#5 : Race?

547 72 22
                                    

Setelah selesai menjamah makanan, Namjoon dan Hoseok pun berambus dari kedai itu.  Mereka menapak ke arah kereta milik Hoseok dan terus berlalu pergi. Destinasi mereka sekarang ialah Namdaemun Market. Namjoon lah, dia rindu nak datang sini. Sebab dulu, sinilah tempat dia dan Hoseok mencari makan sebagai gelandangan dulu. Namun, tak sampai 30 minit perjalanan, Namjoon sudah pun terlelap. Hoseok pandang Namjoon sekilas.

"Penat sangat la tu." Hoseok tergelak sendiri lalu kembali  memfokuskan pandangan ke arah jalan. 

Dia kemudiannya menghembus nafas berat dan terus menekan minyak. Dan, sengaja dia melanggar lampu merah di persimpangan. Laju sangat kateko. Hoseok tersenyum bangga. 

"Laju iller akuu.." Katanya sambil tersengih. 

Namun, sengihannya tidak bertahan lama setelah pandangannya diganggu dengan sinar merah biru dan bunyi siren. Dia memandang ke belakang menggunakan rear view mirror atau cermin pandang belakang.  Polis. 

"Shit." Katanya spontan dan terus menekan pedal pemecut untuk menambahkan kelajuan keretanya. Sedang dalam kekalutan itu, Namjoon terjaga dalam keadaan cemas kerana kepalanya terhantuk pada tingkap.

"WEH! WEH! PEHAL NI SIA?!" Tanya Namjoon sambil memandang Hoseok. Namun Hoseok tidak membalas kerana terlalu sibuk fokus pada jalan. 

Mendengar bunyi siren polis, Namjoon memusingkan kepala untuk menoleh ke belakang. Matanya membulat dan dia kembali memandang Hoseok. 

"WEH HOPE! APA KAU DAH BUAT SAMPAI POLIS KEJAR KITA?!" 

"Erm, langgar lampu merah." Katanya selamba. 

Namjoon menepuk dahi. "Dah tu, kau nak lari mana?! Stop la bangang!" Namjoon mengamuk. 

Hoseok mengeluh dan menggulingkan mata. "Halah, baru nak main Polis Entri." Hoseok mencebik tapi dia akur dengan kata-kata Namjoon dan terus memberi signal untuk berhenti di bahu jalan. 

Namjoon meneruskan bebelannya sementara Hoseok sudah memeluk tubuh sambil memerhati seorang polis yang sedang berjalan ke arahnya. Sebaik sahaja polis itu sampai, tingkap diketuk dan Hoseok menurunkan tingkapnya. 

"Lesen." Katanya pendek dengan muka bengis. Hoseok memberikan sekeping kad kepadanya. Polis itu berkerut dahi setelah meneliti kad yang diberikan Hoseok. 

"Awak nak rasuah saya pakai kat kredit ke?" Tanya polis itu menyebabkan Hoseok memandanganya. Alamak! Tu kad kredit bongok. 

"Ah,sorry sorry." Hoseok mengeluarkan lesennya yang sebenar lalu memberikan lesen itu kepada polis itu.  Dia memerhati lesen Hoseok. 

"Awak nampak lampu merah tadi?" Tanya polis itu sambil menulis sesuatu. HAH KENA SAMAN LA KO!

"Nampak." Kata Hoseok pendek. 

"Dah tu kenapa langgar?" 

"Sebab saya tak nampak tuan." Kata Hoseok selamba menyebabkan polis itu terus mengangkat kepalanya. "Hah, bagus. Now awak boleh la nampak nama awak dalam saman ni." Katanya sambil tersenyum sinis lalu memberikan saman itu kepadanya. 

"Halah, tuan-" 

"Hah, apa tuan, tuan? Lain kali hati-hati yer. Tak nak kena saman, ikutlah peraturan. Oh ya, lagi satu, tolong sign kat sini." Katanya sambil memberikan satu buku nota dan sebatang pen hitam kepada Hoseok. Hoseok berkerut dahi sambil mencapai buku nota itu. 

"Erk. kenapa ni, tuan?" Tanya Hoseok bingung sambil menurunkan tandatangan di atas helaian buku nota itu.  

"Saya fans awak." Katanya pendek dan mengeluarkan telefon bimbitnya. "Mintak selfie sikit."  Katanya lalu mengangkat telefon bimbit ke langit dan mereka berdua berselfie. Selesai saja berselfie, polis itu berdehem dan mengambil semula bukunya. 

"Okay, terima kasih and awak boleh pergi. Minggu depan ada race kan? Goodluck. Hah, kat situ pecutlah puas-puas. Kat sini tak boleh ya." Kata polis itu sambil tersenyum lalu dia kembali ke keretanya.  

Namjoon menggeleng. "Tu la aku kata, jangan riak atas jalan tar ni. Kan dah kena saman. Nasib polis itu minat kau. Taklah kena teruk sangat. Yang kau pehal tak stop waktu dia kejar tadi?" 

Hoseok memberikan signal ke kanan untuk kembali meneruskan perjalanan. "Aku ingat dia ajak lumba." Balas Hoseok perlahan sambil memuncungkan mulut.

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now