#12 : Words

334 52 15
                                    

(Maaf gais,  lambat update.  Aku pening nak cari jalan cerita hshshs. Depends on readers.  Lg bnyk prmintaan,  lg cpt buku ni siap.) 

------------

Thursday, 4/1/36

"Hang man game is one of the best teacher.  It teaches us that wrong word can end someone's life."

"Huaghhhh... Penatnya hidup."

Yoongi menguap sambil mengeliat dalam masa yang sama.  Cuba meregangkan otot-otot dan sendi setelah 8 jam tidur mati. 

Lega dapat rehatkan badan selepas terpaksa melayani karenah penumpang kapal terbang yang bermacam ragam.  Ergh! 

Pap! 

Bunyi tulang bergesel mengejutkannya. Lantas tangannya digawang-gawang. "Ooff...tergeliat ketiak aku." Katanya lalu menguap lagi. 

Dalam kebingungan antara maya dan realiti,  dia memandang sekeliling.  Jarum jam tepat menunjukkan pukul 6 pagi.  Remote aircond yang berada di atas meja kecil di tepi katil dicapai dan lantas penghawa dingin yang sejak semalam berfungsi akhirnya dimatikan. Lalu,  mata yang sedikit pedih ditenyeh dengan jari manis. 

"Hesh terawal plak aku bangun." Yoongi menerajang selimutnya hingga jatuh ke bawah lalu turun dari katil. 

Sambil berjalan dalam keadaan mamai, dia menggaru kepala dan perutnya secara serentak.    Sebaik saja dia melepasi cermin,  pantulan pada cermin jelas menunjukkan wajahnya yang serupa hantu kubur.  Rambut serabai dan mata yang sedikit bengkak dan merah menyumbang kepada rupa hantunya. 

"Herm makin handsome." Katanya sambil tersengih sendiri lalu terus keluar dari bilik.

Suasana rumah sepi dan agak gelap. Cuma samar-samar mentari lembayung pagi sahaja berjaya menerobos masuk melalui celah-celah tingkap. Gayanya, hanya dia seorang saja yang terjaga dari terus lena dihayun mimpi. 

Yoongi terus menapak turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur.  Niatnya untuk membasahkan tekak yang kian mengering.

Sedang ralit dia menuang air ke dalam gelas,  anak matanya cekap menangkap satu bayang yang tiba-tiba melintas. Kepekaannya terhadap bunyi jelas membantunya mengenal pasti bahawa ada figura berdekatannya. 

"Taehyung?" Yoongi bersuara sambil meletakkan botol air di atas meja semula. 

Figura itu berhenti dan menoleh ke arah Yoongi. Satu senyuman kecil diukir di bibirnya yang masih separa pucat.

"Pagi." Balasnya pendek. 

Sambil memegang gelas yang berisi air sejuk,  Yoongi menapak ke arahnya yang berada di ruang tamu. Suis lampu diketik memandangkan suasana masih lagi gelap.  Sebaik sahaja lampu bernyala,  keadaan menjadi lebih jelas dan terang.  Taehyung sedang menyandang beg,  lengkap beruniform kedai berwarna hijau turquoise. 

"Kau nak ke mana?"

"Kerja la."

Yoongi tersentak.  "Kerja?  Eh kau dah okay ke?! Kau bukan sepatutnya rehat ke?"

Taehyung tergelak kecil.  "Luka sikit je ni.  Lagi pun,  aku nak guna duit." Santai dia berbahasa.  Stokin berwarna hitam disarung pada kaki.

"Lah, kenapa kau tak bagitau je kat kitaorang? Berapa kau nak?"

Taehyung terdiam lalu berdiri semula. Jaket hitam hoodienya dicapai.  "Tak payahlah.  Aku nak guna duit sendiri. Korang simpan la duit tu,  duit korang kan?" Katanya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. 

"Halah,  kita member.  Pasal duit ni benda kecik la."

"Takpelah.  Lagipun aku suka je kerja aku.  Dah aku gerak dulu.  Nanti lewat." Pamit Taehyung sebaik sahaja selesai memakai kasut.

"Eh,  jap.  Nak aku hantarkan ke?"

"Takpe.  Aku nak jalan kaki je.  Nak ambil angin. K,  bye! Jangan risaukan aku tau! Malam nanti aku balik!"

Tidak sempat Yoongi ingin bersuara,  Taehyung sudah pun hilang dari pandangan sebaik sahaja pintu tertutup. 

"Herm.." Yoongi menggeleng perlahan. 

•  •  •

S

enyuman di bibir Taehyung pudar.  Dia menarik nafas panjang lalu melangkah keluar dari perkarangan rumah agam Seokjin. 

Angin bayu pagi meniup lembut wajahnya.  Sejuk dan tenang tanpa sebarang bunyi yang menyakitkan hati. 

"Tu kau tengok tu, dah keluar dah dia."

Memandangkan keadaan masih lagi hening dan sepi,  maka deria pendengarannya lebih peka.  Langkahnya diperlahankan.

"Eiy,  macam manalah banduan tu boleh duduk serumah dengan budak-budak hebat tu.  Ish,  tak faham aku."

"Tu la... Kerja pun huh. Mesti nak menumpang je tu." 

Taehyung tersenyum sinis lalu menyumbat earphone ke dalam telinga. Volume dikuatkan ke tahap maksimum miskipun dia tahu kesannya buruk untuk pendengarannya.  Namun,  dia tak kisah.

Sejak dia keluar dari penjara, khabar angin tentangnya tidak lekang di bibir makhluk bernama manusia.  Segala fitnah dan cacian dilempar bertubi-tubi bagaikan sajian setiap hari.

Miskipun sudah lali, tapi hati mana yang mampu menerima?  Sekeras hati manusia,  pasti ada lembutnya juga. 

Hoodie ditarik menutup kepala. Langkah diteruskan tanpa sebarang kata.  Sebab dia tahu..

Inilah namanya dunia.

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now