Terasa malu dan segan pula bila berdepan dengan Hyojin . Yela , siapa je tak malu bila confess kat seseorang pastu ajak berjumpa pula .
Hyojin yang melihat tingkah laku Chenle yang malu malu lalu tertawa kecil . Biasanya dalam kelas Chenle lah yang paling bising dan kepoh , bila jumpa gini malu pula .
"Kau ni asal malu malu ?"
Kata Hyojin dengan tawa halusnya . Chenle sudah menggaru kepala sambil tersengih malu .
"Siapa je tak malu tho , da lah aku con...fess kat kau pas...tu ajak berjumpa macam nak pergi....date"
Bertambah berbungalah hati Hyojin mendengar date . Selama dia berkawan dengan Chenle , dia rasa lain sangat . Perasaan yang susah dia nak faham .
Maybe selepas Chenle confess , baru dia sedar jenis apa perasaan yang dia hadapi time tu . Agak klise tapi itulah realitinya .
"Hm apa salahnya kita date kan ?"
Amboi kemain gatal lagi Hyojin berkata . Kalaulah Jaemin dan Renjun tahu , mahu menjadi king kong mereka berdua .
"Ok , kau jadi girlfriend aku sekarang"
Buat apa tunggu tunggu kalau da ada peluang keemasan ni . Straight to the point je kan bagus ?
Tapi membuatkan orang cringe melihatnya . Betul cinta monyet , cinta budak sekolah alahai .
Jaemin dan Renjun yang menyaksikan sengihan sengihan dan senyuman mereka berdua terasa panas je hati .
Setelah itu , Chenle dan Hyojin mula membuka langkah untuk ke wayang . Tergopoh gopoh juga si kembar mengejar mereka berdua .
•••
Jaehyun memandang pelik telefonnya . Ni asal tetiber matikan telefon Renjun ni ? Pastu kedengaran emergency , mana tak risau si abang sulung .
"Jaehyun , dari tadi kau pandang je phone tu . Kenapa ?"
Soal Johnny setelah selesai menaip satu page assignment nya . Sampai da selesai kerja dia , Jaehyun masih memandang kosong telefon miliknya .
"Aku rasa ada yang tak kena"
"Ni mesti pasal adik adik kau kan ?"
Jaehyun mengangguk . Da kata pun abang sulung , mestilah risau . Adik adik dia tanggungjawab terbesar dia .
"Aku rasa dorang ok je tu . Jangan risaulah"
"Kau tak faham tau perasaan risaunya macam mana"
"Eh perli aku ke ni ?"
Johnny seakan merajuk . Yela , dia sorang saja anak dalam keluarga Seo . Tak pernah merasa ada adik adik kecil ni .
"Bukan perlilah isy"
Jaehyun menjeling Johnny lalu mencari contact Hyojin . Da tahu da kalau Renjun end call gitu , mesti Jaemin akan buat gitu . Tu yang jaehyun call Hyojin terus .
KRINGG !
Berdering telefon Hyojin , Chenle memandang saja gadis yang berada disebelahnya .
"Eo ? Oppa ?"
Jawap Hyojin . Janganlah ada iklan sebelum tayangan movie nanti kantoi dia kat wayang . Lagilah banyak persoalan si Jaehyun .
"Hyojin sayang , mana Renjun dan Jaemin ? Dorang buat apa sampai end call gitu aku call tadi ?"
Kata Jaehyun kepanasan dek mengingatkan kisah dimana Renjun matikan panggilan begitu saja .
"Ohhh dorang tengah main game"
Alasan semata , taknak pecah rahsia walhal Jaemin dan Renjun ada saja dibelakang mereka berdua .
"Main game je , tahulah tengah cuti haihh ni Hyojin sihat ? Da makan ? Siapa masak ? Sedap tak ? Barang rumah cukup ? Duit ada lagi ?"
Banyak pula soalannya , ni kalau tahu pasal hubungan Hyojin dan Chenle tak ke lagi banyak soalan aigoo .
"Jaehyun , aku jawap pakai mesej je eh ? Aku actually...tengah belajar"
Hyojin sempat menjeling lelaki disebelahnya yang sedang menongkat dagu memandangnya . Kacak *tersedak air liur*
"Ohh ye ke ? Kalau macam tu , oklah . Bubye take care"
"Oppa pun bye"
Maka , Hyojin mematikan panggilan dengan lega . Jangan rasa lega sangat , oppa kembar ada dibelakang memerhati saja korang berdua .
"Jaehyun hyung , ada apa call ?"
Soal Chenle . Pada mulanya terasa malu dan sekarang dia sudah dapat semangatnya balik , semangat dolphin .
"Dia just tanya khabar"
Hyojin berkata sambil tersenyum kepadanya . Cair hati lelaki pure chinese melihat senyuman manis girlf nya .
Rambut Hyojin nampak tak berapa kemas , Chenle perasan lalu cuba membetulkan tetapi dengan tangkasnya Jaemin menahan tangan Chenle daripada berbuat demikian .
"Kya brengsek , kau jangan sentuh adik aku"
Chenle dan Hyojin memandang belakang dengan perlahan lahan plus muka terkejutnya . ahh sudah...
•••
Jaemin dan Renjun bercekak pinggang melihat pasangan di depannya . Tak padan dengan kecik , da pandai bercinta .
"Oguogu ingat korang masih bersekolah . Patutnya duduk rumah belajar , bukan bercinta dengan monyet"
Bebel Jaemin kedengaran seperti mak mak . Hyojin pula sudah bermasam muka . Tidak sudah dengan protective nya , naik bosan Hyojin apabila hidup dia seperti dikongkong .
"Hyung , sudahlah . Aku tahu benda ni salah kat mata korang tapi untuk kebahagiaan Hyojin juga . Oklah , nanti aku belikan nintendo"
Chenle cuba memujuk kembar tersebut dengan taktik seperti rasuah . Bukan apa , Chenle dan Hyojin baru je rasmi bercinta takkan sehari tu juga nak putus ?
"Kau ingat dengan merasuah , kitorang akan terima ?"
"Ok , deal"
Jaemin tengah marah , Renjun dengan pantasnya menyetujui deal yang Chenle bagi . Naik berang Jaemin dibuatnya .
Aku rasa chap ni penuh dengan cringe , bosan dan hambar .
I said what I said ( ๑‾̀◡‾́)σ»
+vote+comment+
YOU ARE READING
[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjh
Teen FictionKembar tak seiras + adik perempuan tiada rupa abang abangnya = timbul syak wasangka oleh rakan sekolah mereka . myraasmadi_© Beautiful cover from @jumin_art start : January 19,2019 end : April 21,2021