Bab 23

294 26 2
                                    


NUWAIRAH Rose tarik muncung. Fedriz Naufal yang elok berada di meja kerjanya dipandang tajam. Hesy! Orang tengah merajuk ni! Takkan tak nak pujuk kot?

"Abang..." Seru Nuwairah Rose geram. Geram dengan Fedriz Naufal yang leka sangat dengan kerjanya. Sampai si isteri yang cantik dan comel ni pun, dia buat tak layan dah.

"Ya, kenapa?" Malas Fedriz Naufal menjawab. Isteri yang berada dikatil dipandang sekilas. Kemudian, matanya tertumpu pada komputer riba.

"Tak apalah. Kerja tu lagi penting kan dari isteri? Sayang nak tidur. Goodnight." Suara Nuwairah Rose seakan berjauh hati.

Siapa saja yang tak terasa bila tak kena layan. Sudahnya Fedriz Naufal itu buat keputusan nak pindah kerumah baharu mereka, langsung tak bagitahu dia. Sukahati saja. Langsung tak berbincang dengan dia. Hm.

Fedriz Naufal berbincang pasal ini pun semasa mereka tengah makan malam bersama ibu dan ayah mentuanya. Macam mana nak merajuk kalau macam tu? Alamatnya, dia tahankan rajuk sampailah masuk kedalam bilik dan kemudian lepaslah merajuknya! Tapi lain pula jadinya. Fedriz Naufal buat tak kesah. Apalah nasib. Pfft.

Tiada balasan dari si suami, Nuwairah Rose pasrah. Betullah, kalau nak tunggu Fedriz Naufal pujuk, tahun depan pun belum tentu lagi.

Baru saja dia menarik comfoter, Fedriz Naufal terlebih dahulu menahan perbuatannya itu. Sejak bila Fedriz Naufal berada dekat sebelahnya pun tak tahulah.

"Sayang merajuk ke ni?" Lembut suara Fedriz Naufal. Lagi nak tanya!

Tubuh Nuwairah Rose yang membelakanginya dipeluk.

"Hmm, abang buatlah kerja. Kerja kan lagi penting dari isteri."

"Janganlah merajuk." Pujuk Fedriz Naufal.

"Mana ada. Hm..."

Fedriz Naufal mengeluh.

"Haih, iyalah..." Dia melepaskan pelukan. Namun tak sempat dia turun dari katil, Nuwairah Rose laju menarik kembali tangannya. Dia sembunyi senyum.

"Abang ni... Sayang tengah merajuk lah ni. Pujuklah." Rengek Nuwairah Rose.

Rasa nak menangis pula. Tapi rasa geram itu lagi banyak. Sebabnya Fedriz Naufal cepat sangat pasrah nak pujuk dia. Hmmph!

"Kenapa merajuk?" Tanya Fedriz Naufal lembut.

Nuwairah Rose tarik nafas panjang-panjang. Sabar Aira, sabar. Dari berbaring, dia lantas duduk. Berhadapan dengan suaminya.

"Satu. Sebab abang tak bincang dengan sayang pasal kita nak pindah rumah."

"Laa, itu jer?"

"Ada lagi. Sayang tak habis cakap lagi ni. Hesy!"

"Ha apa dia?"

"Kedua, sebab abang buat tak layan jer dekat sayang. Rasa macam tunggul batu jer. Hmmph!" Nuwairah Rose berpeluk tubuh. Mukanya berpaling ke arah lain.

Fedriz Naufal ketawa. Kalau dapat isteri manja dan mudah terasa macm inilah jadinya. Pantang buat salah sikit, mesti merajuk. Takpun menangis. Haih lah, isteri manjaku...

"Kenapa ketawa? Eyy..." Tegur Nuwairah Rose geram. Lengan Fedriz Naufal dia cubit-cubit. Kita tengah merajuk, dia boleh pula ketawa!

"Sakitlah sayang..." Tangan kecil isterinya ditahan. Masam mencuka muka Nuwairah Rose apabila diketawakan.

