Friday, 5/1/36, 3 a.m
Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah dengan lemah longlai. Hari ni terlalu penat baginya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mesti semua dah tidur, gumam hatinya lalu menapak untuk naik ke bilik di tingkat dua.
"Tae?" Tegur seseorang menyebabkan langkah Taehyung terhenti. Pandangan dialih ke arah dapur di mana masih cerah disinari cahaya lampu.Dia pun tak perasan sebenarnya bahawa lampu dapur masih menyala. Terlalu penat barangkali. Serentak itu,satu figura melangkah ke arahnya.
"Ah, Jungkook.."
"Kau baru balik? Kau pergi mana?" Jungkook menyoal sebelum menghirup koko panas yang dibancuhnya sebentar tadi.
"Erk..aku amik angin kejap. Kau kenapa tak tidur lagi?" Tanya Taehyung.
"Aku tengah check fail tentang kes dadah tu ha. Kes bunuh tu...kau jangan keluar lewat sangat, aku risau jadi apa-apa.." Tegur Jungkook lalu menampilkan riak risau di wajahnya. Taehyung tersenyum kecil.
"Takda apa-apalah. Aku tau jaga diri...kau tahu kan, aku ni kan bandu-"
"Tak, Tae. Siapa pun kau, please, take care. Jaga diri. Aku tak sanggup nak hilang kau lagi.." Jungkook tiba-tiba bernada sedih menyebabkan Taehyung sedikit disentak.
"Sorry.."
"Herm, dah. Jom masuk tidur. Kau rehatlah, nampak macam tak bermaya je kau ni." Jungkook kemudiannya tergelak kecil. Taehyung tersenyum sendiri lalu mengangguk.
Sebaik sahaja lampu dapur dimatikan, Jungkook dan Taehyung bersama-sama melangkah ke arah tangga. Suasana agak sunyi dan hanya kedengaran lolongan anjing dan bunyi cengkerik memeriahkan suasana pagi yang hening. Kurang selesa dengan suasana tersebut, Taehyung tiba-tiba bersuara.
"Kau rasa, family kau ada lagi tak?" Soalan spontan dari Taehyung mematikan langkah Jungkook.
Jungkook pandang Taehyung dengan pandangan yang agak terkejut. Taehyung mula diserbu rasa bersalah melihat riak wajah Jungkook. "Eh..sorry, sorry kalau soalan ni-"
"Maksud kau?" Jungkook memintas laju. Taehyung terdiam dan pandangannya dialih ke bawah.
"Maksud aku...ermm..kau boleh bayangkan tak kalau..suatu hari nanti..ada seseorang muncul dan claim bahawa kau ni family dia? Tapi bagi kau, family kau dah tak ada.." Agak-agak Taehyung bersuara. Dia tahu, perkataan keluarga atau family ini amat sensetif bagi mereka memandangkan childhood mereka yang tidak seindah kanak-kanak lain.
Jungkook membisu dan suasana kembali hening. Tangannya keras memegang segelas koko panas yang sudah dihirup separuh. "Jungkook?" Risau dengan keadaan lelaki 20-an itu, Taehyung bertindak memanggil namanya.
"Hahaahaha.." Jungkook kemudian tergelak menambahkan rasa seram dalam diri Taehyung. Kemudian Jungkook pandang Taehyung sambil tersenyum. "Haih..aku pun tak tau lah nak react macam mana. Tapi bagi aku, kalau betul la dia keluarga aku...aku akan jaga dia. Aku akan lindungi dia." Jungkook menunduk memandang ke arah air kokonya.
"Kau akan lindungi dia? Kenapa?"
"Entah..mungkin tu peranan keluarga? Yang kau ni, kenapa tiba-tiba tanya soalan ni? Kau jumpa sesiapa ke?" Pertanyaan Jungkook membidas Taehyung.
"Eh..erk..tak adalah. Aku cuma tertanya.." Taehyung kembali menundukkan kepala dengan riak yang agak kecewa.
"Herm...kalau kau nak cakap apa-apa, nak luah apa-apa..bagitau je aku. Kau percayakan aku kan.." Jungkook menepuk belakang Taehyung sebelum mereka berdua kembali menapak ke bilik masing-masing.
Krekk..pak!
Sebaik sahaja pintu biliknya ditutup, Taehyung menanggalkan pakaiannya. Tuala mandi yang tersangkut di kerusi dicapai lalu dililit di pinggang. Dia melangkah lemah ke arah bilik mandi yang bersambung dengan bilik tidurnya dan suis lampu diketik bagi menerangkan bilik itu. Bilik tidur pula dibiarkan gelap. Pintu bilik air ditutup dan dikunci lalu dia menapak ke arah bathtub yang tersedia.
Air shower dibiarkan jatuh dan dia berdiri betul-betul di bawah shower itu lalu membiarkan air mengalir ke seluruh tubuhnya. Matanya terarah ke bawah, namun mindanya semakin kusut. Fikirannya melayang ke dimensi lain.
"Kenapa...kenapa.."
"Kau siapa sebenarnya?"
"Kenapa baru sekarang kau muncul?"
Taehyung menekup wajah sendiri sebelum air matanya mengalir turun.
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...