Wednesday, 3/1/36
"Ladies and gentlemen as the final preparation for landing please ensure your seats in upright position and your chair tables and foot rests are stalled and ensure your seatbelts are securely fastened and visible to our cabin crew. If there emergency recreation becomes necessary leave all your personal belongings behind and proceed to the exit nearest to you. The lavatory may no longer be used at this time, thank you."
Yoongi tersenyum sendiri mendengar ucapan captain kapal terbang. Dah nak mendarat! Tak sabarnya nak balik rumah. Dia meneliti jam tangannya sekilas. Dah pukul 7 pagi.
BANG!!
"Opocot mak hang!" Yoongi melatah setelah meja di tepinya ditepuk kuat. Dia menoleh ke belakang. Jaehyun.
"Wutoh kau ni. Terkejut aku anjay! Bagi la salam ke, hulur cucur udang ke..ni tak main sergah je! Mana adab kau sebagai seketul manusia dalam dunia ni?" Marah Yoongi kembali sambil menyusun kepingan roti yang akan dijadikan sarapan buat semua penumpang.
Jaehyun tersengih sendiri.
"Halah, gurau cikit dah sendu. Erm, kau watpe tu?" Tanya Jaehyun sambil meletakkan dagu di atas bahu Yoongi.
"Ni hah, tengah basuh baju. Eiy, kau ni apa letak-letak dagu atas bahu aku. Eiy geli ah! Jangan sampai aku Ruqyahkan kau plak nanti." Yoongi menyiku rusuk Jaehyun.
Lelaki muda itu terundur beberapa tapak ke belakang sehingga terlanggar seseorang yang kebetulan melintasi mereka.
"Ish, apa kau ni?!"
Yoongi menoleh ke arah empunya suara. Jaehyun sudah tersengih-sengih macam kerang basi.
"Sorry, awak. Yoongi tolak saya tadi. Hehe..tapi tolakan dia tak sekuat tarikan cinta saya terhadap awak." Kata Jaehyun sambil menggentel hujung baju Yoongi dengan penuh kegedikkan.
"Kau yang menyemak kat sini. Pastu buat pickupline sampah." Kata Yoongi selamba sambil meletakkan hirisan strawberi dan kiwi di dalam mangkuk setelah mencepuk kepala Jaehyun.
"Eiy, dah takde kerja lain ke? Hish..tolong la Yoongi tu serve makanan. Kan cepat kerja dia." Pramugari wanita itu ingin berlalu pergi, namun terhenti setelah Yoongi memanggilnya.
"Weh Hyuna, Jaehyun ada benda nak bagitau kat kau. Dia cakap lama dah hah dia pendam." Kata Yoongi sambil tersenyum sinis.
Jaehyun tengok Yoongi dengan mata yang membulat dan mulut ternganga.
Hyuna pandang Jaehyun sambil mencekak pinggang. "Apa benda?"
Jaehyun mula cemas. "E-Eh! M-Mana ada! Pandai pandai la kau ni, Yoongi. Hahaha..dia ni kan, mulut takde insurans.." Jawab Jaehyun sambil mencubit pinggang Yoongi menyebabkan Yoongi menggelupur kejap.
"Hish, come on guys. Behave. Kita dalam business class. Nanti apa pulak pihak atasan kata kalau orang report pasal kita. Dah, kejap lagi nak landing dah. Cepat hantar pesanan ni then pergi duduk." Arah Hyuna dan dia terus berlalu pergi.
Sebaik sahaja pramugari wanita itu lesap dari pandangan, Jaehyun mencubit lengan Yoongi.
"Eiyy, kau ni!! Nasib tak kantoi!!" Marah Jaehyun lalu melepaskan lengan pramugara itu. Yoongi ketawa sambil menggosok lengannya.
"Adehh, nasib tak botak! Eh, baguslah kalau dia tau yang kau minat kat di-"
"Shuu! Pelan-pelan sikit!" Jaehyun menekup mulut Yoongi. Yoongi menggulingkan anak mata dan menggigit jari Jaehyun.
"Adeh! Eiy sakitlah!" Jaehyun bengang.
"Hah, kau simpan la perasaan tu dari dia. Nanti dia kahwin dengan orang lain baru kau bumi tu rendah mana! Dah, amik dulang ni. Kau serve belah kiri, aku serve belah kanan." Kata Yoongi dan memberikan dulang itu kepada Jaehyun.
