3.49 a.m.
Suasana sepi di rumah agam milik Seokjin itu dipecahkan dengan bunyi beberapa ekor makhluk yang sedang giat memindahkan barangan masing-masing masuk ke rumah. Jimin yang masih tidur di dalam kereta diterajang keluar oleh Yoongi kerana menganggu laluannya.
"Tepi hanat, aku nak keluar." Maki Yoongi. Jimin mencebik dan terkebil-kebil dia bangun dari lantai. Dia menguap dan mengeliat.
Bum!
Dia terundur beberapa tapak ke belakang setelah beg galas berisi baju-baju dibaling tepat mengenai mukanya.
"Apa ni woi!"
"Amik baju kau, hanat. Aku nak amik barang aku." Balas Yoongi selamba tanpa rasa bersalah. Jimin mengenggam penumbuk. Kalau diikutkan, mau saja dia humban sepupunya itu dalam longkang tepi rumah.
Sementara itu, Taehyung muncul setelah sekian lama berbual di telefon. Entah siapa yang telefon pagi-pagi buta ni. Kemudian, dia mematikan panggilan dan mendekati Seokjin yang masih memunggah barang.
"Hyung.." Panggil Taehyung.
"Huh?" Balas Seokjin, masih memunggah barang di dalam but kereta.
"Esok aku nak balik kampung au.." Kali ini, bait katanya menyebabkan Seokjin berhenti dan terus memandangnya.
"Balik kampung? Daegu? Kenapa tiba-tiba je ni?" Tanya Seokjin pelik. Ada berbaur kerisauan dalam nadanya.
Taehyung mengurut belakang lehernya. "Aku..aku ada hal la..."
Seokjin diam sebentar. "Kalau macam tu, suruh Hoseok hantar-"
"Ehh tak payah. Aku naik train je. Lagipun, aku pergi kejap je. Tak tak, it's okay. Aku boleh pergi sendiri." Laju ayat Seokjin dipotong.
"T-Tapi..."
"Seokjin, it's okay. Rileks kay? Aku dah besar...apa mende la yang kau risau sangat ni? Haha.." Taehyung menepuk bahu Seokjin lalu berlalu masuk ke dalam rumah. Seokjin hanya mengeluh sebelum tergelak kecil. Haih...apa la yang aku nak risau kan..
• • •
10/1/36, 9.50 a.m.
"Okay gais, gerak luh! Paper roger! Chiaoo Beachtachios!!" Jungkook membuat tanda rock menggunakan jari-jarinya lalu keluar dari rumah setelah menghempas pintu.
"Tefak.." Jimin mencebik, meluat dia dengan perangai si arnab tu.
Dia kembali menyisip teh perisa Earl Grey. Haruman teh panas waktu pagi memang sangat menyegarkan. Dengan si bising Jungkook dan Hoseok yang dah blah, fuhh masyuk..tenang ja hidup.
"Kau serious la tak nak aku hantarkan?"
Ketenangan Jimin sekali lagi diganggu seseorang. Jimin yang berada di meja makan mendongak melihat ke arah tangga yang berada bertentangannya. Dua ketul manusia sedang berjalan, di mana salah seorang dari mereka menggalas beg hitam.
"Ye hyung...aku pergi kejap je. Kau rileks la.." Kata salah seorang dari mereka sambil berjalan.
"Pahal ni? Kau nak gi mana, Tae?" Soal Jimin sambil meletakkan cawan di atas meja. Taehyung dan Seokjin berhenti.
"Aku nak balik kampung jap."
"Daegu?"
"Ha'ah.."
Jimin berkerut dahi. "Kau..nak buat apa?"
"Ada hal lorh..tapi aku pergi kejap je. Tengok la, dah settle nanti aku balik."
"Haa kejap aku suruh orang bawahan aku hantar k-"
"Takpun kau pergi dengan Namjoon..diakan cuti sekarang. Haa kejap aku pergi kejut di-"
Taehyung menarik tangan Seokjin yang sudah mahu melangkah naik ke atas. Seokjin berhenti dan Taehyung mengeluh.
"Guys, It's okay. Korang ni risau sangat. Kan aku kata, aku tak pergi lama pun. Aku nak pergi sendiri. Tak nak susahkan korang." Taehyung bergerak menuju ke pintu rumah. Kasut converse dipakai kemas sebelum berdiri dan membetulkan jaket hoodie hitamnya.
"Okay, aku gerak dulu.." Taehyung ingin melangkah namun sekali lagi terhenti setelah Seokjin memegang bahunya. Dia menoleh ke belakang, menatap wajah Seokjin yang jelas terpancar perasaan risau di matanya.
"Janji dengan aku...kau balik."
Taehyung menelan air liur. Mata Seokjin tepat memandang ke dalam anak matanya. Wajah Seokjin yang serius betul-betul menyeramkan sedikit sebanyak menyebabkan bulu romanya meremang.
"A-Aku janji...hyung ni risau sangat la. Astaga, macam la aku tak balik terus haih.."
Setelah Taehyung melepaskan diri dari tangan Seokjin, dia menolak pintu rumah dan keluar. Sebelum menutup pintu, dia sempat menoleh sekejap ke arah Jimin dan Seokjin yang masih berdiri. Lalu tersenyum petak.
"Bye guys!!" Pintu akhirnya tertutup rapat.
Setelah beberapa minit, Seokjin mengeluh. "Maybe aku terlalu risau kot.."
"Hyung..."
Seokjin pandang Jimin yang masih kaku dan memandang tepat ke arah pintu. "Apa?"
"Kau...kau perasan tak?"
Hati Seokjin jadi tak sedap. "Apa?"
"Baju dia...jaket dia, beg tu...bukan tu ke yang Yoongi nampak sebelum Tae, hilang dulu?" (rujuk season 1, #43 - Bad News)
Mata Seokjin membulat.
BAM!
Lantas tubuh pendek Jimin diterajang oleh Seokjin. "KAU JANGAN LA BAGI AKU TAK SEDAP HATI ANJING!!!"
"Adedehdeh...patah pinggang aku macam ni kalau asyik kena sepak ja." Jimin merengek. "Kau ni...risau sangat la. Hesh, aku tau la kau trauma. Tapi, kau kena move on dah. Dah, aku nak gi pejabat." Jimin memakai kot hitamnya.
Seokjin diam kejap. "Jimin."
"Amende?"
"Sebenarnya..aku mim-.."
Jimin pandang Seokjin setelah lelaki itu mematikan kata-katanya. "Mim? Mim apa? Mim bertemu nun tanwin? Idgham maal ghunnah?" Bidas Jimin mendiamkan Seokjin.
"Takdak apalah."
"Lah, cakap la."
"Tak ada apa. Dah berambus kau. Aku nak pergi maraton My Hero Academia dengan Boku no Pico." Seokjin berdehem lalu berlalu pergi.
Jimin berkerut dahi lalu berlalu pergi untuk ke pejabatnya.
"Haih...aku ni risau sangat ni. Patutlah aku mimpi pelik-pelik. Kalau aku cerita kat diorang pun, mesti diorang tak percaya." Seokjin tergelak sendiri sambil melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...