"We are all in the same games. Just different levels. Dealing with the same hell, but different devils."
Taehyung yang sedang menongkat dagu di meja tersentak setelah bahunya ditepuk seorang gadis. Taehyung pandang ke arah belakang. Kim Haneun.
"Kenapa?" Tanya Taehyung pendek.
Haneun menjuihkan mulut sambil menunding jari ke arah satu sudut di dalam kedai. Taehyung memandang ke arah sudut tersebut. Ada sepasang pasangan couple sedang berpelukan sambil berdiri menghadap mesin popcorn. Gayanya macam nak beli popcorn.
Faham dengan maksud Haneun, Taehyung bangun dan mahu mendekati mereka namun terhenti setelah Haneun menarik tangan Taehyung. Taehyung pandang Haneun.
"Hati-hati. Budak tu problem sikit. Selalu buat masalah kat sini." Kata Haneun dan Taehyung mengangguk lalu meneruskan langkah.
Sebaik sahaja tiba, dia menyoal. "Nak beli popcorn ke?"
"Eh tak la. Nak beli mesin ni. Bodoh betul." Kata lelaki itu dengan belagak lalu gadis di sebelahnya ketawa terkekeh-kekeh.
"Halah, orang kelas bawahan memang bodoh la, oppa." Tambah gadis itu sambil menjeling.
Taehyung tersenyum kelat.
"Okay, nak salty or caramel." Tanya Taehyung sambil cuba mengukirkan senyuman walaupun dalam hatinya dah macam nak hempuk mamat tu dengan kayu.
Lelaki itu memandang ke arah teman wanitanya. "Saya nak macam dia." Katanya pendek.
Taehyung pandang gadis itu. "Sorry, kami tak jual popcorn hodoh dan biadap kat sini. Kami just jual perisa caramel dengan salty je." Kata Taehyung selamba dan hal itu terus mengubah riak wajah mereka.
"Kurang ajar! Kau pehal kutuk GF aku?!" Lelaki itu mencekak kolar Taehyung. Haneun, Junghyun dan beberapa orang awam sudah terkejut memandang mereka.
Namun, Taehyung hanya diam dan mencengkam pergelangan tangan lelaki itu. Dia tersenyum sinis dan merenung kosong ke dalam mata lelaki itu. Wajah Taehyung tenang seakan-akan tak koyak lansung dengan perbuatan lelaki di hadapannya.
"Pehal? Kau nak belasah aku depan semua orang ni? Cubalah. Kau tak fikir apa orang akan kata kat kau?" Taehyung mengugut sambil tersenyum sendiri.
Lelaki itu diam dan melepaskan penumbuknya. "Jom blah dari tempat murahan camni." Lelaki itu merangkul pinggang teman wanitanya dan menyepak mesin popcorn itu sebelum menapak ke arah pintu keluar.
"Eh, ingat main sepak-sepak plak. Ingat mesin ni bapak kau beli ke setan?" Maki Taehyung sambil menggosok-gosok permukaan popcorn itu. Syian die kena sepak. erm..
"Terima kasih, datanglah lagi! Nanti kita buat promosi popcorn hodoh tau lepas ni!!" Laung Taehyung lalu ketawa kecil. Kemudian, Haneun dan Junghyun menapak laju ke arah Taehyung.
"Weh, berani gila kau! Kau kenal tak tu siapa?" Junghyun menampar lengan Taehyung.
Taehyung tersengih sendiri.
"Tak. Dan dia pun tak kenal siapa aku." Kata Taehyung selamba lalu berlalu pergi sambil memandang tangannya.
Di dalam pandangan matanya, dia nampak tangannya menggengam serpihan kaca pecah yang berlumuran darah. Dia tersenyum sinis.
"Kalau kau kenal siapa aku, kau confirm takkan berani buat macam tu." Kata Taehyung sendiri lalu menurunkan tangannya.
(Kalau tak faham bahagian tengok tangan nampak kaca + darah, please read BST I : THE TRUTH UNTOLD, CHAP 46)
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...