#25 - Forgive me, brother

166 27 13
                                    

"Apa, hyung? Tinggalkan Seoul dan duduk dengan kau? Maksud kau, lupakan life aku dekat Seoul?" Taehyung masih terkejut dengan ungkapan abangnya.

Taeyang diam kejap sebelum perlahan-lahan mengangguk. Serentak itu, keretanya membelok masuk ke dalam tempat pakir kereta tidak jauh dari sebuah hotel bajet di mana Taehyung tinggal. Sebaik sahaja kereta dipakir, Taeyang mematikan enjin kereta lalu bersandar. Kepalanya ditoleh pada Taehyung yang masih kaku dengan kepala yang sedikit tertunduk ke bawah.

"Macam mana?" Taeyang menagih kepastian dengan harapan yang agak tinggi supaya Taehyung bersetuju. Tapi, Taehyung hanya tergelak.

"Kau melawak je kan?" Taehyung pandang Taeyang, dan Taeyang menggeleng sambil berwajah serius. Senyuman di bibir Taehyung mati.

"Hyung, aku sayang kau. Sangat-sangat! Sumpah! And aku kesal sebab kita tak dapat spend time sama-sama sebab ada orang lain yang rampas masa kita dulu...and i know you want to fix it..but..." Taehyung menghembus nafas berat.

"Kita kena move on, hyung. Aku tak boleh tinggalkan diorang yang aku anggap macam family sendiri. Diorang ada dengan aku waktu aku betul-betul dah putus asa. Diorang ajar aku untuk hidup, ada dengan aku..." Taehyung tersenyum sendiri.

"Tapi, aku ni family betul kau, Tae! Aku ni abang kau! Abang kandung kau!"

"I know, hyung! Aku tau kau abang aku and like I said, aku sayangkan kau. But, benda dah berubah hyung. Please, kalau kau nak aku, aku akan sentiasa ada. But to leave them..." Taehyung diam kejap. Dia menghela nafas berat. "Never. Muktamad. Aku takkan sesekali tinggalkan diorang.
sebab diorang tak pernah tinggalkan aku." Taehyung melangkah keluar dari kereta meninggalkan abangnya yang terpinga-pinga.

Dia menutup pintu kereta dan melangkah ke arah hotel tersebut. Taeyang hanya mengeluh lalu mengurut dahinya.

. . .

Screett...

Bunyi tayar bingit memeriahkan suasana tempat pakir bawah kereta milik sebuah pangsapuri yang sederhana mewahnya. Sepanjang perjalanan, tiada sepatah kata yang keluar dari mulut mereka. Masing-masing diam membatu sehinggalah kereta selamat dipakir di dalam salah satu kotak pakir yang tersedia. Enjin dimatikan dan masing-masing masih tidak bergerak.

"Tae-"

"Maaf, hyung." Kata-kata Taeyang terputus setelah dipotong terlebih dahulu oleh Taehyung. "Aku bukan nak bertengkar dengan kau. Tak ada niat pun...tapi-"

"It's okay." Kali ini Taeyang pula yang memotong. Taehyung angkat kepala memandang abangnya yang sudah tersenyum. "Aku faham. Dah, jom masuk. Aku nak tunjukkan rumah aku. Lepas tu, kita bincang pasal rumah lama tu." Katanya ringkas lalu melangkah keluar dari kereta.

Taehyung tersenyum lega lalu turut berbuat demikian. Sebaik sahaja semua barang milik Taehyung dan beberapa barang keperluan lain dipunggah dari kereta, mereka menapak ke arah lif yang berada tidak jauh dari kedudukan mereka. Sebaik sahaja punat pintu lif ditekan, serta-merta pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah masuk dan memusingkan badan menghadap pintu yang sudah mahu tertutup.

Tiba-tiba, Taeyang terpandang sesuatu. Beberapa figura lelaki berpakaian tuxedo hitam sedang berdiri tepat di hadapan ruang itu dan mereka semua memandang tajam ke arah mereka berdua.

"Shit.." Katanya perlahan dan pintu lif terus tertutup rapat.

"Kenapa, hyung?" Tanya Taehyung memandangkan dia tak nampak lelaki-lelaki aneh tadi.

Taeyang tersentak. "Ah, tak ada apa. Aku tertinggal barang kat kereta. Biarlah, kejap lagi la ambik." Katanya ringkas sebelum pintu lif sekali lagi terbuka di tingkat satu. Seorang lelaki tua melangkah masuk ke dalam lif dan berdiri di sebelah Taehyung. Sebelum itu, sempat dia menyapa Taeyang.

"Ah, Taeyang ah! Lama tak jumpa."

Taeyang tersentak. "Ah...p-pakcik. Maaf.."

"Eh, kenapa hyung minta maaf?" Taehyung berkerut dahi dan pakcik separuh abad itu memandang Taehyung. "Eh, siapa ni? Adik kamu ke, Taeyang? Yang kamu selalu kata tu?" Mesra dia menyoal dan Taehyung terus memperkenalkan diri. Mereka berbual mesra sementara Taeyang hanya terdiam kaku dan jantungnya berdegup laju.

