#9 : I'm Fine!

556 59 12
                                    

Seokjin menapak laju ke arahnya dan duduk di tepinya. 

"Taehyung,  apa jadi dengan kau ni?" Tanya Seokjin dan membelek wajah Taehyung yang lebam dan luka. 

"Takdelah.  Aku jatuh tadi. Hisshh." Kata Taehyung sambil menahan sakit.  "Eiy, jangan pegang la. Sakit tau tak?"

Seokjin menggeleng.  "Aku doktor tau,  Tae.  Aku kenal la kau jatuh ke,  accident ke,  kena patuk ke,  langgar pokok ke..kau bergaduh dengan siapa?!" Seokjin meninggikan suara.

Taehyung mencebik. "Bukan gaduh hah.  Aku tak buat ape pun.  Dia yang tiba-tiba datang ganggu aku.  Halah,  sikit je ni. Nanti elok la tu." Taehyung membiarkan wajahnya dibelek Seokjin. 

"Adeh!  Ish,  pegang elok-elok la! Cubalah berlemah lembut sikit dengan insan seperti daku!" Taehyung menampar tangan Seokjin setelah doktor muda itu memegang lebam yang ada di hujung bibirnya.

"Cerita dia camni." Namjoon mencelah dengan tiba-tiba. Taehyung dan Seokjin memandang Namjoon yang memeluk tubuh. 

"Aku dengan Ho-"

Krekk..

Kata-kata Namjoon terhenti setelah mendengar bunyi keriukan pintu.  Mereka semua memandang pula ke arah pintu dan dua figura lelaki muncul. 

"Eh, kau balik Seok- WEH NAMJOON!! KAU DAH BALIK!!" Jerit Jimin seronok diikuti Jungkook di belakangnya.

"Vavi korang ni.  Nampak Namjoon terus lupakan aku.  Tak apa cheq,  nanti aku masak meggi sebungkus je untuk aku sorang!" Maki Seokjin dalam hati. 

Mereka berdua terhegeh-hegeh berlari ke arah Namjoon dan menumbuk bahunya sebelum masing-masing tergelak. 

"Hahaha lama tak jum-...  WARGHH!!  WEH KAU KENAPA TAE?!" Tanya Jungkook terkejut setelah terpandang  wajah Taehyung.  Jimin turut tersentak. 

Namjoon berdehem. "Okay,  tenang gais mohon bertenang sebelum aku lempang sekor-sekor dengan selipar jamban ni. Okay,  biar aku cita apa jadi.  so,  camni cerita dia."

Flashback

Hoseok melihat Namjoon yang sedang menggoncangkan vitagen yang dibeli di kedai pasar Nandaemum tadi. 

"Weh kau ni,  kalau minum vitagen,  jangan goncang." Tegur Hoseok sambil matanya difokus pada jalan. 

"Asal lak?"

"Sebab,  dalam vitagen tu ada bakteria baik.  Kalau kau goncang dia,  nanti bakteria tu pening and diorang jadi marah and terus jadi jahat."

Namjoon diam.  "Kau ingat lawak?  Kau ingat lawak?" Dia menggulingkan mata dan terus mencucuk permukaan vitagen dengan straw. 

Hoseok tersengih sendiri. Sebelum ternampak sesuatu.  Laju kakinya menekan brek secara mengejut menyebabkan kepala Namjoon terhantuk pada dashboard kereta. 

"Aduhhh,  kau pehal setan break mengejut?!" Namjoon bengang.

Namun, Hoseok kaku dan matanya terarah pada sesuatu.  Tanpa mengalihkan pandangan,  laju tangannya mengawang-gawang mahu mencapai Namjoon.

"Weh weh!  Mentang-mentanglah jalan sunyi kau nak raba aku pulak!" Jerit Namjoon cuba mengelak dari disentuh Hoseok. 

"BUKAN LA GILA!!  TU TU!!" Hoseok menunding jari ke arah sesuatu dan Namjoon terus memandang ke arah tundingannya. 

Matanya membulat.  "Weh,  ada orang kena belasah la doh. Cam best je.." Namjoon meletakkan vitagennya di atas dashboard. 

Mereka berdua diam sekejap memerhati gelagat 4 figura lelaki itu.  Otak blank macam kertas A4. Tiba-tiba,  Namjoon perasan sesuatu. 

"Eh baju tu....rambut tu..." Namjoon berkerut dahi.

"WEH TU TAEHYUNG LA BODOH!!" Jerkah Hoseok dengan kuat dan terus keluar dari kereta. 

