#16 - Short Escape

164 34 3
                                    

Saturday, 6/1/26, 8 a.m.

Taehyung melangkah turun setelah melangkah keluar dari biliknya. Dia terjaga dari tidurnya setelah terdengar bunyi riuh rendah di bawah. Sebaik sahaja kakinya menjejak anak tangga yang terakhir, beberapa kelibat yang sedang bergelut di ruang tamu menyambar pandangannya. Matanya membulat dan jari telunjuknya menggosok kedua-dua belah mata bagi menjelaskan pandangannya. Namun, secara tiba-tiba lehernya dirangkul kuat sehingga dia hampir terjelepuk ke lantai. 

"YAHOOOO!!!!" 

Satu jeritan menusuk ke gegendang telinganya. Taehyung membuka mata setelah berjaya menstabilkan diri dan menyedari bahawa yang merangkul lehernya tadi ialah Jungkook. 

"Kenapa ni?" Tanya Taehyung dengan suara serak. 

Seokjin yang sedang menghirup kopi panas memandang Taehyung dengan senyuman kecil. 

"Kau dah bangun? Pergi pack barang cepat.." 

Kali ini, Taehyung berada dalam keadaan sedar sepenuhnya. Mindanya ditujah dengan persoalan. Apa dah berlaku? Kenapa Jimin dan Yoongi saling berpelukan dan melompat di ruang tamu? Kenapa Hoseok sedang menari sotong? Kenapa kena pack barang? 

"Tenang, Tae..tenang. Aku tau macam-macam soalan dalam kepala hotak kau. Tapi pergi bersiap cepat." Namjoon menyampuk tenang. Kening Taehyung bertemu. 

"Ahh lambat ah kau ni. Orang lain dah siap. Jom cepat!!" Jungkook bengang dan terus menolak tubuh Taehyung naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup dan Jungkook menolak Taehyung dan kebetulan dia terjatuh di atas katil. Taehyung masih blank macam kertas A4 sebelum tersentak setelah Jungkook menanggalkan baju tidur Taehyung. 

"WEH WEH WEH!! JAP JAP JAP!! APA KAU NAK BUAT NI!!" Taehyung menolak Jungkook dengan cemas. 

"Otak kau jangan kotor sangat anjir. Nah, amik tuala ni astu pergi mandi! Cepat! Dah siap, terus turun bawah! Pakai baju yang aku letak atas katil ni tau!" Jungkook membaling tuala milik Taehyung ke wajah lelaki yang shirtless itu lalu menerajangnya masuk ke dalam bilik air yang turut berada di dalam ruang yang sama. Sebaik sahaja pintu bilik air ditutup, Taehyung berdiri dan memandang kosong ke arah bathtub. Masih dalam kebingungan. 

"Eh?" 

. . .

Setelah selesai membersihkan diri, Taehyung melangkah keluar dari bilik air. Dia mengelap rambutnya yang masih basah sebelum terpandang baju yang terbentang elok di atas katilnya. 

Baju informal yang lengkap? Tampak mahal sekali dan..sejak bila dia beli baju ni? 

"Baju siapa ni? Aku tak pernah beli baju macam ni..wait, jenama gucci? Are you fucking serious? Mahal ni..Siapa punya?" Mata Taehyung terbeliak setelah ternampak tag jenama baju itu.

Kalau Jimin atau Seokjin yelah, masing-masing kaya namampos. Kalau aku beli, ish..masuk kedai ni pun orang pandang sebelah gigi je. Taehyung menggumam sendiri sebelum kembali meletakkan baju mahal itu di atas katil semula. 

 Bukan sepatutnya dia pergi kerja ke hari ni? Kenapa Jungkook suruh dia pakai baju ni? Apa sebenarnya yang berlaku? Taehyung mengendahkan pakaian itu lalu menapak ke arah almari sebelum mengeluarkan baju seragam kedai. 

BANG!!

"TAEHYUNG AH!!!" 

Hampir luruh kain tuala yang melilit pinggangnya setelah disergah kuat dari belakang ditambah pula dengan hentaman pintu yang kuat. Taehyung memegang dada yang berombak cuba menenangkan diri. Tangan kanannya kemas memegang gulungan tuala yang melilit pinggang kerana ia mulai longgar. tch..

"Apa mende kau nak, Kook!! Terkejut aku!!"

"Aku dah agak kau nak pakai baju tu! Kan aku kata pakai baju yang aku letak ni!" Jungkook menapak ke arah baju di atas katil dan memberikannya kepada Taehyung. 

"Kenapa lak? Aku nak gi kerja ni." Taehyung mengerutkan wajah. 

"Ye ye tahu. Tapi sekarang kau pakai je. Dah cepat cepat. Aku dah packkan kau punya barang. Cepat cepat! Nanti terlepas train!" 

"Yang kau kalut sangat ni apahal? Pack barang aku? Kau pack benda apa? Naik train apa pulak dah?! Woi Jungkook! Woi!! Baju siapa ni?!" 

Taehyung mengeluh setelah Jungkook mengendahkan panggilannya dan terus hilang dari pandangan. Dia kembali memandang ke arah pakaian di tangannya. Lalu sekadar akur dan menyarungkan pakaian itu ke tubuhnya. 

Sebaik sahaja selesai, Taehyung melangkah turun ke bawah dan menyedari bahawa semua penghuni rumah sedang duduk di ruang tamu dan membuat hal masing-masing. Pakaian mereka semuanya informal dan cantik. 

"Hah. siap dah...Okay jom gerak." Mereka semua bangun dari sofa sambil menggalas beg lalu menapak keluar. Taehyung terpinga-pinga setelah Jungkook membaling beg kepadanya. 

"Apa ni?" Tanya Taehyung. 

"Baju kau ler. Takkan bini kau lak. Haish.." Balas Jungkook angkuh tak angkuh. Mereka semua masuk ke dalam kereta milik Seokjin, begitu juga dengan Taehyung miskipun dia masih bingung dengan situasi sekarang. Minyak ditekan dan kereta mula bergerak. 

"Kejap, kita nak pergi mana ni?" Tanya Taehyung mulai rimas. Mereka semua pandang Taehyung. 

"Kau tak bagitau dia lagi ke, Kook?" Tanya Seokjin yang juga merupakan pemandu. Jungkook tersengih. "Tak..saja bagi dia tertanya-tanya." 

Taehyung mengerutkan wajah. "Aku nak gi kerja ni!" 

"Not today." Sampuk Jimin selamba sambil mengeliat.  

"Huh?" 

"We are going to have short escape!" Jimin menjerit seronok. 

"Huhhhhh????" Mata Taehyung terbeliak kerana tidak faham dan makin keliru. 

"Short vacation la bodoh. Haih kau ni, Tae.." Hoseok menggeleng. 

"WAIT WHAT?!! Boss aku marah nan-" 

"Aku dah call boss kau. Dia bagi kau cuti. Aku siap ugut nak beli kedai dia kalau dia tak bagi kau cuti tau ark.." Jimin meletakkan kedua-dua tangan pada belakang kepala. 

Taehyung terdiam kaku. "So now, chill out and enjoy the ride.." Jungkook menarik nafas panjang lalu bersandar pada kerusinya.  "Ba-Baju ni?" Taehyung menarik bajunya yang berjenama itu. 

"Dah dah la. Takyah fikir sangat. Benda kecik je pun." Jungkook menepuk-nepuk kepala Taehyung sebelum kembali mengalihkan pandangan pada pemandangan luar. 







blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now