021 + bekal°

405 61 2
                                    

Nayeon tersenyum melihat Haechan dan Hyojin 'berdating' dalam kelas . Dia ni pun main buat spekulasi sendiri bukan tahu hal sebenar .

"Demam ke apa kau ni , Nayeon ? Aku baru je masuk kelas ni"

"Pfft tak kesahlah tapi tengok korang ni macam secocok lak"

Kata Nayeon dengan gediknya . Hyojin da bernanah je telinga dengan minah sekor ni . Nasib baik esok last sch sebelum cuti seminggu haihh .

"Bisinglah kamu"

Kata sorang lelaki yang tetiber muncul . Bila diperhati , rupanya Chenle dengan tangan kiri dalam poket seluar dan tangan kanan pegang roti . Mulut lak penuh dengan roti .

Chenle memasuki lalu duduk bersama Hyojin dan Haechan .

"Mana budak lain ?"

Soal Haechan kepada Chenle . Nayeon da terkaku agaknya terperanjat kuss semangat gitu .

"Kat kantin ahh apa lagi . Melantak"

"Renjun dan Jaemin ?"

Kini , Hyojin pula tanya kat Chenle . Tak aman dia makan roti fav sebab asyik ditanya orang je .

"Ada je dengan Jeno melantak kat kantin"

Hyojin angguk . Bukan apa , dorang tu kekadang sanggup tak makan sebab nak beli topup punya pasal .

Nampaknya Nayeon duduk kat tempat dia dengan senyap ye sebab dia dengar pasal tiga beruk jantan tu lah dia senyap . Nak dengar dengan teliti gitu .

"Ni Hyojin , kau makan keropok je ke ?"

Soal Chenle . Hyojin mengangguk , niat memang nak makan kat kantin tapi takut Renjun dan Jaemin ada kat kantin . Kang nak makan tak lalu lak .

"Kenapa kamu berempat boleh berehat di dalam kelas ? Kamu semua pun tahu dilarang makan dalam kelas"

Marah Sir Kyungsoo sambil menyilang tangan di dada . Terkejut dorang semua bila kena sound dengan Sir Kyungsoo .

Apa lagi , dorang berdiri untuk beredar dari kelas . Semasa Hyojin nak keluar , sempat Sir Kyungsoo menghulurkan bento iaitu bekas makanan berwarna merah .

"Jangan makan keropok . Makan ni , kenyang sikit"

Pelik Hyojin dibuatnya . Yela , tiber je bagi dia bekal . Teragak juga Hyojin nak ambik bento tu .

"Sir...makan apa ? Ta—takpe lah"

"Saya ada bawa bekal lain"

Haechan dan Chenle da tercengang . Rahang dorang betul jatuh bila tengok Sir Kyungsoo bagi Hyojin bekal .

Apatah lagi Nayeon lagi ternganga luas mulut dia . Susah nak percaya dengan drama yang dia tengok sekarang ni .

Lepastu Hyojin pun menyertai Haechan dan Chenle sambil membawa bekal dari Sir Kyungsoo .

"Kau couple dengan Sir Kyungsoo ke apa tho ?"

Soal Chenle yang masih dalam kejutan yang tak disangka .

"Eh apa kau merepek ni ? Aku tak couple dengan sir lah"

"Habis kenapa kau ambik bekal ni ?"

Haechan pula soal kat Hyojin sambil menunding jari kat bekal tersebut . Naik bengang Hyojin dibuatnya alahai

"Rezeki jangan ditolak bro"

Lantas itu , Hyojin terus menuju ke kantin . Tiba saja di sana , kelihatan kantin lengang . Nasib baik .

Meja kosong terus dicop oleh Hyojin tapi dia rasa was was nak makan bekal yang Sir Kyungsoo bagi .

Orang zaman sekarang takleh percaya sangat . Nampak baik tapi jahat ahh gitu . Sekali Renjun dan Jaemin duduk depan Hyojin sambil memandang bekal didepannya .

"Bila pula kau bawa bekal ?"

"Aku.tak.bawa.pun"

Renjun menarik bekal tersebut lalu buka . Perghhhh ada kimbab , kutlet ayam dan cupcake . Sempat pula eh Sir Kyungsoo buat semua ni .

"Sedap bhai"

Kata Renjun sambil menelan air liur . Jaemin pun sama je . Dorang da makan da ahh pastu nak makan lagi .

"Perghhh ada kutlet sia"

Kata Haechan yang sudah perhati dari Renjun membuka bekal tersebut lagi . Hyojin da pasrah dengan dorang , terus tak jadi nak makan .

"Renjun , bagi kat Hyojin . Dia tak makan pape lagi , ni ada lagi 8 minit sebelum rehat habis"

Kata Haechan lagi bila tengok Renjun hampir hampir melahap makanan tu . Abang kembar kedua Hyojin akur lalu memberi kepadanya .

"Eh jap ! Siapa bagi kalau bukan Hyojin yang bawa ?"

Soal Jaemin kepada Haechan dan Chenle . Memang habislah gini , ingatkan taknak hm sekali dia buka mulut alahai .

"Sir Kyungsoo"

Jawap Hyojin dengan selamba . Dia da pasrah betul kalini lalu kutlet ayam dikoyakkan sikit dan suap ke dalam mulut .

Hyojin kagum dengan masakan Sir Kyungsoo , sungguh sedap . Lagi membuatkan dia rasa lapar .

"Hyojin-ya , lain kali jangan ambik dari orang tak dikenali"

Tegur Renjun . Kalini dia berkata lembut sebab taknak ganggu sangat Hyojin tengah makan .

Dia biarkan je adiknya makan walaupun hati tak rela . Alahai ayat hm . Tengok macam kebulur nau gitu .

KRINGG !!

Bento ditutup semula lalu Hyojin beredar meninggalkan mereka berempat . Jaemin baru nak katakan sesuatu tapi adiknya pergi begitu je .

"Korang nampak macam habang normal harini . Kenapa ya ?"

Kata Chenle . Yela , biasanya dorang ni pantang bila kaitan dengan adik kesayangan dorang tapi harini tetiber macam tak over .

"Srs ahh ?"

Kata Jaemin macam tak percaya dengan perangai dia harini . Nampak bekal tu terus berubah ke acaner ?

Sesungguhnya aku buntu hm

+vote+comment+

[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjhWhere stories live. Discover now