Ting!

Pintu lif sekali lagi terbuka. "Ah dah sampai! J-Jom, Tae." Taeyang terus menolak Taehyung keluar dari lif meninggalkan pakcik itu yang masih tersenyum mesra. Sebelum pintu lif tertutup, pakcik itu bersuara sekali lagi berjaya menyebabkan Taeyang kaku.

"Tik...tok...tik...tok..." Katanya pakcik itu lalu pintu lif tertutup.

"Haih, baik betul la pakcik tu." Puji Taehyung puas. Taeyang tidak membalas apa dan terus melangkah ke arah rumahnya. Pintu dikuak dan mereka melangkah masuk. Taehyung tergamam.

"Uih, nicenya rumah kau, hyung!" Puji Taehyung agak teruja. Taeyang hanya tersenyum kelat lalu meletakkan barang Taehyung di sudut ruang.

"So, kau balik sana bila?"

"Mana? Seoul? Herm...entahlah. Lepas semua ni settle la kot."

"Kau ada bagitau diorang ke tentang aku?" Tanya Taeyang dan Taehyung pandangnya. Perlahan-lahan dia menggeleng. "Tak...kau tak bagi kan? Tapi kenapa hyung? Aku excited nak bagitau diorang pasal kau."

Taeyang sekali lagi tersenyum kelat. "Takyah lagi. Aku risau diorang tak percayakan aku je. Lepas kita settle ni, aku rasa macam nak ikut kau balik sana kejap. Sajalah, nak berkenalan..ha time tu kau reveal la aku. Ala ala surprise gitchew hahaha." Ujarnya lalu mereka berdua ketawa.

"Haih, lega aku boleh jumpa kau balik, hyung. Dah, aku nak gi mandi. Kejap lagi aku nak call kawan-kawan aku kejap..nanti diorang risau.." Taehyung berlalu pergi dan masuk ke dalam salah satu bilik di situ.

Taeyang pula hanya duduk di ruang tamu, sebelum tersentak setelah telefonnya berdenting. Dia segera mencapai telefonnya di atas meja sebelum membaca mesej yang dihantar. Sekali lagi jantungnya berdegup laju.

. . .

Taehyung melangkah keluar dari biliknya usai menukar baju. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. "Hyung?" Panggil Taehyung sambil mengelap belakang kepalanya dengan tuala.

"Hyung?" Taehyung panggil lagi sambil mata melilau ke sana sini mencari kelibat abangnya. Eh, tak ada?

"Mana dia pergi ni?" Gumamnya sendiri sebelum..

Krekkk...

Taehyung pandang ke arah pintu utama. Satu figura melangkah masuk dengan beberapa plastik di tangannya. "Kau pergi mana?" Tanya Taehyung sebaik sahaja mata mereka bertentangan.

"Ah, aku pergi beli makanan sikit. Kat kedai depan tu je. Hah, elok la kau dah habis mandi. Jom makan." Kata Taeyang selamba lalu menapak ke arah meja makan. Taehyung akur. Makanan yang berada di dalam plastik dikeluarkan lalu dihidang.

"Perghh..sedap sia." Taehyung terus duduk. Taeyang tersenyum kelat dan mereka mula menjamah makanan. "So...kau memang nak balik sana kan?" Taeyang menyoal menyebabkan Taehyung berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Hyung..." Taehyung menekan suaranya.

"Yeah yeah i know. Im sorry. Just want to make sure. Dah, nah air. Minum ni." Taeyang menghulur sebotol air mineral kepada Taehyung, dan Taehyung sekadar mencapainya dan mula meneguk. Kemudian, dia meletakkan air itu kembali di atas meja. Dia pandang Taeyang yang sedang melihatnya. Dia berkerut dahi.

"Kenapa hyung tengok aku? Ada-.." Taehyung berhenti bersuara setelah sesuatu menganggu pandangan matanya.

"H-Hyung...aku...aku pening hyung.." Taehyung mengelipkan mata berulang kali dengan harapan pandangannya kembali, malangnya, ia makin kabur. Tubuhnya tiba-tiba menggeletar dan Taehyung terus bangun. Dia cuba berdiri namun kakinya lemah menyebabkan tubuhnya terhuyung-hayang.

"Taeh-" Taeyang bangun untuk membantu adiknya namun Taehyung menepisnya dengan kuat setelah menyedari sesuatu.

"HYUNG!! APA...APA YANG HYUNG-!!" Taehyung terbatuk menyebabkan ada cecair lutsinar keluar dari rongganya termasuk hidung dan mulut. Manik-manik peluh terbentuk di dahi dan dadanya jadi berat. Pendengarannya kian menghilang sebelum dia rebah ke lantai dalam keadaan tertiarap.









"Maafkan aku...Taehyung..." Kata Taeyang sambil memandang adiknya yang sudah kaku di atas lantai.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now