. . . . . . . . . . . . .
Renjun POV
. . . . . . . . . . . . .Lepas ni , kitorang ada kelas PE . Memang Jaemin pakai baju Hyojin ahh , aduhh da lah badan adik kami kecik .
"Kau sure nak pakai ?"
"Yela bruhh . Kelas PE Hyojin tak habis lagi kot"
Jaemin berkata lalu menyarung baju sukan Hyojin . Perghh da lah akhir akhir ni Jaemin rajin nak bersenam alahai .
"Woi Tejun ! Apa kau fikir lagi tu ? Cepat ahh"
Marah Jaemin . Jadi , aku mengikutinya ke padang dan pelajar perempuan kelas memandang kami .
"Aku tak sangka badan Jaemin fit siak ! Auch !"
Kata salah seorang pelajar perempuan kelas kitorang . Da takde kerja lain ke nak usya badan abang aku ?
"Wah Jaemin ! Nice body man HAHAHAHA"
Kata Jeno berbaur perli . Apa lagi , Jaemin liku kepala Jeno . Aku rasa Jeno yang gay dengan Jaemin -_-
"Kau jangan nak usya badan aku eh ?"
Jaemin menutup badannya setelah beberapa minit Jeno memerhati dengan sengihan yang tak mampu aku desc .
"Biar ahh . Aku kagum , so bolehlah aku bersenam dapatkan badan macam kau . Nanti Hyojin suka"
Jauh sungguh kau fikir Jeno . Silalah langkah mayat kami dulu kalau nak ngorat Hyojin .
"PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR !"
Da pula tetibe annoucement time macam ni . Pabila kaki radio sekolah , Yangyang bersuara alahai da macam takde orang lain yang nak jadi tukang annoucement pula .
"SILA HANTAR KETUA KELAS KE BILIK RADIO SEKARANG . INI ARAHAN ATAS TUAN PENGETUA . ᵀᴱᴿᴵᴹᴬ ᴷᴬˢᴵᴴ"
Ayat terakhir langsung aku tak faham , dia punya lembut lain macam sampai aku rasa nak tumbuk muka dia -_-
Jadi Haechan menuju ke bilik radio 'sebagai' wakil ketua kelas . Almaklumlah ketua kelas kami tak hadir harini , anjing peliharaan dia mati kabaunya .
"Sementara Haechan ke bilik radio , kamu semua lari satu padang 2 round . Pergi sekarang"
Lemah lembut je Cikgu Junghwa memberi arahan , dengan pantas kami berlari anak mengelilingi padang .
•••
Aku membaca surat pemberitahuan mengenai sukan tahunan yang Haechan ambik untuk kami tadi sambil jalan menuju ke pintu pagar sekolah .
"Rasa malas pula nak datang latihan rumah sukan esok alahai"
Rungut Jaemin . Tu ahh aku pun sama , takut nanti cikgu suh yang lain lari dan aku kena jadi ketua pasukan sorak -_-
Cikgu agak agak ahh nak suh laki jadi . Katanya muka aku terlalu comel sebab tu dia pilih aku haihh masalahnya da 3 tahun berturut turut jadi ni eii .
"Aku dapat rasa yang Hyojin akan masuk lumba lari ahh"
Kata Jaemin sambil menggaru punggung lawanya euw hm . Kan , aku dapat instinct yang Hyojin masuk macam tahun lepas dan tahun lepas .
Da 2 tahun dia masuk lari dan syukur , dia menang 🌚 dengan bantuan kami . Setelah itu , kami balik ke rumah dengan aman tanpa gangguan fangirls Jaehyun fuhh .
Tiba di rumah , aku melemparkan badan atas sofa disertai Jaemin . Jaehyun da pandang kami dengan pandangan cukup bengis tapi kami tak kesah huhu .
"Jaehyun , Jason , Jeffrey , Jaejae esok kami ada latihan rumah sukan , balik awal . Nah , bacalah sendiri"
Aku menyerahkan kertas pemberitahuan tu kepada Jaehyun . Penuh tekun dia baca haihh inilah orang bijak , sampai surat yang membosankan pun dia baca sebutir sebutir sampai tandatangan dan nama pengetua dia pergi baca .
Kalau dia baca dalam hati oklah tapi ni baca kuat kuat alahai KU TAK SEMANGAT NAK DENGAR ALAHAI 😩
"Ok nanti pape call je lah aku"
Lalu Jaehyun melemparkan kertas tadi ke muka aku dan menaiki tangga untuk ke bilik . Terlebih ajar sungguh perangai .
Hyojin jalan dengan perlahannya lalu mendekati Jaemin yang da hampir tidur atas sofa .
Terkejut beruk mamat tu sampai jerit keluar suara perempuan alahai . Hyojin menghulurkan baju sukan Jaemin dan ia bertukar tangan .
Dengan slow , Hyojin nyah dari situ . Eii da macam orang tersampuk setan da aku tengok .
•••
PRITTEEE !
Bunyi wisel sana sini sampai naik bingit telinga aku dibuatnya . Actually aku , Jaemin dan Hyojin satu rumah sukan .
Tak sangka tau time dapat tahu dia satu rumah sukan dengan kami hukhuk .
"Jung Hyojin , kami guru guru rumah Kuning bersetuju untuk tukarkan awak ke rumah sukan Hijau"
Ternganga mulut kami berdua bila dengar berita tu , apa ni cikgu ?! Ni rasa nak mengamuk ni eiii
"Kenapa cikgu ?"
Soal Jaemin tak puas hati dengan keputusan sebegitu . Hyojin mula cover muka hm
"Sebab kalau ada awak berdua nanti semua kerja tak jalan . Hyojin sila ke rumah hijau ye ? Dan sekarang , kamu Renjun"
"Ya , saya cikgu ?"
Cikgu Lily menunding jari ke arah aku dengan kening terjungkit sikit . Dengan muka macam tu aku dapat agak yang aku..
"Saya nak awak jadi ketua pasukan sorak"
"Apa ni , cikgu ? Asyik saya je ? Da lah cikgu pindahkan adik saya ke rumah sukan sana haihh"
"Saya pilih awak sebab saya yakin awak akan laksanakan tugas dengan sempurna tahun ni"
Ok , aku faham maksud cikgu . Tahun tahun yang aku jadi ketua pasukan sorak , time sukan tahunan aku langsung tak buat kerja .
Sebab aku sibuk sokong dan lari bersama Hyojin bila dia tengah lumba lari 🌚 bukankah aku melaksanakan kerja sebagai abang ? Huhu
My baby don't like it when you come around~ 💞
Actually aku masih dalam dilemma dengan synopsis ff ni huehue
+vote+comment+
YOU ARE READING
[C] My Twins Brother : njm & hrj ft. jjh
Teen FictionKembar tak seiras + adik perempuan tiada rupa abang abangnya = timbul syak wasangka oleh rakan sekolah mereka . myraasmadi_© Beautiful cover from @jumin_art start : January 19,2019 end : April 21,2021