Suasana di ruang tamu senyap saja apabila semua termasuk Johnny memandang tatapan maut Jaemin kepada kembarnya , Renjun .
"Ehem ! Btw japgi aku nak pergi beli barang untuk masak malam ni , ada sesiapa nak ikut ?"
Soal Jaehyun yang sedang membetulkan posisinya di atas sofa . Renjun yang duduk sopan ala lelaki terakhir dalam dunia mengangkat tangan .
"Noo noo , kau takleh ikut . Aku nak pandang kau sampai tembus kepala kau"
Kata Jaemin yang menolak tangan Renjun turun ke bawah . Seram dibuatnya apabila tatapan maut Jaemin tak lepas dari lelaki disebelahnya .
Hyojin dari tadi mengelengkan kepala dengan perangai abang kembarnya . Bagi mengelakkan berlaku sebarang 'kecelakaan' , Hyojin memberikan pendapatnya kepada mereka .
"Baiklah . Hyojin dan....Jaemin...akan ikut kau . Johnny oppa...dan Renjun duduk rumah"
"Ok , cun . Renjun , boleh kita main pubg bersama"
Jaemin pula mula terkejut dan kemudian , gembira tetiber mendengar pendapat adik perempuannya .
1 jam kemudian , mereka bertiga tiba di Pasaraya Neocult yang terletak tidak jauh dari rumah mereka .
"Jaehyun , kau nak masak apa ?"
"Aku nak masak gambas"
Jawap Jaehyun yang sibuk memilih minyak zaitun . Hyojin bukan taknak masak , dalam kereta tadi asyik disuruh bawa troli sebaik saja tiba kat pasaraya .
"Mana lebih better minyak zaitun jenama Sooman atau Dungeon ?"
Jaehyun tanya kepada kedua dua adiknya . Jaemin sudah menggaru kepala , yang dia tahu masak je mana barang yang ada di rumah .
"Sooman lah"
Jawap Hyojin . Dia pernah guna time masak ikan bakar , tu yang dia pilih jenama Sooman . Lebih sedap kabaunya .
"Wehh wehh tu ! Handsome gilerr laki tu omg !"
Hyojin hanya mendengar murmur gadis gadis yang berada tidak jauh dari mereka bertiga . Panas je dengar ufufuf .
Jaehyun dan Jaemin ofc tak dengar sebab sibuk pilih barang . Hyojin dengar sebab dia hanyalah pembawa troli .
"Lama ke pilih minyak tu ? Pilih jelah Sooman . Aku da mengidam nak coklat ni"
Tetiber Jaehyun dan Jaemin memandang satu sama lain . Hyojin kata begitu sebab nak berambus dari situ .
"Hyojin....da nak ᵖᵉʳⁱᵒᵈ ke ?"
Kehangatan di pipi Hyojin mula terasa , da ke situ pula abangnya fikir . Asal coklat mesti period .
Hyojin hanya mengelengkan kepala tanda tidak benar . Cepat saja dia menolak troli ke stesen seterusnya apabila Jaehyun meletakkan minyak zaitun dalam troli .
Selepas 20 minit , memilih barang yang diperlukan untuk memasak , Jaemin yang dari tadi hilang ke mana datang memasukkan pad jenama kotex dalam troli .
Hyojin be like :
Hyojin hanya mampu diam memandang wajah manis Jaemin . Jaehyun pula hilang tah ke mana , kenapalah adik beradik lelaki Hyojin sama je perangai ?
"Hyojin suka coklat jenama apa ? Aku taktahulah jadinya aku pakai ambik je"
Kata Jaehyun yang kembali dari rak coklat dengan tangannya dipenuhi dengan pelbagai jenama coklat .
"Ahh bagus . pad dan coklat kombinasi yang baik . bagus sangat"
Getus hati Hyojin yang sudah menahan amarahnya lalu terus menolak ke kaunter untuk membayar .
Baru saja gadis itu ingin mencapai barang dalam troli , terlebih dahulu Jaemin menahan tangannya .
"Uri Hyojin , duduk diam diam tau . Biar aku yang buat"
Kata Jaemin dalam nada aegyo . Nasib baik kaki Hyojin tak naik kat muka abangnya . Apalah nasib ada abang begini haihhh
•••
Sudu diletakkan di atas pinggan kemudian menyisip air oren bagi melawaskan makanan dalam perut .
"Hyojin taknak tambah lagi ?"
Soal Johnny yang duduk hadapan sebelah Renjun . Gadis bertubuh kecik itu hanya mengeleng sambil senyum manis .
"Jaemin . Haechan ajak main basketball japgi . Tah apa yang merasuki dia harini ajak main basketball memalam"
Kata Renjun menyampaikan pesanan Haechan . Jaemin yang dari tadi khusyuk menikmati makanannya akhirnya mengangkat muka memandang kembarnya .
"Buang tebiat apa dia ajak main basketball memalam ni . Jap ahh biar aku call dia"
Jawap Jaemin sambil tangannya menaip nombor Haechan . Setelah lelaki itu tiada si situ , Hyojin pun berdiri untuk membasuh pinggan di sinki .
Pantas saja dia membasuh pinggan sebab tidak sabar ingin mencampakkan diri atas katil . Da ngantuk kabaunya .
"Renjun , jom ahh pergi main . Jarang sekali main memalam"
Maka Renjun hanya mengangguk setuju . Hyojin yang berada di dapur sudah menari keriangan kerana abang kembarnya tiada di rumah . Jadinya takdelah dia asyik di ganggu oleh dua manusia tu .
30 minit kemudian , rumah menjadi kosong disebabkan Jaehyun dan Johnny pergi menghantar Jaemin dan Renjun ke gelanggang bola keranjang yang agak jauh dari rumah mereka .
Gadis itu mula membaringkan diri atas katil dan cuba melelapkan mata . Hasratnya nak bangun awal esok , nak buat sarapan untuk Jaehyun dan Johnny sebab mereka pulang Connecticut esok .
TINGG !!
Telefon miliknya di capai dan melihat skrin telefonnya yang sudah menyala kerana notifikasi masuk .
"Hyojin , aku nak confess kat kau"
"Aku sebenarnya....suka kau"
Melopong mulut Hyojin apabila membaca chat dari someone yang dia kenal . Sketsa apalah yang dia baca malam ni ?
Siapalah gerangan yang confess kat Hyojin tu ? Kalau triple bros dia ada , mahu telefonnya jadi mangsa kena baling masuk sungai
+vote+comment+
YOU ARE READING
[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjh
Teen FictionKembar tak seiras + adik perempuan tiada rupa abang abangnya = timbul syak wasangka oleh rakan sekolah mereka . myraasmadi_© Beautiful cover from @jumin_art start : January 19,2019 end : April 21,2021