"HO MAI GAD." Namjoon turut tersedar dan terus keluar dari kereta. Mereka berlari ke arah Taehyung. 

"WOII FIRAUN UNTAMADUN!! BAIK KAU LEPASKAN DIA SEBELUM PENUMBUK BONGSU AKU NI  TERBANG MELAYANG KAT MUKA KAU!!" Jerkah Namjoon sementara Hoseok sudah mengangkat kasutnya untuk dituju ke wajah lelaki itu.

Lelaki itu memetik jari dan serentak itu, Taehyung dilepaskan sehingga dia terjelepuk ke atas tanah. Mereka bertiga berlalu pergi meninggalkan Taehyung.  Taehyung yang tercungap-cungap dihampiri Namjoon dan Hoseok. 

"Astaga, teruknya diorang belasah kau, Tae!!" Jerit Hoseok sambil memegang wajah Taehyung. 

"Ah!" Taehyung berdesis setelah terasa sakit. Wajahnya dialih dari memandang mereka berdua. "Aku tak apa-apalah. Aku okay." Taehyung menepis tangan Hoseok. 

"OKAY? CAMNI KAU KATA OKAY?! EIYY KAU NI KAN!!" Hoseok memicit wajah Taehyung menyebabkan Taehyung menjerit sakit. 

"WOI! YANG KAU PEGI PEGANG LUKA AKU APAHAL SETAN?!" Marah Taehyung. 

"HA TAU PUN SAKIT!! DAH, JOM BALIK."  Hoseok menarik tangan Taehyung namun, apabila mereka berdiri, Taehyung menolak tangan Hoseok. 

"Aku kata aku okay! Aku tak saki-..ergh!" Taehyung hampir terjatuh. 

"Wo wo wo...Kau ni nak tunjuk kuat pun dalam keadaan ni. Dah ah, jom balik. Jangan nak melawan aku, karang aku patahkan betul kaki kau." Kata Hoseok bengang dan menarik tangan kiri Taehyung dan diletak di lehernya.  Pinggang Taehyung dirangkul erat setelah lelaki itu sekali lagi hampir tersembam. Tangan kanannya menekan perut yang masih berpijar sakit.

"Joon,  kau amik barang dia." Kata Hoseok sambil berjalan memapah Taehyung ke arah kereta.

Namjoon mengangguk dan mengambil beg Taehyung yang tersidai di tepi pokok. Kemudian, saat dia ingin berjalan ke arah kereta, dia terpijak sesuatu. 

"Eh,  telefon Taehyung ni.  Eiy,  kurang ajar betul mamat tiga ekor ni.  Kalau aku dapat,  memang aku tembak sekor-sekor sampai mandul." Namjoon menggenggam telefon Taehyung yang sudah retak sambil memandang ke arah jalan yang dilalui 3 makhluk tak guna itu tadi.

"Namjoon!  Kau renung masa depan apa lagi tu?!  Masa depan member kau ni hah yang kau nak kena settle dulu!  Meh balik meh!" Laung Hoseok dari jauh. 

"Hah, ye ye. Nak pergi la ni haa." 

END FLASHBACK

"Hah, gitulah citanya." Namjoon mengakhiri ceritanya. Semua orang terdiam.

"Hah tepuk la sikit. Punya penat aku buat presentation korang tengok je. Mughallazah betul perangai." 

Pap! Pap! Pap! 

Mereka yang lain menepuk tangan tanpa sebarang keikhlasan. 

"Tae, kau ingat muka diorang? Aku nak amik laporan." Kata Jungkook menyebabkan Taehyung memandangnya. 

"Halah, tak payahlah. Budak noob je tu."

"Noob?! NOOB KAU KATA, TAE?! Sampai senget sebelah muka kau noob celah mananya Tae oiii?!" Seokjin membebel sambil menyapu ubat pada luka Taehyung. 

"Aku boleh je nak belasah balik. Tapi aku malas la nak gaduh dengan budak-budak. Halah korang ni, buat cam tak biasa." Taehyung bangun dari sofa. 

"Eh eh eh..kau nak pergi mana? Aku tak habis letak ubat lagi ni." 

"Halah, esok lusa tulat tunggin mak minah kentut keluar api nanti dia lega la tu. Dah ah, aku nak masuk tido. Penat la." Taehyung menyeluk sakunya dan menapak naik ke atas ke tingkat dua. 

Mereka yang lain hanya membatu memandang pergerakan Taehyung yang sudah hilang di balik dinding.  Masing-masing hanya menggeleng kesal. 

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now