#19 - Sea

156 31 9
                                    

Tuesday, 8/1/36, 8.30 a.m.

Setelah tiga hari bercuti, dan sudah banyak memori disimpan (Too long so just imagine the Run MV). Mereka bertolak ke destinasi terakhir sebelum pulang ke Seoul. 

Pantai. 

Mereka semua turun dari kereta. Masing-masing tergamam dengan keindahan laut yang terbentang luas tanpa penghujung. Angin bayu meniup lembut hujung rambut. Seolah-olah mengalu-ngalukan kehadiran mereka. Jungkook dan Jimin berlari-lari ke arah tepi pantai. Begitu juga yang lain. Kemudian, mereka berhenti di benteng yang memisahkan daratan dan lautan. 

"Tenangnya." Ujar Jimin sambil menarik nafas yang dalam. Taehyung yang sedang menyeluk tangan di dalam saku seluar jeans tersenyum nipis lalu menunduk dan tergelak kecil. Seokjin yang sedar tentang hal itu memandang pelik. 

"Kenapa kau gelak?" 

Taehyung mengangkat kembali kepalanya lalu memandang ke arah lautan. "Bila diingatkan balik...ni kali pertama aku ke pantai.."

"Seriousla?" Sambung Seokjin. 

Taehyung tergelak. "Dengan life childhood aku dulu, tak mustahil kan?" Katanya tenang lalu memalingkan wajah menghadap Seokjin. Dia tersenyum..

BAM!

Seokjin tersentak dan terundur beberapa tapak. Jantungnya berdegup laju dan darahnya berderau. Nafasnya tiba-tiba menjadi berat dan bulu romanya meremang. Senyuman tu...senyuman tu... 

"Hyung?" 

Hah! Seokjin tersedar setelah bahunya ditepuk Namjoon. Dia memandang sekeliling dan dia sedar bahawa semua orang sedang memandangnya pelik, termasuk Taehyung. "Kenapa? Kau tak sihat ke?" 

Seokjin menggeleng dan tersenyum kelat. "Eh..tak tak. Ak-Aku mabuk laut." Kata Seokjin sambil mengelap manik-manik peluh yang terbentuk di dahinya. 

"Amende la kau ni. Jauh lagi dari laut haih, lemah la. Hahaha." Mereka semua tergelak. Seokjin hanya tersengih kelat sebelum mendongak memandang satu palang yang tinggi. 

Di situlah Taehyung terjun dan hilang. Dan senyuman tadi, senyuman itulah yang Taehyung berikan pada aku sebelum dia terjun. Itu yang digambarkan di dalam mimpi aku. Apa terjadi? Kenapa aku nampak mimpi tu? Apa maknanya? Bukan semuanya patut dah tamat ke? Bukan sepatutnya kami dah bebas? kenapa..kenapa aku rasa macam kami masih terikat dan terperangkap dengan sesuatu? Tapi apa?

Seokjin pandang Taehyung yang sedang melangkah menjauhi mereka untuk menjawab satu panggilan telefon. 

'Tae...apa sebenarnya yang akan berlaku? Kenapa kau? Kenapa kita?' Gumam Seokjin sambil memandang ke arah mereka yang ralit melayan perasaan sendiri. 









Taehyung menggelongsorkan ibu jarinya di skrin telefon yang mempunyai icon hijau untuk menjawab panggilan. Kemudian, gajet itu dilekap di telinganya. "Helo?" 

"Taehyung ah, kau kat mana?" 

Taehyung tersentak dan matanya membulat. 

"H-Hyung?" 

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now