#18 - Omelas

133 32 3
                                    

"Hyung...hyung...bangun.." Berkerut-kerut muka Seokjin setelah pipinya dicuit-cuit Namjoon. Terkebil-kebil dia mengangkat kepala lalu memandang Namjoon yang sedang memandang tepat ke mukanya. 

"Kenapa?" Tanya Seokjin dengan suara serak basah. 

"Kita nak sampai dah kejap lagi. Cepat kemaskan barang." Namjoon berlalu pergi. Seokjin bangun dari posisi tidur meniarapnya lalu mengaduh sakit setelah kepalanya terhantuk siling kereta api. 

Setelah beberapa ketika, kereta api akhirnya berhenti di sebuah stesen. "Yeay! Dah sampai!" Jimin dan Jungkook menjerit seronok dan berlari keluar dari kereta api bersama begnya. Kemudian, masing-masing menarik nafas panjang setelah berjam-jam perjalanan yang sumpah memenatkan. 

"Iryeong Station?" Soal Seokjin spontan setelah terbaca signboard besar yang tergantung di dinding stesen. "Haah. dah jom, kita pergi kat kereta. Check in hotel, astu kita gi makan!" Namjoon menjerit seronok lalu mengorak langkah ke arah tujuan yang tidak diketahui Seokjin. Yelah, percutian ni Namjoon yang rancang.  

•  •  •

Masing-masing berdiri kaku memandang satu bangunan. Satu tingkat dan nampak sedikit...usang?  lampu neon yang bertuliskan 'OMELAS' yang sudah berkelip-kelip. Bila-bila masa je akan terpadam. Silap hari bulan boleh runtuh!! Ahh...usangnya. Ni motel ke rumah hantu?!

"Omelet?" Jungkook menyoal sendiri. 

"Omelas bodoh. Omelet tu telur kau!" Marah Taehyung menampar belakang kepala Jungkook. Baca pun tak reti. 

Sementara itu, 

"Woi Namjoon..tell me what are we doing here?" Ujar Yoongi. 

"What? This is where we are going to stay la, bongok. Tak nampak tulis motel tu? Kau buta ke rabun?" 

"Wtf?! HERE?! Are you insane bruh? Lol, kepala kau kena langgar kereta api ke doh?!" 

"Laa apahal pulak? 

"Bruh, kita ni dah jadi jutawan sia. Kau ni hagak-hagak la nak tinggal kat motel buruk macam ni urghh!!" Yoongi membentak geram. 

"Ish kau ni Yoongi. Lupa dataran betul. Dulu rilek je kau tido tepi jalan. Kaya sikit lupa asal usul. Bagai manusia melupakan Tuhan betul la kau ni." Seokjin mencebik. Dan Yoongi merengus geram setelah Seokjin membackup Namjoon. 

"Daratan bang, bukan dataran." Hoseok mencelah. 

"Ahh! Tu dulu kan! Sekarang dah-" Kata-kata Yoongi terhenti setelah Jimin menekup mulutnya. 

"Woop woop wop! How about we check in first. Bak kata pepatah, don't judge a motel by its signboard! Ayuh!!" Jimin mengheret Yoongi masuk ke dalam motel tersebut diikuti yang lain yang terkekeh-kekeh ketawa. 

Setelah selesai check in, masing-masing sudah mempunyai bilik dan pasangan masing-masing. Jimin dan Yoongi, Taehyung dan Jungkook, sementara Seokjin, Namjoon dan Hoseok adalah sebilik. Sebaik sahaja selesai, mereka keluar dari bilik masing-masing untuk makan tengah hari. Masing-masing hanya berpakaian casual. 

•  •  •

"Yoongi, kau tak nak makan ke?" Tanya Jimin setelah perasan Yoongi hanya merenung makanannya dengan wajah masam. 

"Dia tunggu kau suap dia la, Min!" Usik Jungkook sebelum menjerit setelah Yoongi menyepak kakinya. "Diam kau anjing!" Makin Yoongi. Sementara Jimin hanya membisu dengan wajah merah padam. 

"Halah, moody ler tu sebab hotel tak cantik." Celah Hoseok pula dan Yoongi hanya mencebik dan menjeling menyampah.

 "Halah Yoongi, aku bukannya suka-suka bawak korang ke situ. Aku just, sejak life kita berubah ni kan, kita macam makin renggang au. Aku rindu la kita yang dulu. Waktu kita baru nak berjaya, sama-sama. Saling tolong dan jaga satu sama lain.

Jadi, aku nak pisahkan kita semua ni dari dunia yang penuh kekayaan tu. Aku nak kita bersama sebagai satu keluarga macam dulu balik, even sekejap je.." Penjelasan Namjoon menyentakkan Yoongi.

"lagi satu, walaupun kita masing-masing dah berjaya, jangan lupa kita yang dulu. Burung yang terbang tinggi pun tak pernah lupakan bumi." Sambungnya lagi.

"Fine..." Dia akhirnya mula menyuapkan makanan ke mulut.  

"By the way, aku wonder la. Omelas tu natang pa actually?" Tanya Jungkook dengan muka bodoh.

Namjoon tercongak-congak seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Kemudian, dia kembali memandang Jungkook.

"Omelas ni kalau tak silap aku la...omelas ni satu tempat yang paling bahagia."

"Ohh cam wad bahagia tu?"

"Tu tempat orang gila bangang. Tapi yang sedihnya, omelas ni ada tempat pengorbanan. Bawah tempat tu, ada sorang budak yang akan dikorbankan."

"Bunuh ke?"

"Tak. Tapi, budak tu kena sentiasa sedih supaya orang yang ada kat omelas ni happy. And dia dikurung di situ."

"Ouhhhh...kenapa??" 

"Ntah. maybe sebab nak elakkan budak tu dari keluar and hancurkan kebahagiaan orang lain yg ada kt omelas tu. Tempat gelap and sangkar tu cam tempat untuk penduduk omelas ni kurung bnda jahat la. well lebih kurang camtu la cerita dia." 

"Tak logik." 

"Dah nama pun cerita hak alahhh...ish." Namjoon mencebik dan kembali mengunyah makanan.



blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now