"Okey, satu. Abang bukannya tak nak bagitahu sayang, cuma abang nak bagi suprise. Salah ke?"

"Salah!"

Fedriz Naufal garu kepala yang tidak gatal. Nak buat kejutan pun salah ke?

"Kenapa pula salah ni? Tak suka kejutan ke?" Soal Fedriz Naufal.

"Kalau kita pindah nanti, ibu ayah tak terasa hati ke? Kita baru tiga hari dekat rumah ni. Takkan nak pindah dah kot?" Kata Nuwairah Rose tak puas hati.

"Sayang, listen here." Fedriz Naufal tongkat dagu Nuwairah Rose supaya memandangnya.

"Kenapa sayang perlu merajuk dekat abang ni? Kita pun perlukan ruang privasi. Lagipun ibu ayah dah bagi keizinan. Kita dah kahwin kan, takkan nak duduk dengan ibu ayah saja?" Panjang Fedriz Naufal menerangkan.

Okey! Kali ini, Nuwairah Rose terdiam. Kalau berbidas dengan Fedriz Naufal dia memang akan kalah.

"Kedua, abang bukannya sengaja buat tak layan dekat sayang. Tapi kerja abang banyak sangat." Jelas Fedriz Naufal lagi bila tiada reaksi dari Nuwairah Rose.

"Kita baru saja kahwin, takkan dah ada banyak kerja?" Soal Nuwairah Rose tak puas hati. Hesy! Tak dapat dia nak bermanja dengan suami.

"Kerja ni dah bertangguh berbulan. Nanti ayah marah. Ayah tu garang tau!"

Nuwairah Rose diam lagi. Tak nafikan apa yang suaminya kata. Ayah mentuanya itu memang garang. Sampai dia pun takut nak berbual dengan Tuan Nifael.

"Habis tu, kerja tu dah siap tak?" Tanya Nuwairah Rose lagi.

"Belum."

"Kenapa tak buat?"

"Abang kan tengah pujuk isteri abang yang manja ni. Tak pujuk nanti, abang kena tidur dekat luar." Kata Fedriz Naufal lembut. Dia mula berbaring diatas paha Nuwairah Rose. Tiba-tiba saja rasa mengantok.

"Melebih lah abang ni. Mana ada sayang jahat sangat sampai nak suruh suami sendiri tidur dekat luar." Rambut Fedriz Naufal dia usap. Macam budak kecil pula suaminya ini!

"Mana tahu."

"Nak ke?"

Fedriz Naufal geleng kepala laju-laju. Mukanya disembam ke perut Nuwairah Rose.

"Nanak..." Gumamnya.

Nuwairah Rose ketawa. Perangai manja suaminya sudah keluar. Ini yang Nuwairah Rose suka! Ehek.

"Abang kata tadi kerja banyak. Kenapa tak buat?" Sengaja Nuwairah Rose berkata begitu. Nak tahu juga jawapan suaminya.

"Abang ngantok. Nak tidur sambil peluk sayang. Hm..."

Aww! Saya suka, saya suka!

"Kerja tu kan lagi penting."

"Tak, sayang lagi penting. Abang minta maaf. I love you." Fedriz Naufal peluk pinggang isterinya. Untung dapat isteri macam Nuwairah Rose. Hati tenang saja bila bersama dengan wanita ini.

"Alolololo. Kasihan dia banyak kerja. Tidur ya."

"Hmm..."

Nuwairah Rose senyum. Haih, perangai Fedriz Naufal ini memang tak dapat nak dijangka. Tapi dia bahagia. Biarlah perangai Fedriz Naufal dia belum memahami sepenuhnya, asalkan Fedriz Naufal sayangkan dirinya.

"Sayang..." Seru Fedriz Naufal perlahan. Aik? Tak tidur lagi?

"Ya abang."

"Kita pindah ke rumah baru lusa tau."

"Baik abang... Dah tidur."







Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang