
Tak boleh dan saya tak berminat.Hah! Ambil kau.
Manakala Fedriz Naufal pula tersenyum-senyum. Wow! Bakal isterinya jual mahal jugak eh? Bagus!
"I'll accept this as a challenge, Rose." Mendatar suaranya. Bagaikan diri rasa tercabar akibat sikap jual mahal bakal isterinya.
Tangannya menaip balas. Kali ini lebih series.
Fedriz Naufal
I will take you as my wife. One month from now. Get ready for our wedding.Fedriz Naufal tarik senyum sinis. Memang pantang dirinya ditolak mentah-mentah oleh mana-mana perempuan. Dan hari ini, seorang gadis bernama Rose membuatkan dirinya terasa tercabar sedikit. Malahan, gadis itu juga telah membuatkan hatinya meronta-ronta tanpa sedar. Bagaikan ada sesuatu yang memberanikan dirinya untuk kenal dan memperisterikan gadis itu. Iyalah, walaupun cuma kenal di atas talian. Tapi, cinta boleh dipupuk kan? Lagipun, sekali-sakala dia mendengar kata ibunya, Puan Raisah.
"Oh god! Then how about my little rose?" Baru teringat dia tentang gadis yang telah mencuri hatinya itu.
Sudahlah Fedriz, kau kata kau nak memperisterikan Rose, jadi kenapa kau nak fikir pasal gadis dekat butik itu lagi? Kalau memang berjodoh, kau akan jumpa dia lagi.
Otak berkata-kata untuk sedarkan tuannya.
Fedriz Naufal mengeluh. Kenapa dengan hatinya ini? Tadi teringat dekat gadis dekat butik tempoh hari, dan baru sahaja tadi dia membuat keputusan untuk berkenalan dengan Rose. Wah! Duhai hati, janganlah buat hal.
Serentak itu, notifikasi WhatsApp nya berbunyi. Mesej dari Rose bakal isterinya. Bibir mengorak senyum.
Nuwairah Rose
Crazy man!Ingin sahaja Fedriz Naufal menaip balas, dia sudah di block. Dia ketawa kecil.
"Rose, Rose... No matter what, you'll be my wife then. And now, let's forget your little rose Fedriz, she's not yours."
Matanya dipejam. Bersedia untuk esok hari.
BANTAL ditumbuk-tumbuk kasar. Tidak cukup dengan itu, comfoter disepak-sepak. Sumpah sekarang ini dia geram.
"Tak guna punya lelaki. Gatal! Siapa entah nak jadi isteri dia." Omel Nuwairah Rose geram.
"Padan muka kena block . Kalau macam tulah perangai anak kawan mama, huh! Celah mana baiknya pun aku tak tahu! " Lagi dan lagi Nuwairah Rose membebel. Badan mula dibaringkan diatas katil.
Tidur.
Maaf, jalan cerita mengarut. Hahaha
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romance-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...