008 + sabotaj°

508 75 14
                                    

Situasi tegang antara Nayeon dan Chenle kini sudah bermula , selalu juga dorang ni gaduh dalam kelas .

Dorang memang tak suka satu sama lain , ada je yang tak puas hati tapi bila Chenle ajak gaduh pasal Hyojin lagilah menggelegak darah dia .

"Kau dengar sini eh ? Kau tu da lah gay dengan junior sendiri . Taste mana kau ambik ni euw"

"Aku tak kesahlah nak panggil kami gay sebab kami just bff . Tak macam kau , kawan pun takde"

Mulalah sentap si Nayeon , dia bukannya takde kawan just semua buat hal memasing sebabtu dia asyik ganggu life Hyojin .

"Aku ada kawan eh ?! Sorry sikit !"

"Aduhh korang da lah tu , takyah gaduh"

Jisung menghalang dahi mereka berdua dari bersentuhan . Kalau da sentuh tu nanti start lah boxing nya .

"Eh kau ketepi ! Kau junior pergilah masuk kelas !"

"Kya kya !"

Mereka memandang ke arah pintu kelas , Cikgu Choi masuk dengan suara tegasnya . Baru semua berpusu pusu nak duduk tempat masing masing .

Jisung lagilah lari ikut pintu belakang nasib lari kalau terbang , tak ke peranjat cikgu hm . Hyojin da kaku sebab Cikgu Choi mempamerkan wajah bengis .

"Awak berdua ni memang tak sah tak gaduh sehari haihh apa nak jadi ni ?!"

"Bukan salah say..."

"SHUT UP !"

Tempik Cikgu Choi kepada Nayeon . Tu lah siapa suruh balas balik , kan da kena marah adehh

"Ni kenapa semua tak pergi kelas PE ?! SAYA TUNGGU PUNYALAH LAMA DA MACAM TIANG KAT PADANG ! NAK SAYA JUGA PANGGIL KAMU SEMUA DATANG SANA ! INGAT KORANG NI VIP KE ?!"

Oh goshh satu kelas lupa masa lepasni kelas PE dan start lah acara lari ke padang dengan pakaian uniform sekolah .

Di padang , semua berdiri sebaris da macam paskal aku tengok alahai . Cikgu Choi memerhati semua muka anak murid yang berada depan mukanya .

"TAKDE RASA TANGGUNGJAWAB LANGSUNG ! SEKARANG PERGI TUKAR BAJU DAN BERATUR DISINI ! SAYA BAGI 5 MINIT !"

Ada giler nak suh tukar baju dalam tempoh 5 minit ? Semua berlari ke arah bilik persalinan sambil mulut terkumat kamit , da macam baca mentera .

Di bilik persalinan , mulalah perasaan sakit hati si Nayeon . Dirampasnya baju sukan Hyojin pastu campak dalam tempat mandi , mengilai Hyojin dibuatnya .

"KYA ! BAJU AKU !"

"PADAN MUKA KAU !"

Nayeon berlari dengan pantas ke padang , mentang mentang dia da siap tukar baju pastu nak sabotaj Hyojin . Setan sungguh perangai ye

Hyojin mengutip bajunya yang basah , macam manalah dia nak pakai baju yang basah . Agak lencun juga bajunya .

•••

Nayeon berdiri dengan sengihan tak lekang dari bibir sebab dia suka, yang Hyojin bakal didenda oleh Cikgu Choi .

"Semua da ada ?"

Soal Cikgu Choi sambil perhati semua tapi budak kelas Hyojin menjerit nama dia . Memang habislah si Hyojin kena .

"Oh cikgu tu dia"

Kata salah seorang rakan sekelas Hyojin sambil menunjuk ke arah Hyojin yang tengah berjalan ke arah mereka semua .

Dia bukan jalan berseorangan tapi bersama Renjun serta Jaemin di sisi . Pelik juga mereka yang lain , mana datang dua ekor ni sedangkan dia senior .

-flashback-

Sedang Hyojin merenung nasibnya , bilik persalinan perempuan kena ceroboh dengan dua ekor beruk ni .

Tu nasib Hyojin sorang je dalam bilik tu , mereka berdua mendekati Hyojin yang sedang duduk diam .

"Hyojin ! Gwenchana ?!"

Jaemin melutut depannya sambil merenung dalam wajah adik kesayangannya .

"Jaemin baju dia basah teruklah !"

Renjun menarik sikit baju Hyojin di bahagian bahu . Bayangkanlah baru cubit sikit baju tu da menitis air keluar .

"Jap , aku pergi ambik baju sukan aku"

Dengan pantasnya Jaemin berlari ke bilik persalinan lelaki untuk ambik baju sukannya . Demi adik sanggup bagi .

Best nya lahai ada abang begini (ಥ_ಥ)

Jaemin kembali dan bagi kepada Hyojin dan menyuruhnya menukar dengan cepat . Jadi , Jaemin menarik Renjun keluar dari bilik persalinan tersebut .

Selepas 3 minit , Hyojin keluar dengan baju sukan Jaemin tersarung di badannya . Walaupun besar , Hyojin amat suka 🌚

-end-

"Eiii memang takde siapa lagi kalau bukan si Nayeon tu . Da lama aku perhati perangai dia"

Marah Renjun sambil menggenggam penumbuk berbahayanya . Mereka bertiga berjalan ke arah pelajar kelas Hyojin .

"Ni kenapa kamu berdua ada kat sini ?"

"Cikgu , maafkan adik saya lambat . Baju dia basah teruk tadi , ada setan sabotaj dia"

Cikgu Choi mengangkat keningnya , Hyojin pula tunduk je kerjanya dan Nayeon da terkejut beruk dek renungan tajam berapi Renjun .

"Pelajar perempuan , kamu semua nampak ke baju Hyojin basah kat dalam bilik persalinan tadi ?"

Majoritinya angguk dan salah seorang pelajar mengangkat tangan dengan muka cuak tak sudah .

"Cikgu , saya nampak..hm..Nayeon yang campak baju Hyojin kat bilik mandi"

Bermulalah sesi bela diri Nayeon sampai melutut bagai . Da kau buat , ngaku je lah . Takyah nak buat drama takde sambutan kat sini alahai .

"NAYEON DEMERIT !"

Renjun dan Jaemin menunjukkan thumbs up kat Nayeon dengan sengihan . Wuii berapi je hati Nayeon tengok Hyojin sekarang ni .

Aku asyik fikir Jaemin dan Renjun ni boyf si Hyojin je tau 🌚 Yela , sebelum ni buat ff pakwe makwe 😂

+vote+comment+

[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjhWhere stories live. Discover now