"Everyday, new cases arrive. Will we be one of it?"
"So, meh sini laporan tu." Kata Jungkook dan Jinhwan segera menghulurkan dokumen yang mengandungi laporan kes pembunuhan tadi.
Jungkook menyelak-nyelak helaian kertas yang berada di dalam dokumen tersebut. Sesekali dia terangguk-angguk.
"Mangsa bernama Kim Namjoon. Berasal dari Gangnam. Berumur 26 tahun. Mangsa dijumpai oleh seorang pemungut sampah yang kebetulan lalu berdekatan tempat itu, tuan. Siasatan menunjukkan, mangsa sudah mati hampir 5 hari sebelum dia dijumpai terduduk di atas kerusi dengan diikat pada pergelangan tangan, mulut, mata dan kaki."
Panjang lebar Jinhwan menerangkan laporan tersebut. Jungkook memegang dagu. "So, dah kenal pasti pembunuhnya?"
Jinhwan mengemam bibir. "Belum lagi, tuan. Tapi, apa yang kita dapat, pembunuhnya mungkin orang yang sama sebab...cara pembunuhan ni sama macam cara yang digunakan ke atas mangsa minggu lepas, tuan."
"Siapa?"
"Min Yoonji, seorang gadis malang yang dijumpai di pasaraya C-Mart lama di Hunjong. Mangsa turut diikat di mata, pergelangan tangan, kaki dan mulut.
"Aku ingat kau nak sebut Yoongi tadi. Siot ah semua mangsa nama nak dekat cam family aku. Harreyy nguh. Herm..by the way, apa lagi yang kita dapat?"
"Tak ada tuan. Takda lansung cap jari atau kesan tinggalan suspek. Clean tuan. Rasanya, pembunuh ni bukan calang-calang orang. And...ada something yang saya rasa tuan tak akan suka dengar."
"Mende? IC dia hilang ke?"
"Ish...bukan tu. Tapi, forensik jumpa....pisau, kayu-kayu dan daun kering dalam perut dan mulut dia."
"HAH?!! DIA TU KAMBING JADIAN KE?!" Terkejut beruk Jungkook menyoal hingga bersembur kopi Setarbak yang diminum pegawai Mark yang berada di luar bilik Jungkook.
"Tuan!"
"Okay..okay sorry. Halah, gurau sikit dah sendu." Jungkook menjeling lalu meneliti gambar-gambar mangsa pembunuhan kejam itu. "Gambar ni polaroid ke? Lawa, berapa harga kalau nak tempah? Memori dalam phone aku dah full dengan gambar Jimin tido. Semak." Tanya Jungkook lalu memandang Jinhwan.
"Tuan, sebelum keluar dalam surat khabar pegawai polis maut disepak anak buahnya, baik tuan serius sikit." Jinhwan sudah memeluk tubuh. "Iyih..kau ni.." Jungkook mencebik.
"Oh ya, pihak forensik juga menjumpai sejenis dadah yang berlebihan yang telah disuntik ke tubuh mangsa." Tambah Jinhwan lagi sambil memproses fail yang baru diambil dari rak Jungkook. "Nah."
Huluran fail itu diambil. "Huh? Dadah? Dadah jenis?"
"Tak dapat dikenal pasti, tuan. Tapi dadah tu..kita tak pernah jumpa lagi. And apa yang pelik, kami pun jumpa sejenis dadah yang agak pelik dalam tubuh Min Yoonji. Senang kata, dadah yang dimasukkan ke dalam tubuh kedua-dua mangsa adalah berbeza dan tak pernah dijumpai lagi, tuan."
Jungkook berkerut dahi. Dia meletakkan dokumen itu di atas meja semula.
"Jadi, mangsa akan diseksa sebelum dibunuh?" Jungkook membuat andaian sendiri sambil memandang ke arah Jinhwan.
"Lebih kepada menjadi tikus makmal, tuan. Mangsa akan disuntik dadah yang baru dicipta untuk dijadikan uji kaji. Kemudian, barulah mereka dibunuh apabila semakin lemah."
Jungkook terangguk-angguk. Interesting. Teknik yang diguna sama, namun dadah yang disuntik berbeza. "So, geng kimia dah tau berapa dos dadah tu?"
"Sudah. Lebih kurang 78% pure tuan. Kesan dia, boleh la nak kata cam nak bagi khayal, lepas tu gila, and lama-lama dia akan membunuh dengan melemahkan sistem saraf dan pernafasan."
"oh gitu.."
"Tapi, berbeza pulak pada mayat Kim Namjoon ni."
"Hah? Berbeza pulak? Mak aih, complicated betul. Aku ingat yang complicated ni perempuan dngn addmath je. Ni pun sama. Hah apa yang bezanya?"
"Kalau tuan tengok betul-betul pada mayat, ada kesan melecurkan?" Tunjuk Jinhwan pada gambar mayat Namjoon.
Jungkook mengangguk sementara kedua-dua keningnya sudah bertembung. "Haa, dadah yang disuntik dalam badan mangsa ni lain, tuan. Dadah ni dia macam membakar dari dalam. It means like...dia akan membakar organ dalaman secara perlahan-lahan."
"Apak ah. Camna boleh jadi camtu?" Jungkook terkejut dan Jinhwan sekadar menongkat bahu.
Jungkook menghela nafas panjang dan duduk tersandar di kerusinya. Kedua-dua tangan ditemukan sementara wajah sudah dikerut. Otaknya ligat berfikir, siapa makhluk durjana yang sanggup buat perkara keji macam ni?
KRINGGG!!!
Alarm telefon Jungkook tiba-tiba berbunyi nyaring. "Okay, masa rehat."Kata Jungkook spontan lalu bangun setelah menutup fail hitam itu. Jinhwan terpinga-pinga, "TUAN INGAT NI SEKOLAH KE HAH?!! SUKA-SUKI HEMPEDU DIA JE!!"
"EIII....yelah yelah. Tu pun nak marah. huh!" Jungkook kembali duduk dan meletakkan kepala di atas meja.
Jinhwan dengan penuh kesabarannya menanti kelakuan bodoh lagikan loyar buruk Jungkook yang seterusnya. "So, kita nak buat apa sekarang ni? Penjenayah ni dah semakin melampau. Takkan dia guna sihir kot."
"Sihir? Kau ni, bodoh tu tak apa. Tapi jangan la sampai percaya benda-benda syiah ni!" Jungkook meningkah.
"Erm...syirik, tuan."
"HAH, SAMA LA TU! KAZEN DIA JE PU-"
Trutt...trutt...
Kata-kata Jungkook terhenti setelah dicelah dengan ringtone telefon pejabat. Jungkook segera mencapai gagang telefon yang terletak di atas meja.
"Hellow? Jungkook yang kacak lagi riak ada di sini, siapa di sana?"
"Tuan, mesyuarat taknak pergi ke? Semua orang dah tunggu tuan tu hah."
Mata Jungkook membulat sebaik sahaja mendengar kata-kata pegawai Min. ALAMAK!!! DIA LUPA PASAL MESYUARAT TU!!
"AHHH CAKAP KAT DIORANG SAYA ON MY WAY!! SAYA BARU HABIS YAK YAK! TIPU JE DIORANG TU!" Jerit Jungkook dan terus meletakkan gagang telefon itu tanpa menanti respon Pegawai Min. Dia mula mengambil fail-fail berkaitan dengan kes pembunuh ngeri itu dan berlari keluar dari pejabat meninggalkan Jinhwan yang kesepian.
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...