"Can the birds sing? Does they understand each other? What's are they singing about? What's the lyrics? I hope I can listen to them everyday.."
------------
Chirp!! Chirp!!
Bunyi burung yang berkicauan di beranda bilik Jungkook sekaligus mengganggu tidurnya.
"Ermm..." Jungkook menukar posisi tidur lalu menarik selimut hingga menutup kepala. Namun, cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap berdekatan menyebabkan dia mulai rimas. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk bangun.
Dalam keadaan seperti baru tertelan segelen pil kuda, dia menggaru ketiaknya. Lalu mencium bau tersebut yang sudah semestinya melekat pada jari jemari yang digunakan untuk menggaru ketiak itu.
"Erm..bau softlan." Katanya sambil tersengih sendiri.
Tak lama itu, belakang badannya pula digaru penuh nikmat. Dia memandang sekeliling sebelum turun dari katil dan melangkah keluar dari biliknya. Bunyi di tingkat satu menarik perhatiannya untuk melihat siapa yang masih tersisa di dalam rumah.
Jungkook menuruni tangga sambil mengeliat sebelum gelabah beruk setelah hampir tersungkur. Dek kerana itu, mata yang kuyu segar terus. Jantung yang ala-ala nazak terus kembali aktif macam baru lari 10km non-stop. Dia memegang dada sendiri.
"Eh kau dah kenapa Kook? Raba diri sendiri?" Tegur seseorang dari bawah. Segera Jungkook menurunkan tangannya.
"Otak hang." Dia menjawab spontan lalu mendekati Hoseok yang sedang ralit menonton movie di hadapan televisyen.
"Tengok apa, Hoseok?" Tanya Jungkook.
"Munafik 2. Movie dari Malaysia. Aku tak faham diorang kata apa sebab subtitle takda. Tapi nampak macam best so aku tengok je la." Kata Hoseok tanpa mengalihkan pandangan.
Jungkook diam dan memandang sekeliling. Eh sunyi. Yang ada cuma Jimin di dapur.
"Eh mana semua orang? Kenapa sunyi sangat?"
"Ish, kau fikir aku ni kaunter pertanyaan? Banyak sungguh soalan. Orang pagi-pagi mandi dulu, basuh muka ke...ni tak. Dengan muka macam ulat sampah, bau pun macam tikus mondok. Eii kacaulah!" Hoseok membebel.
Jungkook mencebik. "Ei aku tanya sikit je kot!"
"Haish, diorang pergi kerjalah." Jimin mencelah dari dapur. Lengkap berkemeja putih berseluar hitam dan bertali leher hitam. Lengan baju kemeja itu dilipat hingga paras siku. Risau kotor katanya.
"Kau tak kerja?" Jimin menambah sebaik sahaja meletakkan segelas jus oren sejuk di atas meja. Apron berwarna pink ditanggalkan lalu disangkut pada kerusi.
Jungkook menggaru lengan. "Erm...pukul 2 nanti ha."
"Pukul 2 nanti? Weh Kook! Sekarang dah pukul 1.30 la!" Lentingan suara Jimin terus membulatkan mata Jungkook.
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...