#7 : Just Smile!

500 68 5
                                    

"It's scary what a smile can hide." 

Seokjin tersentak setelah tersedar bahawa dirinya sedang berdiri di atas tembok. Dia memandang ke bawah dan matanya membulat. La-Laut?! Apa aku buat kat sini?!

"Wo wo wo!" Seokjin cuba menstabilkan dirinya setelah dia hampir terjatuh setelah angin yang agak kuat bertiup. Dia turun dari tembok pendek itu dan memandang sekeliling. Sunyi, kosong. Yang ada cuba bunyi ombak menghempas batu. Seokjin berkerut dahi.   

"Wadafak aku kat mana sial?! Mana semua orang?!" Maki Seokjin sendiri lalu mengusutkan rambutnya. Dia berlari ke sana sini namun, tiada lansung kelibat sesiapa. Seokjin berhenti berlari dan dia kaku. 

Apa yang dia ingat, dia tadi ada di hospital. Tapi, macam mana boleh ada dekat sini pulak?! Dia melihat pakaiannya. Eh, kenapa warna putih?   

SPLASH!! 

Seokjin tersentak setelah mendengar bunyi percikan air. Dia laju menoleh ke belakang dan berlari ke arah tembok yang menjadi penghalang di antara daratan dengan batu-batu yang dihempas ombak laut. Seokjin pandang ke dalam air yang semakin kuat ombaknya. Tiada siapa. Tiada apa. Jadi, tadi bunyi apa? Memang tak salah yang dia ada dengar bunyi percikan air. Bukan macam hempasan ombak ni tapi...macam ada sesuatu yang terjun dalam air. Tapi apa dan siapa? 

"Seokjin ah." 

Seokjin terkejut setelah ditegur seseorang. Dia menoleh ke belakang. Tiada siapa. Jantungnya mula berdegup kencang. 

"Seokjin ah." Suara itu memanggil lagi. 

"KAU SIAPA!?! APA KAU NAK?! AKU KAT MANA?!" Jeritnya sambil memandang sekeliling dengan wajah cemas. 

"Tolong aku. Seokjin ah.." Suara itu mendayu-dayu memanggil tanpa henti. Semakin lama semakin kuat dan terasa semakin dekat.

Seokjin semakin cuak. Dia mula mengundurkan diri kerana terlalu takut, dan tanpa dia sedar..kakinya terlanggar tembok yang pendek itu dan..

"ARGHHHH!!" Seokjin terus terjatuh ke dalam laut yang kini mulai bergelora.  

•  •  •

Taehyung melangkah keluar dari kedai runcit. Shifnya dah habis jadi dia nak balik. Letih hadap bermacam-macam ragam manusia. Dari yang bangang, sampailah yang paling terbijak amat sekali. (Hermm..nazak cikgu BM aku kalau baca ayat ni).

Taehyung, bukannya tak ada kereta. Cuma, dia tak nak guna sangat. Dia lebih suka berjalan kaki dan guna pengangkutan awam. Malam ni, seperti malam biasa. Dia naik bas je. Dia melihat jam tangannya. Dah pukul 9 malam. 

Taehyung melangkah ke arah tempat menunggu bas sambil jarinya sibuk menghentam skrin telefon. Saja tengok gallery. Sesekali dia tersenyum sendiri melihat gambar mereka semua. Rindu? sudah tentu. 

PAP!

Secara tiba-tiba telefon di tangan Taehyung dirampas. Taehyung mengangkat kepala dan serentak itu wajahnya ditumbuk hingga dia terjelepuk ke tanah. Taehyung pandang wajah beberapa figura yang sedang berdiri memandangnya. Setelah mengenal pasti figura tersebut, Taehyung tergelak sendiri. 

"Haih..aku ingatkan kat sekolah je kena rampas phone. Kat luar sini pun ade gak ke. Hahaha. Kesian, maybe kat sekolah dulu buruk sangat kot perangai sampai cikgu tak pilih jadi pengawas." Taehyung duduk dan memeluk kaki sendiri lalu tergelak. 

"SIALL!!" Figura itu melayangkan kakinya ke arah Taehyung dan sekali lagi Taehyung tergolek di atas tar. 

"Hahaha. Weh pengawas, tu je kau boleh buat? Lemah." Kata Taehyung sambil mengelap darah yang sudah mengalir keluar dari hidung. Kemudian,  dua orang lelaki yang boleh dikata pengikut lelaki yang menumbuknya tadi memaksa Taehyung untuk bangun. 

"Fuh, bagus kau punya hamba ni. Tolong aku bangun, takyah susah-susah otot aku nak bergerak. Sejam berapa ni? Aku cam nak sewa la." Taehyung menyindir sebelum mengerang sakit setelah lengannya dicengkam mereka berdua. 

"Wuu..nais nais. Urut la lagi. Aku pun dah lenguh nak hadap sampah cam korang. Argh!!" Taehyung menahan sakit namun dia masih tersenyum dan ketawa kecil. Lelaki yang menumbuknya tadi mencengkam wajah Taehyung dan memaksa Taehyung memandangnya. 

"Hah, kau ingat aku lagi?" 

"Kau? Oh ya, kau ni kan yang nak beli popcorn hodoh tu kan? Eh bini kotor kau gi mana? Cari suami baru ke sebab semak dengan jantan acah-acah anjing cam kau?" Tanya Taehyung lalu ketawa lagi. 

Dan kali ini, pipinya ditampar sehingga dia menghamburkan darah. Taehyung tertunduk dan meludah darah yang ada dalam mulutnya. 

"Ah shit. Kotor dah baju aku. Dah la satu uniform ni je aku ada. Tak pasal-pasal balik nanti nak kena google cara buang darah dari baju. Ermm..taik la kau ni." Marah Taehyung menarik bajunya.

"Kau ni, kalau aku nak bunuh kau pun boleh au! Tapi kau berani eh, loyar buruk dengan aku? Kau mesti tak kenalkan siapa aku?" Tanya lelaki itu sambil menarik rambut Taehyung memaksa Taehyung mendongak ke arahnya.  

Taehyung tersenyum sendiri dan mengangkat sebelah keningnya dan memandang lelaki itu. "Asal, kau nak sangat ke kenal dengan aku?" Tangannya yang perlahan-lahan mencapai pisau yang terselit di saku salah seorang lelaki yang memegang tangannya. 

Macam mana Taehyung tahu? Waktu dua mamat ni pegang tangan dia, tangan Taehyung tersentuh pisau tu. Jadi dia tau yang dalam saku salah seorang mereka ada pisau. Taehyung tertunduk dan tersenyum sendiri. 

"Well..aku harap kau tak menyesal." Taehyung mengangkat kepala sambil tersenyum lagi menampakkan giginya yang kini diselaputi cecair merah. 



blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now