. . . . . . . . . . . . . .
Hyojin POV
. . . . . . . . . . . . . .Nak tergelak juga melihat reaksi Nayeon setelah Renjun datang kepada kami yang hampir saja pergi berdebat peringkat kebangsaan .
"Euw—"
Sempat Chenle menjijikkan ayat yang dikatakan manis Renjun . Jarang sekali dia nak dengar perkataan sayang keluar dari seketul Renjun .
"Erk kau buat apa kat sini ? Kau pun di jemput ?"
Terjungkit kening Renjun memandang wajah Nayeon . Eh baru perasan ke ? Aku ingat saja je datang sini sebab nak hentikan mulut Nayeon hm .
"Hm rasa macam jodoh pula kita berdua ni"
Tu dia start lah mood gatal dia dan ia membuatkan aku rasa bosan plus nak tampar mukanya .
"Hm k lah chau"
Segera kaki aku melangkah keluar dari perkarangan rumah keluarga Haechan . Biarlah mereka settle kan sendiri , aku penat nak hadap .
"Hyojinie~~ nak pergi mana ?"
Jaemin berlari anak ke arah aku yang sudah berhenti separuh jalan sebelum memasuki lorong kanan .
"Ambik angin"
"Bwo ? Jauhnya nak pergi ambik angin . Pastu pergi tak berteman lak tu . Takpe , aku teman kau eh ?"
Jaemin meletakkan tangan kanannya di bahu kanan aku lalu berjalan bersama menuju ke sebuah taman .
Tiba saja di taman , kelihatan Jaehyun dan Johnny sedang berehat di sebuah pondok sebelah buaian . Eh dorang ni bukan nak masuk sekali rumah Haechan , boleh pula lepak .
Malas nak cakap banyak , jadi kami hanya berjalan merapati mereka berdua . Asal monyok je muka Johnny ? Masalah negara ke ?
"Hyung"
Panggil Jaemin kepada Jaehyun yang dari tadi memandang wajah Johnny dengan muka menyampah .
"Oh ! Da habis ke majlis tu ? Mana Renjun ?"
Soalnya sebaik saja melihat kami berdua . Tak , ni kenapa ni ? Muka Johnny kemain cemberut lagi . Teruk betul masalah ni .
"Belum habis lagi dan Renjun masih 'berparti' kat sana"
Jawap Jaemin selamba . Terbeliak mata Jaehyun bila dengar perkataan berparti dan kemudian barulah dia faham apa yang dimaksudkan Jaemin halah halah .
"Ni kenapa ? Johnny oppah nampak sedih je"
Kini aku pula membuka mulut . Manalah tahu dia mabuk ke apa en ? Sebab teruk sangat wajahnya .
"Ohh gf dia buat hal . Hal apa tu Hyojin takyah tahu"
Aku hanya mengangguk dan tetiber Jaehyun membuka jaketnya lalu menyarung kepada badan aku sebab dress aku lengan pendek , nak pula keadaan sekarang sejuk .
"Eh tak sejuk ke ?"
"Tak , aku pakai baju panas ni ahh"
Balas Jaehyun sambil menarik dan melepas baju panasnya sehingga nampak bentuk dada tegapnya . Aipp ingat aku taktahu dia work up sebab nak pikat gadis gadis di universiti nya *jijik*
"Da lah , jom balik"
Ajak Jaemin sambil memandang wajah aku . Dia ajak balik sebab nampak muka ngantuk aku , baguslah tu .
•••
Keesokan harinya , aku hanya meluangkan masa dalam bilik je sambil baring atas katil yang empuk . Walaupun esok Jaehyun dan Johnny akan pulang semula ke Connecticut , aku takde feel nak luangkan masa dengan abang sulung aku .
Rasa kosong .
TOKK !! TOKK !!
Pintu dikuak dari luar dan kepala Jaehyun terpacul dengan senyuman manis serta kemunculan lesung pipitnya .
"Taknak pergi mana mana ke ?"
Tapi aku masih mempertimbangkan sama ada patut ke aku keluar jenjalan atau baring je atas katil .
"Hm tah lah"
Jawap aku ringkas sambil mata memandang siling bilik . Disebabkan aku memberi respon pendek , Jaehyun melangkah masuk .
"Kalau macam tu , biar aku teman kau"
Lalu Jaehyun melontarkan badannya di sebelah aku . Janganlah lagi 2 ekor tu datang sama sibuk baring atas katil aku , ada juga roboh kang .
"Hyojin , ada cerita yang boleh diceritakan ? Sekolah ok ?"
"Hm sekolah memanglah ok tapi Hyojin tak ok"
Segera Jaehyun menongkat kepala dan baring mengiring menghadap aku . Dia memberikan pandangan yang tajam .
"Sejak bila Hyojin jadi loyar buruk ni ? Renjun ke Jaemin yang ajar ? Ke kedua duanya ?"
Aku diam tak berkutik . Sebenarnya dua dua ajar aku pfft tapi loyar buruk dorang tulah buat aku happy . Masuk air bersama , crackheads forever gitu .
"Siapa lagi kalau bukan aku , Jung Renjun si Bijak"
Terlihat Renjun memposing di daun pintu dengan tangan membuat simbol pistol dan letaknya di dahi , hidung dan mulut .
"Kyaa..."
Jaehyun baru saja nak memaki hamun sekali bunyi sedutan air kuat mengganggu percakapannya .
"Renjun , ni aku nak tanya . Kenapa susu pisang ni rasa lain ?"
Soal Jaemin lalu memberikan sedikit susunya kepada Renjun untuk rasa . Tetiber saja Renjun ketawa tanpa sebab .
"Kyaaa kembarkuss kau srs tak kenal rasa ni ?"
"Wae ?"
Jaemin membuat muka innocent . Dia ni tak sedar ke acaner ? Aku dengar apa yang Renjun katakan pun aku da boleh faham .
Pernah sekali dia makan strawberry pastu muntah dan aku taktahu kenapa muntah dia warna merah sedangkan dia makan sebiji je . Pergi jumpa doktor tapi katanya bukan apa apa hm .
"EHHHIIIHH ˢᵘˢᵘ ˢᵗʳᵃʷᵇᵉʳʳʸ ?!"
Ok , nampak sangat dia tak perasan tapi sedap je eh minum . Berlari Jaemin masuk ke dapur . Ni mesti kes Renjun nak pedajal Jaemin . Takde kerja betullah abang aku ni haihh .
ʜɪ (´◑ω◐')
YOU ARE READING
[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjh
Ficção AdolescenteKembar tak seiras + adik perempuan tiada rupa abang abangnya = timbul syak wasangka oleh rakan sekolah mereka . myraasmadi_© Beautiful cover from @jumin_art start : January 19,2019 end : April 21,2021