Tuesday, 1/1/36
"So, this is our new journey. I wonder, how much pages more that we will need?"
• • • • •
Kringggg!!!Rumah agam Seokjin bergema dengan bunyi jam loceng di dalam bilik Jungkook dan Taehyung. Nyaring dan menyakitkan hati.
"WOII!!! TUTUPLAH JAM LOCENG TU ODOO!! BISING LAA!!!" Jerkah Yoongi setelah keberaduannya terganggu.
Jimin yang turut terbongkang di atas katil terbangun dalam keadaan cemas. Dia terkejut bukan sebab bunyi jam loceng, tapi sebab ada satu ketul bantal yang entah dari mana terbang dan hinggap di mukanya. Well, Yoongi yang baling sebenarnya.
"Haish, apa bising-bising ni, Yoongi oi? Aduh, aku ngantuk la!" Jimin merengek rimas dan meraup wajah.
Yoongi berdecit. "Kau fikir kau sorang je ngantuk? Ni ni, mata turtle aku pun dah mengantuk au." Yoongi mula dengan barannya.
Jimin mencebik. "Alahh...biarlah jam tu menyanyi dengan aman."
"Aman otak hang. Masalahnya, dari tadi tak berhenti bunyi la! Esok dah la aku kerja! Kalau kerja aku tidur then dapat gaji takpe ah jugak!" Yoongi terus bangun dari katil dan berjalan ke arah pintu bilik.
"Eh eh, kau nak gi mana?"
Yoongi berhenti dan memandang Jimin yang masih bersila di atas katil. "Nak suruh jam loceng tu diam."
Tanpa menunggu balasan dari Jimin, Yoongi segera menapak keluar dari biliknya. Dia kemudian mendekati bilik yang dihuni Jungkook dan Taehyung. Sah datang dari sini.
BANG!! BANG!! BANG!!
"Woi!! Korang nak bangun tahajud ke apa hah?! Tutup la jam loceng tu! Menganggu la!! Baru pukul 3 pagi kott!! Esok aku kerja tau ark!" Yoongi meninggikan suara sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik mereka.
Tapi, tiada balasan. Yoongi mendengus geram dan menampar-nampar permukaan pintu. "Jungkook ah!! Taehyung ahh! Korang hidup ke tak oi! Nak mati pun tutup la jam loceng tu dulu! Halamakk.."
"Pehal bising-bising ni doh. Aduh..Nak sahur pun tunggu la pukul 6 pagi nanti!"
Yoongi menoleh ke arah belakang setelah satu suara lain menyapa.
"Kau pun terjaga ke, Seok?" Tanya Yoongi.
Hoseok menguap dan mengeliat serentak. "Mana taknya aku terjaga. Dengan bunyi loceng sejak tadi melalak, tambah kau pulak memekak macam ayam jantan hilang anak..aduh.."
"Mana taknya aku memekak, aku kerja doh besok. Takleh tidur kot. Dah la flight aku pagi!" Yoongi rimas.
Hoseok menggeleng dan mendekati Yoongi. "Diorang tak bangun?"
"Haish, tu la masalahnya. Aku ketuk sampai nak roboh takk sahut-sahut. Aku santau jugak kot budak-budak ni karang haa.."
"Haish apa ko ni. Tak elok la main benda camtu. Syikin tau ark!" Tegur Hoseok
"Syikin? Syirik la, pandai! Syikin tu makwe kau! Arghh, aku tak kira. Woi Jungkook! Taehyung!! Bukak pintu ni!" Yoongi kembali dengan gilanya
Sementara Yoongi kian tak waras, Taehyung mula sedar dari tidurnya.
"Erghh...apa bising-bising ni.." Taehyung mula mengeliat dan membuka mata.
Terkebil-kebil dia memandang sekeliling. Bunyi jam loceng Jungkook diendahkan memandangkan bunyi itu lansung tidak menganggunya kerana otaknya masih loading untuk mentafsir bunyi itu.
"Taehyung ah! Jungkook ah! Please la tutup jam loceng tuu!!"
Taehyung memandang ke arah pintu. Siapa pulak tu?
Kringgg!!!
Setelah sel-sel otaknya selesai menjalinkan hubungan silaturahim, Taehyung terus menekup telinga kerana terkejut dengan bunyi jam loceng.
"Wuish, bisingnya! Pehal time tidur tadi aku tak dengar doh!"
"Taehyung!!" Jeritan Yoongi dan Hoseok dari luar menambahkan lagi kemeriahan di dalam rumah. Yeap, dan semua ni berlaku pada pukul 3 pagi.
"Yee!! Aku dah bangun!! Kejap la aku nak cari jam tu!!" Taehyung pulak menjerkah.
"Hah, bangun pun! Aku ingat dah jadi jenazah!! Cepat sikit!!!" Marah mereka berdua. Taehyung hanya mengeluh.
Dalam separa sedar, Taehyung bangun dan mendekati katil Jungkook memandangkan bunyi itu kuat datang darinya. Dia mencari di atas meja namun tak jumpa.
"Ish, dia letak mana doh jam loceng ni??! Takkanlah bawah selimut?" Taehyung menyelak kain selimut Jungkook.
"Eh tak ada." Taehyung mulai runsing dan rimas. Dia mengambil keputusan untuk kejutkan Jungkook terus.
"Weh, bangun. Jungkook ah. Jungkook! Kau letak kat mana jam loceng doh! Kau letak kat alam ghaib ke hah?!" Bahu Jungkook ditampar. Namun Jungkook tak jugak bangun-bangun.
Tak dia tak mati. Cuma tidur dia yang mati. Jungkook terasa terganggu dengan perbuatan Taehyung lalu terus mengiringkan badan membelakangi Taehyung.
Mata Taehyung membulat setelah terpandang belakang Jungkook.
Pak! Dia menepuk dahi sendiri.
"Apa kejebonnya perangai kau ni, Kook! Yang pergi simpan jam loceng dalam seluar kau pehal bengong! Tak bangun plak tu! Tak memasal aku yang kena marah!!!" Taehyung bengang dan terus menyelak seluar Jungkook untuk mengambil jam loceng.
"Eiy, jijik bodoh. Nasib kau pakai seluar dua lapis. Kalau tak, berkulat tangan aku. Huh! Tapi...apa kejadahnya kau pakai seluar dua lapis ngok?! Ish la..." taehyung menggeleng sambil menjudge Jungkook.
Pap!
Setelah hampir setengah jam bertarung dengan bunyi bising, rumah agam Kim Seokjin kembali tenang dan sunyi bagaikan masjid..eh silap kubur.
Fuh lega.
Taehyung kembali ke katil untuk menyambung tidurnya. Begitu juga yang lain.
"I'm the barbie girl, in the barbie world-"
"DIAM SETAN!!"
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...