Jaehyun yang masih berada dipanggilan memandang skrin telefonnya . Asal dorang senyap je ? Tadi dengar macam terkejut pastu diam membisu .
"Hm hello ?"
Jaehyun menegur sebaik saja suasana menjadi semakin sunyi . Mulut Renjun dan Jaemin da melopong luas tadi , selepas Jaehyun tegur segera mereka menutup mulut yang hampir dimasuki lalat .
Hyojin yang berada di bilik sudah terlentang atas katil dek serangan sakit di kepala yang tidak terhingga .
"Maybe da nak datang bulan kot"
Getus hati Hyojin . Selimut di tarik untuk mengulungkan diri didalamnya . Air cond buka , suhu taklah sejuk mana 25°c . Akhirnya , Hyojin terlelap sebab selesa pula baring begitu .
Keesokan paginya , Hyojin terbangun awal disebabkan rasa tidak selesa . Sebaik saja matanya terbuka luas , kelihatan katilnya mempunyai tompok bulatan berwarna merah . Manalah dia tak terkejut , tadi sudahlah dia bermimpi kena tembak .
"ARGHHHH !"
Abang abang kembarnya yang masih lena dibuai mimpi terkejut akibat jeritan kuat Hyojin . Lalu mereka berlari pantas keluar untuk ke bilik perempuannya itu .
Setelah menerjah masuk , Hyojin berada di dalam bilik air . Renjun pun menghampiri bilik air dan mengetuk perlahan .
"Hyojin , ok ke ?"
Tiada respon daripada adiknya itu . Semakin risau Renjun dibuatnya , maka dia mula mengetuk sedikit kuat .
"Kya , Renjun . Tu tengok tu"
Kata Jaemin sambil menunjukkan katil Hyojin yang mempunyai tompokan darah . Renjun hanya mengohkan saja .
Tanpa banyak cakap , Jaemin segera menanggalkan cadar dan membawanya sekali dengan selimut turun ke bawah untuk dibasuh .
Renjun pula mengelap tompokan darah yang terkena pada tilam dengan kain basah dan febreeze .
Selepas selesai memasang cadar baru , Hyojin pun keluar dari tandas . Tetiber rasa malu bila abang abangnya tahu dia datang bulan .
"Hyojin , rehatlah . Hari first kan ? Mesti ada period pain , so duk sini . Nak apa apa panggil tau"
Kata Jaemin dengan lembut . Segera mereka berdua keluar dari bilik Hyojin untuk memberikan adik mereka berehat .
Tidak lama kemudian , loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang . Renjun segera membuka pintu dan orang disebalik pintu adalah Chenle .
"What....."
"Selamat pagi hyung"
Chenle menyapa Renjun yang sudah tercengang dengan kehadiran boyf Hyojin di pagi hari .
"Hyojin , da bangun ke ?"
Mesra saja Chenle menanyakan soalan kepada Renjun tetapi lelaki itu pula memandang Chenle dengan menyampah .
"Kau ingat adik aku malas nau ke sampai nak bangun pagi pun susah ?"
Sinis saja jawap Renjun tetapi Chenle tetap tersenyum manis . Kalau bukan Renjun ni abang Hyojin , da lama dia memberikan jelingan maut dolphin .
"Hm nak jumpa Hyojin boleh ?"
"Haihh sekejap je jumpa . Dia ada kat bilik"
Kata Renjun dengan pasrah bila dikenangkan keadaan Hyojin begitu . Taknaklah memarah sangat harini kang tak memasal lagi swing mood Hyojin nanti .
Tiba saja Chenle di bilik Hyojin , alangkah terkejutnya gadis itu yang sedang duduk bermain dengan telefonnya .
"Macam mana keadaan kau ?"
Soal Chenle kerisauan . Persoalan Chenle membuatkan Hyojin bingung sekejap . Lama juga Hyojin memikirkannya .
"Hm apa maksud kau ? Aku ok je...?"
"Bukan ke harini kau datang bulan ?"
Sekali lagi Hyojin terkejut , macam mana dia boleh tahu harini Hyojin datang bulan ? Lain macam....
"Pfft aku ada buat kira kira period kau . Aku tahu pun sebab bulan lepas kau bocor kat sch . Dari situ aku record hari period kau"
Chenle berkata sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Hyojin lalu mencubit pipi kekasihnya itu dengan senyuman manis .
"Jangan terkejut sangatlah . Ni aku ada bawakan kau coklat , roti , kek dan air . Aku taktahu kau nak apa , tu yang aku...TERbeli banyak"
Renjun dan Jaemin yang berada di pintu bilik Hyojin membuat muka jijik dengan sikap 'romantic' dan 'sweet' Chenle .
"Ok , 'softboy' masa da tamat . Sekarang , get out"
Kata Renjun yang sudah menyilangkan tangan di dada . Sebelum Chenle keluar , sempat dia mengusap lembut kepala Hyojin sehingga berdegup kencang jantung gadis itu .
Selepas Chenle pulang , loceng rumah berbunyi lagi . Takkanlah budak tu tak balik lagi ?
Pintu dikuak ke dalam dan wajah Jaehyun menghiasi disebalik pintu . Terkejut Renjun melihat wajah abang sulungnya yang tersenyum melihat adiknya itu .
"Eh terkejut macam nampak hantu ye kau ?"
Perli Jaehyun sambil memberikan reaksi menyampah . Da lah buka pintu lambat cewahh lambat seminit je pun .
"Asal tak bagitahu nak balik ?! Semalam vc nampak macam kat sana lagi . Tahu tahu da balik !??"
Jaehyun baru je sampai rumah da kena marah pula dengan Renjun . Jaemin dan Hyojin yang terdengar pekikan Renjun , segera mereka turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku .
"OPPA !"
Sebaik saja mata Hyojin dan Jaehyun bertembung , gadis itu berlari laju untuk memeluk abang sulungnya .
Selamat menjalani ibadah puasa kepada readers muslim saya 🥰
dan Hi readers2 sekalian ❤️
+vote+comment+
YOU ARE READING
[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjh
Teen FictionKembar tak seiras + adik perempuan tiada rupa abang abangnya = timbul syak wasangka oleh rakan sekolah mereka . myraasmadi_© Beautiful cover from @jumin_art start : January 19,2019 end : April 21,2021