Okay, kinda sad sebab ada yg lupa BST 1, but salah aku gak sbb tak sambung an. Okay takpe, meh aku buat flashback sikit.
Jimin
Ayahnya seorang pembunuh dan telah membunuh ibunya yang turut mengandungkan Park Jihyun (adik Jimin) ketika Jimin masih kecil. Kemudian, dia dihantar ke Busan untuk dijaga oleh neneknya dan neneknya turut membenci Jimin. Jimin akhirnya bawa diri ke Seoul untuk mencari ayahnya dengan tujuan membalas dendam sebelum bertemu dengan Seokjin.
Yoongi
Ada kembar bernama Woozi namun mati setelah dibunuh oleh ayahnya yang tertekan setelah ibu mereka curang dan hilang bersama kekasih baru. Setelah meningkat usia, dia dibuang di tepi jalan. Yoongi hidup dijalanan sebagai seorang pencuri profesional. Dia juga membuang nama Yoongi dan hanya menggunakan gelaran Suga.
Suatu hari, dia mencuri di sebuah kedai yang turut merupakan tempat kerja Jimin. Jimin berjaya menangkap Yoongi dan mahu membawanya ke balai polis namun niatnya terbatal kerana merasakan dirinya ada suatu ikatan misteri dengan Yoongi. Akhirnya, ikatan misteri tersebut terungkai setelah Jimin tiba-tiba memanggil nama sebenar Suga yang bagi Suga, tiada siapa pun yang tahu nama sebenarnya sejak dia tiba di Seoul.
Hoseok
Seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin sebelum ibu bapa kandungnya menyerahkan Hoseok kepada sebuah keluarga yang kaya raya demi masa depan Hoseok sendiri. Dia hidup dengan bahagia sebelum suatu hari rumah keluarga itu dirompak dan ibu bapa angkat Hoseok mati dibunuh di depan mata. Hoseok dibawa sebuah tempat di mana tempat itu mengumpulkan semua kanak-kanak yang diculik dan dijadikan sebagai mangsa penjualan organ. Di situ juga, Hoseok bertemu dengan seseorang yang mengubah hidupnya.
Namjoon
Ketika masih kecil, Namjoon bersama abangnya telah diculik ketika mereka hendak pulang setelah membeli barangan runcit di kedai. Mereka berdua di bawa ke tempat penjualan organ, iaitu tempat yang sama Hoseok berada. Di situ, Namjoon dan abangnya dipisahkan dan sejak dari hari itu, Namjoon tidak berjumpa abangnya sehingga ke hari ini. Namjoon menganggap bahawa abangnya telah dijadikan mangsa penjualan organ. Dan ketika dia sedang bersedih, seorang budak lelaki berlari dan bertembung dengannya. Budak lelaki itu ialah Hoseok dan mereka akhirnya melarikan diri bersama-sama.
Setelah meningkat dewasa, Namjoon dan Hoseok tekad mahu mencari suspek penjualan organ demi membalas dendam atas kematian orang tersayang. Di samping itu, mereka juga melakukan perbuatan jenayah seperti merompak dan mencuri demi kelansungan hidup. Salah satu mangsa rompakan mereka ialah Seokjin.
Jungkook
Keluarganya telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan ke semua ahli keluarganya kecuali dia. Jungkook dijaga oleh seorang perempuan tua. Dia sering didera walaupun tanpa sebab yang munasabah. Akhirnya, Jungkook dijual kepada seorang mafia. Di situ, Jungkook diajar menjadi seorang mafia. Namun, berbeza dengan ahli yang lain, Jungkook merupakan yang paling lemah dan akhirnya dijadikan sebagai hamba. Disebabkan tidak diberi makan sebagai hukuman kerana difitnah oleh ahli yang membencinya, dia mencuri sedikit duit namun kantoi. Dia melarikan diri dari ahli mafia namun ditangkap dan dipukul. Namun, seorang lelaki datang dan menyelamatkannya. Dia dibawa ke sebuah rumah agam dan tuan rumah itu mengajaknya untuk tinggal bersama. Ya, tuan rumah itu ialah Seokjin.
