#20 - Lost

134 30 21
                                    

9/1/36, 3 a.m.

*Seokjin's POV*

Terkebil-kebil aku membuka mata setelah terasa ada angin kuat meniup wajah aku. Namun, silauan mentari menerobos kornea mata aku menyebabkan kelopak mata aku berkelip beberapa kali. Aku bangun dari pembaringan....eh...aku kat mana?

Aku pandang sekeliling. Padang rumput? Macam mana? Kenapa? Bila? Padahal, tadinya dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah..

Srak...srakk....srak...

Deria pendengaran aku menangkap sesuatu. Laju aku menoleh ke belakang di mana datangnya bunyi itu.

*gasp*

Aku tersentak dan kaki aku terundur ke belakang. Satu figura silhouette sedang berdiri memandang aku. Apa?

"Siapa kau? Aku kat mana?" Tanya aku sedikit cemas.

Tapi figura lelaki hitam itu hanya berdiri kaku. Tiada respon atau sebarang pergerakan. 

"Woi!" Jerkah aku bengang.

tap...tap...tap...

Tiba-tiba dia memusingkan tubuh membelakangi aku lalu mula melangkah. Aku bingung. Huh?

"Kejap! Kau nak pergi mana!!" Aku cuba mengejarnya namun entah kenapa...langkah aku jadi berat. Dia semakin menjauh..

Aku gigihkan lagi langkah aku. Akhirnya, aku dapat rasakan aku semakin mendekat...dan semakin aku mendekat, semakin jelas tubuh figura itu..

"J-Jimin?" Panggil aku cuba menggapainya. Tapi aku seolah ditarik sesuatu. kejap! tunggu! aku nak cakap dengan Jimin!!

"JIMIN!!! KEJAP!!!" Aku menjerit sekuat hati namun kami semakin menjauh. 

"JIMIN!!!"

Aku terjatuh dalam kegelapan. Terawang-awang...apa semua ni? apa yang terjadi? kenapa...kenapa semua ni berlaku? kenapa aku?

"Hyung!"

huh? siapa tu?

"hyung!!!"

"HYUNG!!!!"

"HAH!!!" Aku membuka mata dan serentak itu anak mata aku disambut dengan cahaya lampu yang terang berserta hon lori yang bingit.

PINNN!!!!!

SKREETT!!!

Bingitan tayar yang bergesel dengan jalan tar memecahkan keheningan malam.

"huh..huh..huh.."

Jantung berdegup laju. Nafas turun naik dan mata sudah terbuntang. Hampir saja lori seberat 10 tan  menghentam kami. Nasib baik tangan aku cekap memusingkan stereng mengelak dari dirempuh sebelum akhirnya berhenti di bahu jalan.

"Hyung!!! kau kenapa?!!!" Jimin meninggikan suara.

Aku masih belum mampu menangkap bait katanya. semua berlaku dengan terlalu cepat. tadi ni apa? adakah mimpi? apa sebenarnya yang terjadi?

"Hyung!! kau okay ke tak ni??" Yoongi menggoncang bahu aku dari belakang.

"Apa...Apa yang dah j-jadi?" Tanya aku gementar. Tangan aku menggigil begitu juga kaki aku.

"Tu sepatutnya soalan aku! Apa jadi sia... Kau tiba-tiba lost. Aku panggil kau banyak kali tapi kau tak sedar. And guess what, KAU HAMPIR LANGGAR LORI TU NYAH!! KAU KENAPA HYUNG?!! KAU JANGAN LA BUAT SUICIDE SQUAD MACAM NI!! Aku nak hidup nyah...(╥﹏╥)" Namjoon membentak menyentakkan aku. 

Aku menyapu wajah yang bertakhta manik-manik peluh. Masih lagi keliru. Nasib baik tak ada sesiapa yang cedera. "Dah ah...meh aku drive lak. Suruh kau japgi memag arwah betul kita malam ni."

Namjoon keluar dari kereta, begitu juga aku. Kami bertukar tempat sebelum kembali meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dah tak jauh...lebih kurang 40 minit nanti sampai la..

Tapi...




'Kenapa aku mimpi Jimin? Sebenarnya apa yang terjadi? Hari tu Taehyung, and now...Jimin? why? Aku...aku tertidur? Tapi kenapa aku tak sedar bila Namjoon kejut aku?' Aku pandang Jimin melalui cermin pandang belakang.












"Apa sebenarnya yang akan berlaku pada kita...." Aku menggumam sebelum kembali meletakkan pandangan ke luar tingkap.

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now