author's note ;
(Relate dengan BST I : TRUTH UNTOLD chapter #46 : Forgive Me)
----------------
"When someone is in your heart.. They're never truly gone."
Friday, 5/1/36, 1.00 a.m
Taehyung melangkah keluar dari kedai itu. Jaket hoodie ditarik menutup kepala seperti biasa dan earphone disumbat ke dalam telinga.
"WOI TAK GUNA!! KAU NAK PERGI MANA TU?!!" Jerit seseorang dari dalam kedai.
Taehyung menarik nafas berat dan menoleh ke arah lelaki yang terkebil-kebil dengan hidung berdarah. Sebaik sahaja matanya bertentang dengan mata lelaki itu, dia terus terdiam dan kembali mengemop lantai bersama 5 rakannya yang lain. Takut.
Taehyung berdecit. "Bodoh." Makinya lalu berlalu pergi.
Dia berjalan kaki sambil menyeluk tangan ke dalam saku jaket. Malam yang agak hening. Dia melihat jam, sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dia mengubah arah masuk ke dalam sebuah taman. Tempat yang selalu dia lepak sebelum pulang ke rumah. Niatnya satu, nak tenangkan diri.
Bangku yang menghadap tasik dia duduk. Nafas berat dihela dan dia merenung kosong ke arah bayangan bulan di atas permukaan air. Mindanya ligat memainkan segala wayang negatif yang berlaku dalam hidupnya. Dibuli, dipukul, membunuh....
"ARGHH!!" Taehyung menyepak sebatang tiang kerana terlalu bengang.
Rasa marahnya menyebabkan kakinya lansung tak berasa sakit miskipun tiang itu bengkok akibat sepakannya.
"KENAPAAA?!!!" Taehyung menjerkah geram. Tanpa dia sedar, air matanya jatuh melalui lurah mata.
Kalau tak disebabkan dia perlukan duit, dah lama dia bunuh si Jangmin tu. Kalau tak disebabkan hutang mendiang ayahnya yang menghimpit hidupnya, dia takkan terhegeh-hegeh berkerja di kedai tu. Tapi dia perlukan duit untuk langsaikan semua hutang bodoh ni. Bukan dia tak mahu beritahu benda ni pada Seokjin, Yoongi, Jimin, Jungkook, Namjoon dan Hoseok...
Tapi, ini masalah peribadinya. Biarlah dia saja yang tahu dan selesaikannya. Lagipun dia tak suka meminta-minta dan tak mahu jadi seperti buah mulut orang.
'Menumpang'
'ambil kesempatan'
'tak tahu malu'
'Banduan tak sedar diri'
argh dia tak minta semua ni terjadi. Sesekali dia tertanya, antara mereka..kenapa takdirnya yang berbeza? Kenapa hidupnya tak pernah bernasib baik seperti mereka?
Taehyung menarik nafas panjang. Dia sedar menangis takkan mengubah apa-apa, dia bangun dan mengelap wajah yang basah dengan air mata. angin malam menghembus sejuk yang menyapa tubuh memaksa Taehyung mengeratkan lagi jaketnya ke tubuh. Ingin saja dia ingin membuka langkah untuk pergi, tiba-tiba...
"Berhenti!!"
Jeritan seseorang dari belakang menyebabkan langkah Taehyung terhenti walaupun belum tentu suara itu ditujukan kepadanya. Namun, dia dapat agak bahawa teguran itu memang untuknya memandangkan hanya dia yang ada berdekatan si pemanggil.
Dia menoleh ke belakang dan ternampak seorang lelaki sedang berlari anak ke arahnya. Dia memusingkan tubuh ke arah lelaki itu lalu mengeluarkan tangannya dari terus menyeluk saku jaket.
"Kenapa?" Soalnya pendek setelah lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.
Lelaki misteri itu tidak menjawab, malahan dia terus merenung wajah Taehyung. Taehyung mula rasa tak selesa memandangkan dia bukannya pencinta kaum sejenis.
"Erk...k-kenapa ni?"
Lelaki itu cuba menyentuh wajah Taehyung namun tangannya segera ditepis. "Pehal ni main sentuh-sentuh ni?! Aku kenal kau ke?!!" Soal Taehyung bengang.
Risau 'maruahnya' mungkin tergadai malam itu. Dah la suasana taman ni sunyi sepi. Suram plak tu.
Lelaki itu membisu lagi. Anehnya. Perasaan takut dam risau sudah timbul dalam dirinya.
"Kalau tak ada jawapan, aku mintak diri dulu. Kalau bisu, sorrylah cause aku tak pandai bahasa isyarat. Yang aku tau cuma middle-finger up je." Taehyung menunjukkan jari tengah kepada dia lalu segera berpusing membelakangi lelaki itu untuk meninggalkannya.
Namun, langkah yang ingin diorak terhenti buat kali kedua setelah lengannya tiba-tiba ditarik lelaki misteri itu. Taehyung semakin fed up. Kalau boleh, nak je dia layangkan pelempang sulung ke arah lelaki tu. Ditanya tak berjawab. Tapi duk pegang-pegang plak.
"Eiy..lepaslah!" Taehyung merentap tangannya. "Kau nak mati-"
"Taehyung?"
Taehyung terkedu mendengar perkataan pertama lelaki misteri itu.
"Kau...kau Taehyung? Nama kau Taehyungkan? Kim Taehyung?! Betulkan?!" Kedua-dua belah bahunya dipegang kuat lelaki itu, dan dia seperti dipaksa untuk memandang ke wajah lelaki yang berparut di atas mata kanan.
Taehyung berkerut dahi mendengar pertanyaannya. Macam mana lelaki ni boleh kenal dia? Facebook? Instagram?
"Weh, kau tak ingat aku ke?!"
"Kau sape? Kita pernah berjumpa ke?" Soal Taehyung.
"Aku ni abang kau, Tae! Aku ni abang kau! Taeyang!" Lelaki itu menggoncang tubuh Taehyung sambil mencengkam lengannya.
Hati Taehyung bagai dipanah tatkala lelaki itu mengaku bahawa dia ialah abangnya. Serta merta Taehyung menolak lelaki itu dan dia terundur beberapa tapak ke belakang.
"Mus....Mustahil.."
Tbc;
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Mystery / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...