#13 : The Prisoner

332 47 8
                                    

"Just because you are breathing, doesn't mean you are alive."

Taehyung meneruskan langkah menuju ke kedai. Shifnya dah hampir. Sesekali jam tangan dipandang sekilas bagi menganggak masa agar dapat tiba di kedai tepat waktunya. 

Namun, langkahnya yang agak laju menyebabkan dia terlanggar beberapa orang awam secara tak sengaja. Ahh tak kisahlah,  yang penting gaji tak kena potong! Gumam hatinya.

Setelah beberapa minit,  akhirnya dia tiba di kedai.  Tercungap-cungap dia mengambil nafas dan terus melihat jam. Masih berbaki 8 minit.

"Ahh.. Nasib sempat." Dia kembali berdiri tegak sebelum..

Zrap! 

"Erghh.." Taehyung mencengkam lengan dan perutnya yang mula berpijar sakit. Lukanya masih belum sembuh.

Namun,  dia cekalkan mental dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku lalu terus menapak masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

Sebaik sahaja pintu lutsinar berkaca itu dikuak, mereka yang berada di dalam kedai memandangnya. Memang manusia dalam kedai tu tak sampai 5 orang, tapi kalau semua merenungnya macam pembunuh upahan,  itu bukan satu perkara yang menyeronokkan. 

Taehyung mengendahkan mereka dan masuk ke dalam bilik khas pekerja.  SongHee yang sedang mengemas barang peribadinya di dalam bilik yang sama tersentak setelah bertentang mata dengan Taehyung.

"Eh, Taehyung?  Kenapa muka kau ni?" Tegur SongHee,  salah seorang pekerja kedai.

Taehyung terdiam.  "Tak.. Aku jatuh je."

SongHee meletakkan beg sandangnya di atas meja.  "Biar betul kau ni,  kau ni macam kena pukul je.  Kau okay tak ni?  Kalau tak okay,  kau balik je la. Rehat."

Taehyung tersenyum kelat lalu menanggalkan jaketnya.  "Tak,  aku okay jela..dah, aku nak masuk kerja. Kau nak balikkan? Ha, balik elok-elok." Kata Taehyung pendek.

 "Kejap!" Panggil SongHee dan Taehyung yang mahu mencapai tombol pintu terhenti lalu memandang gadis muda itu. SongHee menyeluk begnya dan mengeluarkan satu plastik berisi mask. 

Dia kemudiannya mendekati Taehyung. "Nah, pakai ni. Nanti orang tak nampaklah luka kau tu. Aku tau kau tak nak sesiapa tanya pasal luka kau kan? Hah, amiklah." Dia menghulurkan sekeping mask yang baru kepada Taehyung. Taehyung pandang mask itu dan perlahan-lahan mask biru putih itu bertukar tangan. 

"Thanks." Ucapnya lembut sambil memakai mask itu.

"Erm...Tae, kau tahukan kau shif dengan siapa hari ni?" Perlahan sahaja suara SongHee bersuara.

Taehyung terdiam, tangan yang diguna untuk menyangkut mask di telinga terhenti. Perlahan-lahan tangannya jatuh dan dia memandang SongHee sambil tersenyum. "It's okay. Kau baliklah. Jangan risau pasal aku."  ujar Taehyung keluar untuk ke kaunter. Shifnya dah bermula. 

• • •

"Weh banduan, kau pergi mop lantai cepat. Aku nak balik awal lah.." Jangmin, senior Taehyung sebagai pekerja serbaneka mengarah kasar. Kayu mop dan baldi dibaling ke arahnya menyebabkan Taehyung terundur beberapa tapak. Mentang-mentanglah tak ada customer, perangai iblis pula jadinya.  

"Ergh..." Dia menyentuh perut secara spontan setelah baldi itu secara tak sengaja terkena bahagian perut yang masih sakit.  Seharian dia tahan sakit tu, dan ia bukan benda mudah. Tapi, Taehyung sekadar akur tanpa sebarang bantahan. 

Dia mula mengemop lantai kedai sementara Jangmin pula melepak bersama rakan-rakannya di belakang kedai. Batang rokok dinyalakan bagi melepaskan gian. Taehyung mengendahkan perbuatan mereka miskipun salah dan sekadar menyelesaikan tugasnya. Sebaik sahaja selesai, dia membuka pintu belakang di mana mereka masih lagi bergelak tawa sambil berjudi. 

"Sunbae." Panggil Taehyung.

Namun, tak diendahkan. Lama juga dia berdiri sambil memandang lelaki itu bersama 5 orang rakannya. Akhirnya, Jangmin menoleh ke arahnya. 

"Ish, mende kau ni? Semak la. Dah habis cuci tu pergi simpan la bodoh. Takkan tu pun aku nak ajar? Kau bekas banduan kan? Takkan kat penjara dulu tak belajar?"

Tangan mengetap gigi.  Tangannya yang mengenggam batang mop menggigil. Kalau nak diikutkan hati, nak je dia hadiahkan penumbuk sulung kat wajah mamalia di hadapannya. Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. 

"Sunbae, tolong jangan merokok. Kita tak boleh buat macam ni sebagai pekerja." Tegur Taehyung. 

"Wauuuu..." 5 orang rakan Jangmin bertepuk tangan sambil melemparkan sorakan yang telah disulam dengan perlian. 

Lelaki 30-an itu memandangnya dengan anak mata. Kemudian dia berdecit lalu mereka semua ketawa. Putung rokok yang masih berbara di jarinya dijentik tepat mengenai baju Taehyung. Lelaki itu bangun dan mendekati Taehyung. Kolar bajunya direntap kuat. Tapi, Taehyung tidak melemparkan sebarang riaksi di wajah. Gembira tidak, sedih tidak, marah tidak. Kosong.  

 "Yah, kau nak ajar aku ke, sial? Kau tu sape je nak ajar aku?! Kau ingat kau banduan kau hebat ah?! Dasar sampah tak sedar diri." Dia meludah ke bawah, tepat mengenai kasut Taehyung.   

Atau lebih tepat,  kasut yang dihadiahkan oleh Jimin kepadanya.

Taehyung mengetap bibir sambil memandang ke arah kasutnya.

"Lepaskan aku." Kata Taehyung dengan suara yang ditekan. 

"Apa kau kata?!"

Taehyung mendongak dan menatap tepat ke dalam mata hitam Jangmin. 

"AKU KATA LEPASKAN AKU LA SIAL!!!!" Taehyung menjerkah dan terus melayangkan penumbuk ke wajahnya.

BUK!

Jangmin terjelepuk ke belakang sekaligus menyebabkan ke semua kawan-kawannya bangun serentak kerana terkejut.

"Yeap, aku memang bekas banduan. Dan kau tahu, aku jadi banduan sebab membunuh. Dalam darah aku mengalir sifat membunuh. Kau nak aku curahkan sifat ni kat muka kau ke?" Taehyung mengambil sebatang kayu berpaku yang berada di tepi pintu sambil tergelak kecil.  

"YAH!!!  A-APA KAU BUAT NI?!!" Jerit salah seorang kawannya. 

Taehyung tergelak sinis dan memandang ke arah mereka. 

"Apa aku buat?  Tch..." Taehyung berdecit lalu perlahan-lahan menapak ke arah lelaki yang terkebil-kebil cuba untuk bangun.  Tangan kirinya dimasukkan ke dalam saku seluar. 

Pak!

Taehyung memijak belakang Jangmin sekali gus menyebabkan Jangmin berhenti merangkak.



"Aku buat benda yang sepatutnya dari dulu lagi aku buat." Taehyung tersengih sinis.

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now