Bab 12

350 23 0
                                    

NUWAIRAH Rose duduk dibirai katil, berhadapan dengan cermin meja solek. Tubuhnya yang tersarung indah dengan dress pengantin berwarna putih itu dipandang. Dia tersenyum kecil. Awning tudungnya diatur sedikit. Biar nampak kemas. Lipbalm berperisa strawberi diculit sedikit dibibir merah jambunya. Menyerikan lagi bibir mungilnya itu. Perfect!

Dada dipegang. Laju jantungnya mengepam darah. Hesy jantungnya ini! Langsung tak nak bagi kerjasama. Mungkin inilah yang dirasakan oleh para wanita yang lain kot. Nervous!

Hm, inilah harinya. Hari Nuwairah Rose dan Fedriz Naufal akan disatukan. Dan untuk beberapa jam lagi, dia akan menjadi milik seorang lelaki yang bernama Fedriz Naufal.

Betulkah keputusannya? Banyak kali dia memikirkan tentang keputusannya. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan bahawa Fedriz Naufal itu jodohnya. Betulkah?

Serentak itu, bahunya terhinjut sedikit bila mendengar telefonnya berbunyi.

Sempat dia melihat nama si pemanggil.

Fedriz Naufal. Bakal suaminya. Ehek!

Butang hijau dileret.

"Ya, Assalamualaikum." Sapa Nuwairah Rose dahulu.

Senyap.

"Awak?"

Diam.

"Nau-"

"I'm sorry, Rose." Ujar Fedriz Naufal serba salah. Nuwairah Rose angkat kening.

Tak tahu kenapa, jantungnya laju berdegup. Bukan kerana nervous, tapi risaukan sesuatu. Sesuatu yang buruk bakal terjadi.

"Apa maksud awak ni?" Soalnya perlahan.

"I can't marry with you."

Deg.

Dunia Nuwairah Rose bagaikan terhenti.

"A-awak merepek a-apa ni?"

"Saya tak boleh kahwin dengan awak. Saya minta maaf, Rose."

Dan-dan, air mata Nuwairah Rose mengalir terus.

"Tapi apa sa-salah saya? Ke-kenapa ni?" Teresak-esak dia menyoal.

"I'm sorry, Rose. I'm so sorry."

"Tak!" Jeritnya.

"Aira? Hey! Bangun! Kenapa ni?" Tubuh si anak digerak-gerak sedikit.

Nuwairah Rose buka mata. Dari keadaan menyandar dikerusi, terus dia berdiri. Matanya melekat pada keadaan dirinya yang sudah lengkap berpakaian pengantin melalui pantulan cermin meja soleknya. Sudah bertudung lagi. Cuma make-up nya sudah hancur sedikit. Mungkin sebab menangis didalam mimpi tadi. Eh? Mimpi?

"Kenapa ni, Aira?" Soal Puan Sri Juliana risau. Hairan pula dia melihat anaknya ini. Boleh-boleh pula mengigau semasa tidur. Dah nak kahwin pun sempat lagi nak tidur. Hesy anak dara ni!

"Ma... Kenapa Aira pakai baju pengantin ni?"

Puan Sri Juliana berkerut dahi. Takkan anak dia terus hilang ingatan kot selepas tidur tadi?

"Apa Aira ni, tanya macam tu. Aira dah nak kahwin lah lepas ni. Lupa dah?"

Dahi Nuwairah Rose berlapis. Blur.

"Bila?" Soalnya.

"Tinggal beberapa jam lagi Aira oi." Siap bercekak pinggang Puan Sri Juliana menjawab.

"Eh! Yalah. Aira lupa." Baru teringat punya pasal. Dahinya ditepuk perlahan. Tersengih kecil dia.

Puan Sri Juliana geleng kepala. Anak siapalah ni.

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang