030 + sengih°

404 60 3
                                    

Kereta di parkir di hadapan rumah ibu bapanya di Busan . Nasib baik Kyungsoo sudah menyelesaikan menanda buku pelajar sebelum pulang ke rumah ibu bapanya , takdelah dia nak pening pening kepala .

Kemudian , Tuan Do dan Puan Do keluar dari rumah untuk menyambut kepulangan anak lelakinya . Senyuman mereka berdua semakin lebar dek melihat anaknya yang ceria pulang ke kampung .

"Omo anak omma da balik"

Laju saja langkah Puan Do memeluk anaknya . Tuan Do hanya memerhati dua beranak tu dari pintu rumah dengan senyuman manis .

"Omma sihat ?"

"Omma sihat . Kamu tu nampak makin kurus . Kerja kerja juga tapi makan jangan lupa"

Kyungsoo hanya senyum mendengar leteran ibunya . Da lah penat menanda buku latihan pelajar , dengan jawapan tah pape pastu balik kampung kena pula penangan berleter maknya . Pecah kepala dibuatnya .

"Awak ni , dia baru je sampai . Awak da berleter , pening kepala dialah"

Tegur Tuan Do kepada isterinya . Asal dia balik , rumah keluarga Do saja yang meriah . Kyungsoo hanya mampu mengelengkan kepala .

•••

Keesokan harinya , ibu bapanya takde di rumah sebab pergi ke pasar tani . Kyungsoo duduk di bangku halaman rumah keluarganya sambil mengopek kulit buah limau mandarin .

Pagi pagi makan limau , sakit perutlah kabaunya nanti . Sambil mengopek sambil memandang permandangan alam semula jadi . Terubat jugalah rindu dengan nak pandang anak tupai terbang ke sana ke sini eh—

"KYUNGSOO !"

Tercampak limau tadi ke tanah dek sergahan dari wanita yang dia kenali iaitu Lee Nana .

"Kau ni memang takde manner eh ?"

"Halaa sorry lah , kau tu asyik termenung jauh je"

Nana mula melabuhkan punggung di sebelah Kyungsoo . Senyuman wanita itu tidak di lekang dibibir apabila melihat jejaka kesukaannya berada di depan mata .

"Btw aku ada bawa hotteok . Kesian aku tengok kau pepagi makan limau , memang berak terkentut kentut kang"

Jelingan tajam diberikan oleh Kyungsoo . Cakap tu biar berlapis sikit , da lah mamat ni tengah makan limau . Pastu pula sudah terbayang kentut , mual jadinya .

"Kau ni , asal diam je ? Cakaplah sesuatu , aku bawakan hotteok pun bukan nak cakap terima kasih"

"Thankseu"

"Tarak guna punya kawan"

Nana annoying melihat rakannya itu . Pelik pun ada juga , senyap je . Biasanya mulut Kyungsoo boleh tahan kepoh .

Tetiber fikiran Kyungsoo teringat akan pelajarnya yang bernama Jung Hyojin . Bibirnya mula terukir senyuman kecil dan ini membuatkan wanita di sebelahnya bengang .

"Kau ni kenapa , Kyungsoo ? Tersengih pula . Ni mesti ada something kan ? Share lah"

"Haihh yelah"

Dia mengeluh . Actually dia taknak cerita tapi kang tak cerita , takut merajuk pula rakannya tu .

"Ada sorang pelajar sekolah aku , nama dia Hyojin . Aku pelik kekadang rasa kelakar pun ada sebab dia jenis pendiam 100% pendiam tetapi dia ada abang kembar , senior..."

"Ohh thats why kau jadi pendiam , ikut dia lertu"

Jelingan tajam diberikan sekali lagi . Nak saja Kyungsoo berhenti bercerita , baru dia tahu rasa tertanya tanya .

"Ok , teruskan"

"Pada mulanya , aku terkejut sebab abang kembar dia over protective dan hampir membuatkan aku fikir Hyojin ni playgirl"

Nana cuba memproses ayat Kyungsoo . Salahkah kalau abang jadi over protective kat adik ?

"So ?"

"Kedua abang kembar dia takde rupa langsung dengan dia . Ok , plus abang sulung dorang pun takde rupa sesiapa dalam adik beradik dia"

"Ok , senang cerita . Adik beradik Hyojin lain muka lah ni . Aku syak mak dia bercampur sperma"

Pantas tangan Kyungsoo memberikan jentikan di dahi Nana . Fikiran tu kasi bersih sikit ! Ada je adik beradik takde rupa eii .

Baru saja Nana nak membuka mulut , Kyungsoo terlebih dahulu menyumbat hotteok bersama limau ke dalam mulutnya . Ni padahnya bila fikir bukan bukan .

"Tak sedap setan !"

Tong sampah yang tidak jauh di capai lalu memuntahkan makanan dalam mulutnya . Mulut dilap menggunakan hujung baju lengan kanan .

"Yikes ! Ehem btw asal tetiber je kau fikir pasal Hyojin ? Kau suka dia eh ?"

Nana cuba meneka tapi firasat wanitanya mengatakan Kyungsoo suka pelajarnya . Dia da mula rasa takut kalau buah hatinya di rampas oleh orang lain .

"Eh ! Ma—mana ada . Pandai kau je buat andaian sendiri . Aku manalah tahu tetiber je anak murid aku tu masuk dalam fikiran aku"

Gagap maksudnya benarkan ? Rasa sedih pula hatinya , riak wajah Nana berubah tapi dia cuba untuk nampak ceria seperti biasa .

"Mesti anak murid kau tu cantik macam aku kan ?"

"Heh nak bandingkan dengan kau buat apa ? Kau tu memang hodoh abadi HAHAHAHA"
Geram punya pasal , dia memukul manja Kyungsoo dengan muka cemberut . Dia tak terasa pun sebab dia tahu Kyungsoo bergurau .

•••


Sebelum pulang ke rumah , mereka berempat singgah ke pasaraya sebab Jaemin yang suruh . Katanya barang dapur da nak habis .

Doyoung hanya ikutkan saja kata Jaemin . Lalu dia memarkir kereta di parking lot bawah tanah .

Hyojin keluar saja dari kereta terbeliak biji matanya sebab ternampak kafe yang Jaemin suka beli kopi . Mampuslah nak .

"Aku nak singgah jap kafe tu"

Kata Jaemin sambil menunjukkan kafe tersebut . Hyojin dan Renjun saling memandang . Aduh gawat ni !

"Kya...jangan eh ? Kau pun tahu apa akan jadi kalau kau minum kopi 8 shot"

Kata Renjun sebagai amaran . Jaemin pula hanya mulut melopong dan mengerdip mata beberapa kali .

"Jadi apa ?"

Renjun menepuk dahi . Rasa malas kekadang nak cakap dengan Jaemin . Dia tahu apa akan jadi tapi buat taktahu haihh .

"Guys , sudahlah tu . Kita pergi beli barang pastu pergi makan"

Celah Doyoung yang sudah bercekak pinggang . Apa lagi , demi langkah berjaga Renjun menyuruh Hyojin pegang tangan Jaemin .

"Omo adik Hyojin pegang tangan Jaemin oppa ?" *yall know emoji mata bersinar*

Hyojin hanya senyum memandang Jaemin . Dalam hati , rasa geli lak sebab dia pegang tangan macam orang couple selalu buat . Genggam gituww

Chap ni kasi panjang sikit sebab nak back up hari sabtu lalu yang sepatutnya update

+vote+comment+

[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjhWhere stories live. Discover now