Jaehyun mencebik namun dia hanya akur. Yoongi membetulkan pakaian seragamnya sebagai seorang pramugara lalu melangkah keluar dari bahagian beverage dan menapak ke arah para penumpang.
Yoongi seperti biasa melayan penumpang yang memang bermacam ragamnya. Namun, benda dah biasa la. Yang penting, fake smile itu main peranan.
Sebaik sahaja dia selesai melayan penumpang terakhir di bahagiannya, satu suara yang agak lantang mengejutkan semua penumpang yang lain.
"Kau buat kerja macam mana ni?!" Yoongi tersentak dan menoleh ke arah Jaehyun yang sudah menundukkan tubuhnya berulang kali tanda maaf.
"Benda ni tak sepatutnya berlaku! Cakap business class, tapi pehal service teruk sangat?! Ni dah kotor baju aku ni kau nak tanggung?! Kau ingat murah ke?!" Suara lantang lelaki itu mula menimbulkan kekecohan.
"Maaf, tuan. Tapi, tuan tak sepatutnya letak beg tuan dekat tengah jal-"
"Menjawab! Biadap kau ni eh! Kau nak aku laporkan kat pihak atasan ke?!" Lelaki itu mula hendak berdiri.
"Oppa, dah la tu. Dia tak sengaja kan.." Yoongi memandang seorang wanita yang memakai cermin mata hitam tengah menarik lengan baju lelaki itu.
Macam isteri dia.
"Argh, kesah apa aku sengaja or tak. Ni baju ni macam mana ni? Dah la aku ada mesyuarat penting kejap lagi!" Marahnya lagi.
Yoongi menggeleng dan terus bersuara. "Maafkan kami, tuan. Tapi tuan perlu bertenang. Kejap lagi kita dah nak mendarat. Minta tuan duduk dan bertenang ya." Kata Yoongi cuba mengawal keadaan.
"Kau diam!"
"Maafkan saya, tuan. Bukan saya nak ganggu ucapan rasmi tuan ni, tapi saya hanya ikut peraturan demi keselamatan tuan tuan sekelian. Baju tuan yang terkena kotor tu, tuan boleh la gunakan sejenis produk bernama tisu untuk lap cream tu. Kebarangkalian untuk cream tu tanggal tinggi tuan." Kata Yoongi sambil tersenyum manis.
Lelaki separuh abad itu terdiam sementara beberapa penumpang lain mula tergelak kecil.
"Dah la tu, oppa." Tegur wanita disebelahnya sambil menarik tangan lelaki itu.
"Kau tak guna. Kau tunggu la aku lapor pada pihak atasan." Katanya bengis lalu kembali duduk.
Jaehyun sudah berlalu pergi kembali ke bahagian beverage. Yoongi turut ingin bertindak demikian namun, matanya menangkap imej wanita yang sedang menenangkan lelaki gila itu tadi. Lama juga dia merenung wajah wanita itu sebelum kepala hotaknya dipanah sesuatu.
"M-Mustahil...takkanlah dia tu.." Mata Yoongi membulat dan jantungnya berdegup laju. Darahnya sedikit berderau. Hati dan mindanya ligat bertikam lidah antara dua dunia yang bertentangan lagikan berbeza. Penafian dan kebenaran. Dia memegang dada yang mula berombak dan tidak lagi tenang seperti biasa.
"Mr, are you okay?"
Yoongi disentak setelah ditegur salah seorang penumpang wanita berwarganegara Amerika yang duduk berdekatannya. Mungkin pelik sebab tengok Yoongi tak bergerak. Atau terlalu risau kerana melihat muka Yoongi yang seakan kehilangan darah atau seolah-olah kelihatan hampir diserang penyakit jantung?
"Ah ya ya. It's okay. Thank you." Kata Yoongi sambil tersenyum semula lalu bergerak ke tempat duduknya.
Yoongi memakai tali pinggang dan bersandar pada seatnya. Dia merenung kosong, namun, fikirannya kini mulai kusut.
Biar betul apa yang dia nampak. Siapa sebenarnya perempuan yang ada bersama lelaki gila tu? Minda Yoongi memaparkan satu susuk figura untuk dibandingkan dengan wanita itu.
"Ah, mustahil." Yoongi tergelak sendiri lalu menutup mata.
"Mustahil tu dia." Kata Yoongi lagi.
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...