"ARGHHH!!" Seokjin menjerit dan terus membuka mata, dia bangun sambil memegang dada sendiri yang mula berombak laju.
Peluh yang membasahi tengkok dan dahi dilap dalam keadaan cemas. Dia pandang sekeliling dan dia sedar yang dia dalam bilik tidur khas. Bilik ni khas untuk staff hospital untuk rehat dan tidur. Dan baju yang dia pakai bukan lagi berwarna putih, tapi biru. Seokjin mengeluh dan duduk di birai katil, di mana kakinya mencecah lantai. Dia mengurut dahi dan hidung.
"Kenapa aku mimpi pelik-pelik ni? Siapa yang jerit mintak tolong tu?" Dia menyoal sendiri.
BAM!!!
Jantung Seokjin sekali lagi mahu terpelanting keluar setelah pintu bilik tiba-tiba dibuka dan menghempas dinding. Seokjin pandang ke arah pintu. Doktor Han, Doktor Sohyung dan jururawat Kihyun dah berdiri di muka pintu dengan wajah cemas.
"Kenapa?! Kenapa?! Apa jadi?!" Tanya Doktor Sohyung cemas sambil melayangkan penyapu.
"Jilake mana jerit tadi??!!! Ngaku cepat!!" Kata Doktor Han pula sambil memegang penyodok sampah. Seokjin tergelak sendiri.
"Sorry sorry. Aku mengigau."
Wajah mereka bertiga berubah. "Ish kau ni, lain kali tidur basuh kaki!! Baca doa!! Terkejut aku, ingatkan ada orang kena rasuk ke, kecemasan ke." Doktor Han memeluk tubuh dengan muka menyampah.
"Tah kau ni, tunggang langgang megi aku sebab terkejut." Jururawat Kihyun mencelah.
Seokjin tersengih sendiri lalu diam sekejap sebelum mengangkat kepala memandang mereka yang sudah mahu berlalu pergi.
"Han." Doktor Han berhenti dan memandang Seokjin.
"Padia hang?"
"Kau ganti tempat aku boleh tak malam ni? Aku rasa tak sedap badan la." Pinta Seokjin sambil mengurut bahunya.
"Hah, tak sedap badan? Sejak bila kau boleh makan badan kau ni? Erm takpe ah. Kau blah jela. Elok gak kau berambus sebab, aku perasan yang kau dah lama tak balik. 3 hari an? Hah elok la tu. Yang tentang kerja ni...no hal, aku single. Takde sape pun kesah pasal aku. takyah risau la bro."
"Kepala hotak kau. Duk buat sendu boleh. Rileks ahh."
"Iye iye. tengah rileks la ni. Kalau tak rileks, kau nampak penyodok ni? Haa memang aku tibai ja pesakit-pesakit aku yang jenis cerewet namampos ni."
Seokjin tersengih sendiri. "Dah, pegi balik. Aku cover kau."
"Thanks bro." Seokjin tersenyum kelat dan Doktor Han sekadar mengangkat tangan.
Sebaik sahaja mereka semua keluar, Seokjin menghembuskan nafas berat dan mula mengemas barang untuk balik. Moga-moga rumah masih elok dan tak terbakar la.
• • •
Seokjin memakirkan kereta di bawah porch rumah. Tak lama selepas enjin kereta dimatikan, pintu rumah dibuka dan satu figura muncul di muka pintu. Seokjin pandangnya dan tersenyum. Hoseok.
Seokjin terus melangkah keluar dari kereta dan menapak ke arah pintu rumah sebaik sahaja kereta dilock.
"Eh jap jap. Bang, muka abang cam familiar ah. Oh ya, muka abang sebijik cam kawan saya. Erm ni abang datang rumah saya ni malam-malam nak apa ya? Hantar santau ke? Haa kalau nak tanam sup bunjut tu, kat tepi pun boleh bang." Tanya Hoseok sopan.
"Kepala hotak kau gila! Ade ke patut kata aku ni datang hantar santau! Celebrate la kepulangan aku, bodo. Pasni aku tak mau balik dah ah!!" Seokjin mencebik.
"Elelele gediks bha kau. Yela yela. Mat pulang. K dah meh masuk, kat luar banyak syaitan haa." Hoseok mengundurkan badan memberikan ruang kepada Seokjin untuk melangkah masuk.
Seokjin tergelak dan menumbuk perlahan lengan Hoseok. "Rindu korang haa." Kata Seokjin sambil tersengih.
"Eiy, baru tiga hari kau tak balik dah rindu. Eiyy.." Hoseok menyakat sebelum mereka sama-sama tergelak. Kemudian, Hoseok berhenti ketawa.
"Oh ya, kita ada dua situasi kat sini. First, kita ada tetamu." Hoseok memandang ke arah Namjoon yang sedang berjalan ke arahnya.
Seokjin mengalihkan pandangan dari Hoseok ke arah Namjoon. Serta merta matanya membulat.
"OMG NAMJOONNN!!! BILA KAU BALIK WEGHHH!! OMG RINDU GILA APAKS AKU KAT KAU." Seokjin berlari ke arah Namjoon selepas membaling begnya ke muka Hoseok.
Tubuh Namjoon dipeluk dan Namjoon tergelak sendiri lalu membalas pelukan Seokjin. "Aku rindu kau gak. Dua tahun tak jumpa. Nak video call, line tak elok. Hoseok je duk send gambar currently korang kat aku."
Kemudian, Seokjin meleraikan pelukannya dan memegang kedua-dua bahu Namjoon. Dia berkerut dahi dan merenung muka Namjoon.
"Pehal kau ni?" Tanya Namjoon bingung.
"Kau tak gay an?" Soal Seokjin pendek sekali gus membulatkan mata Namjoon.
"WOI!!! AKU STRAIGHT LA!! BUGIMA BETUL KORANG NI!!" Jerit Namjoon dengan muka merah.
Seokjin dan Hoseok ketawa terkekeh-kekeh. Kemudian, Hoseok kembali bersuara.
"And our second situation is..tu kau tengok member kesayabgab kau tu." Seokjin mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang sedang berjalan ke arah televisyen.
Wajah Seokjin terus berubah.
"WTF?!!"
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...