[ lagu yang sangat sesuai untuk ff ni pfft ]
Kimchi jjigae , kimbap dan tonkatsu dihidangkan oleh Jaehyun di meja makan . Sudah lama mereka bertiga tidak makan masakan abang sulung .
"Aku baru je hidang , korang berdua kemain pecut turun ke bawah eh ? Ni mana Hyojin ?"
Kata Jaehyun sambil membetulkan pinggan berisi tonkatsu . Jaemin dan Renjun memandang satu sama lain , mulalah nak bergaduh tu siapa yang nak pergi panggil Hyojin .
"Haihh tak payahlah panggil . Biar aku je pergi , kalau tenung cenggitu sampai sabtu depan tak makan makan"
Kata Jaehyun lagi . Da masak sangat dengan perangai adik kembarnya . Maka Jaehyun terus menaiki tangga untuk ke bilik Hyojin .
TOKK TOKK !!
Laju saja pintu dibuka oleh adik perempuannya . Biasanya lambat sikit tapi ni laju semacam . Mungkin dia memang nak keluar .
"Makan jom"
Ajak Jaehyun dengan senyuman dan Hyojin pun membalasnya . Tangan kiri gadis itu mula merangkul lengan kanan Jaehyun disebabkan period pain mula menyerang sebaik saja dia membuka langkah .
"Aigoo kesiannya adik oppa sorang ni . Hati hati jalan"
Kata Jaehyun sambil membetulkan pegangan tangan Hyojin . Baik sungguhlah abang begini .
Setelah tiba di meja makan , Hyojin duduk di sebelah Jaemin berhadapan Jaehyun . Putih mata Hyojin melihat masakan yang terhidang di depan matanya .
Nampaknya , dapatlah dia melunaskan nafsu makan dek keinginan period . Tiga orang adik beradik lelaki Hyojin hanya memerhati sambil tersenyum melihatnya makan penuh selera .
. . . . . . . . . . . . . . . .
Hyojin POV
. . . . . . . . . . . . . . . .Tidak lama selepas itu , sekolah bakal dibuka semula esok . Tak sabar rasanya nak jumpa dengan Chenle ! (◍•ᴗ•◍)❤
Buku buku yang diperlukan dimasukkan ke dalam beg sandang baru . Ecewahh memandangkan tahun ni hanya aku je yang bersekolah , semua beli baru ufufuf .
"Hyojin , sudah siap ke tu ?"
Renjun bertanya di luar bilik aku . Malas nak lelama , aku pun menyarungkan beg ke bahu lalu terus keluar dari bilik dengan senyuman .
"Omo omo sengih sengih pepagi ni lain macam eh ? Kes tak sabar nak jumpa Chenle ler tu . Dengar sini eh , kalau dia ada buat apa apa dengan Hyojin , cepat bagitahu aku . Biar aku pijak ...."
"Its ok , Renjun"
Cepat je aku memotong percakapannya . Taknaklah dia membebel lama pagi gini .
Harini semua escort aku ke sekolah , lorat nau . Macamlah aku ni budak 7 tahun baru nak menjejakkan kaki ke sekolah .
"Hyojin , ni aku sempat siapkan bekal kau . Aku buat penuh dengan kasih sayang yang tulus aku keluarkan dari hati berbunga ni"
Kata Jaemin yang sudah bersinar matanya . Sekali Renjun menyengol kepala Jaemin dengan muka menyampah .
Setelah tiba di depan pagar sch , ramai pelajar perempuan memperlahankan langkah untuk melihat keka...ehem kekacakan abang abang aku .
Da macam takde jantan lain pula kau nak tengok abang aku . Ada yang tersipu malu , ada gak yang mengambil gambar alahai perangai mengalahkan dispatch apatah lagi sasaeng .
"Hyojin masuk dulu"
"Belajar elok elok ye sayang~❤️"
Kata Jaemin dalam nada keemakan . Renjun hampir saja mendaratkan tangannya di bahu Jaemin . Jaehyun lak hanya mempu tersenyum .
YOU ARE READING
[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjh
Ficção AdolescenteKembar tak seiras + adik perempuan tiada rupa abang abangnya = timbul syak wasangka oleh rakan sekolah mereka . myraasmadi_© Beautiful cover from @jumin_art start : January 19,2019 end : April 21,2021