Tepat 3.00 petang , Renjun segera menyiapkan tugasannya di website Frog VLE . Walaupun esok sudah start cuti sekolah , hw Cikgu Park selaku guru sejarah kelas dia dan Jaemin mesti disiapkan kalau tidak , demerit akan dikenakan kepadanya .
Habislah reputasi dia selama ni , penat cuba menghindari mendapat demerit . Tak memasal disebabkan tak siap hw , dia dikenakan demerit . Aigoo .
Jaemin yang sedang bermain telefon atau lebih spesifiknya menghantar chat kepada Jaehyun terbaring terkangkang atas katil bujang miliknya .
"Aduhhh ! JAEHYUN HYUNG BAGI SATU TICK JE !"
Naik angin Jaemin dibuatnya bila dapat balasan yang kurang memberangsangkan dari Jaehyun . Apalah yang dia buat sampai tak sentuh telefon .
"Bisinglah , jawmint . Aku tengah concentrate buat hw ni"
Kata Renjun yang bersungguh membelek buku teks sejarah untuk mencari jawapan untuk latihan di Frog VLE .
Hyojin yang dari tadi berdiri luar dari bilik abang kembarnya hanya diam membisu . Niat asalnya ingin menyuruh Jaemin atau Renjun memghantar chat atau mesej kepada Jaehyun
Tapi dia sudah mendapat jawapannya tanpa sengaja mendengar 'tengkingan' Jaemin terhadap telefon berjenama Iphong .
Terkelip kelip mata Hyojin dengan muka tiada perasaan memandang segenap ruang bilik abang kembarnya . Rasa macam nak masuk tapi takut mengganggu pula .
Gadis itu terus membatalkan niatnya lalu memusing belakang untuk turun ke bawah . Tetiber saja tekak rasa nak susu hm .
"Hyojin , kenapa tu ?"
Renjun menegurnya sebaik saja ekor mata milik Renjun melihat kelibat perempuan di luar bilik mereka . Memandangkan meja belajar bersebelahan pintu bilik , ofc lah dia boleh nampak .
Hyojin memandang Renjun lalu mengeleng tiada apa apa . Maka , dia teruskan tujuannya ke dapur untuk mengambil segelas susu sejuk .
TINGG TONGG !!
Kena pada masa Hyojin menuruni tangga , siapa pulalah yang datang . Terpaksa dia membuka pintu untuk melihat siapa yang datang ke rumah keluarganya .
Selak di pusingkan dan dia menarik pintu ke dalam , terpacul wajah Jeno di bingkai pintu sambil tersenyum sumbing serta tangan sasa lelaki itu memegang bekas makanan .
"H- Hi , Hyojin heee"
Gadis berambut panjang itu hanya memandang Jeno tanpa membalas sapaannya . Kekok Jeno dibuatnya .
"Mak saya eh ! Mak aku ni ahh ada buat lebih char kuey tiow , tu yang nak bagi sikit"
Jeno menghulurkan bekas makanan berwarna ungu kepada Hyojin . Dia bukan jenis suka menolak apatah lagi makanan , jadi dia sambut dengan lembut .
"Te.ri.ma.ka.sih"
Ucap Hyojin tanpa perasaan . Setelah itu , derapan tapak kaki mula didengari dari belakang Hyojin . Jaemin menuruni tangga untuk melihat adik kesayangannya di dapur , takut dia lapar nak makan sesuatu gitu .
"Eo ? Jeno ?..."
Mulut Jaemin terus membulat setelah menyebut nama kawan baiknya , Jeno . Kemudian , perlahan lahan Jaemin memusingkan badan ke belakang dan...
"KYA RENJUN !! BAWAK SINI KAYU BASEBALL !! CEPAT !!"
Jerit Jaemin dari tangga kepada Renjun . Mulalah kod merah mereka berdua , tergopoh Renjun mencapai kayu baseball di tepi katilnya lalu berlari menuruni tangga .
Hyojin yang melihat kerenah abang kembarnya hanya mengelengkan kepala dan menepuk dahi . Buat malu dia saja . Jeno pula sudah cuak melihat muka ganas Renjun sambil bawa batang kayu besar yang mampu melibas dia sampai patah tulang .
"Kyaa jakkaman !"
Kata Jeno yang sudah cuak habis sambil tangan kanannya sudah terjuir ke depan menyuruh Renjun berhenti untuk mendengar penjelasannya dulu .
Ganas saja Jaemin dan Renjun jalan menuju ke pintu utama rumah mereka . Segera Hyojin berdiri di depan Jeno untuk menghentikan semua ketahitan abang kembarnya .
"Geumanhae . Dia datang just nak bagi makanan ni"
Ujar Hyojin lancar sambil menunjukkan bekas makanan yang diberi oleh Jeno . Maka , batang kayu baseball yang dipegang oleh Renjun diturunkan dengan perlahan ke bawah .
"Aigooo yaa , korang ni jangan kasi aku sakit jantung boleh tak ? Da macam orang pyscho pula kau ni"
Kata Jeno sambil mengusap lembut dada yang turun naik dek terasa ketakutan daripada kawan baiknya .
"Mian , eo ? Aku tak dapat nak kawal mood protective aku"
Jelas Renjun dan Jaemin mengangguk kata setuju kembarnya . Kemudian , terus saja Jeno balik ke rumah selepas meminta untuk pulang .
•••
Bangunan di hadapan mereka bertiga dipandang sayu , pertama kali mereka menghadiri hari peringatan ibu bapa mereka tanpa abang sulung .
Mereka yang serba berpakaian hitam mula membuka langkah untuk memasuki bangunan tersebut . Mendung saja Hyojin apabila dia melihat tempat abu mayat kedua ibu bapanya dari jauh .
"Hyojin ok ?"
Soal Jaemin prihatin terhadap adik perempuannya . Hyojin hanya mengangguk dan cuba mengukir senyuman manis .
Sampai saja di depan tempat simpanan abu mayat kedua ibu bapa mereka , Renjun mula meletakkan bunga lavender di sebelah balang berisi abu ibunya .
"Omma . Renjun , Hyojin dan Jaemin datang bawa bunga yang appa bagi sewaktu appa melamar omma dulu . Omma suka tak ?"
Renjun berkata sambil membetulkan posisi balang tersebut . Jaemin pula sudah memeluk bahu Hyojin sambil tersenyum melihat tindakan Renjun .
"Korang ni janganlah sendu sangat bila jumpa omma dan appa . Happy lah sikit"
Kata seseorang yang amat mereka kenali . Mereka bertiga berpaling ke belakang dan kelihatan Jaehyun berdiri dengan tangan di dalam kocek jaketnya plus senyuman manis dia kerana tersenyum melihat muka sedih adik-adiknya .
"Oppa !"
"Hyung !"
Kata mereka serentak lalu memeluk Jaehyun . Dia pun membalas pelukan adik adiknya . Alahai sendu je dorang ni .
Sepatutnya jadi part sedih tapi bila dibaca balik , hilang pula sedihnya
+vote+comment+
YOU ARE READING
[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjh
Teen FictionKembar tak seiras + adik perempuan tiada rupa abang abangnya = timbul syak wasangka oleh rakan sekolah mereka . myraasmadi_© Beautiful cover from @jumin_art start : January 19,2019 end : April 21,2021