Taehyung
Taehyung mempunyai seorang abang tiri yang juga merupakan anak kepada ibunya hasil dari perkahwinan pertamanya. Namun, suami pertamanya melarikan diri bersama wanita lain dan menyebabkan ibunya tertekan. Ibunya turut mempunyai seorang teman lelaki, dan hasil hubungan mereka berdua, maka lahirlah Taehyung. Hubungan Taehyung dan abang tirinya iaitu Taeyang amat baik di mana Taeyang akan sentiasa melindungi Taehyung sekiranya ibu mereka berang dan ingin mendera Taehyung.
Mereka berdua tidak pernah dibenarkan keluar dari rumah dan sentiasa didera seperti dikurung dalam bilik tanpa sebarang makanan selama beberapa hari, dilemaskan di dalam air dan sebagainya. Suatu hari, Taehyung ternampak ibunya memaksa Taeyang menelan sesuatu yang akhirnya menyebabkan Taeyang menggelupur dan mulutnya berbuih. Bapa kandung Taehyung, iaitu teman lelaki ibunya mengurung Taehyung di dalam bilik. Dan sejak dari hari itu, Taehyung dan Taeyang tidak bertemu lagi.
Setelah meningkat dewasa, bapa kandung Taehyung melarikan diri bersama duit ibunya. Taehyung turut meninggalkan rumah atau baginya, neraka dunia lalu pergi ke Seoul dan bertemu dengan Seokjin ketika dia sedang berehat di taman. Sebelum itu, dia pernah bergaduh dengan Jimin, jadi hubungan mereka berdua tidak baik.
Seokjin
Anak orang kaya namun, bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Ibunya turut meninggal dunia kerana dibunuh akibat diracun. Akhirnya, dia dijaga oleh pakciknya. Dia dilayan dengan begitu baik, namun segalanya lesap setelah rumah yang didudukinya bersama pakciknya dirompak. Seokjin dibawa ke sebuah tempat yang terpencil dan salah seorang dari perompak itu menetak kepala Seokjin mengikatnya di dalam plastik sampah dan mencampakkannya ke dalam sungai.
Dia ditemui orang awam dan bernasib baik kerana masih hidup. Lalu dijaga di sebuah rumah anak yatim dan berusaha keras sehingga menjadi seorang doktor. Disebabkan rasa sunyi yang mendalam, Seokjin tekad mahu membantu orang yang dalam kesusahan dan antara mereka yang dibantu termasuklah Jimin, Hoseok, Namjoon, Jungkook, Taehyung dan Yoongi. Dia akhirnya mengumpulkan mereka semua dan hidup dalam satu bumbung sebagai sebuah keluarga.
Namun, segalanya tidak berkekalan kerana masing-masing mula hilang tanpa khabar sebaik sahaja Seokjin bertemu semula dengan pakciknya. Dan, sejak dari itu jugalah, segala misteri mula terungkai satu demi satu. Dalang kepada penjualan organ yang mengorbankan nyawa yang mereka sayang akhirnya terungkai. Dendam kesumat yang memenjara jiwa mereka akhirnya terbebas. Sukar diterima akal, namun inilah takdir hidup mereka.(nak details, baca sendiri)
Taehyung terlibat dalam kes pembunuhan dimana dia telah membunuh bapanya. Kejadian ini berlaku setelah Taehyung tekad mahu melawat ibunya sebelum menyedari bapanya kembali demi meminta duit dari ibunya. Akhirnya, Taehyung membunuh bapanya dan dia menjadi buruan polis dan dimasukkan ke dalam penjara.
NOTES : Setiap peristiwa yang berlaku dalam buku 1 amatlah relate dengan buku yang kedua ni esp tentang ibu Yoongi dan abang tiri Taehyung. k bye, mwah...
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Misterio / Suspenso#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...