Hoseok memakirkan kenderaannya di tempat letak kenderaan yang. Tak nak la baby gurl dia ni kena rampas orang. Sekarang jam digital pada dashboard kereta menunjukkan pukul 7.40 pagi. Terawal pulak dia datang. Sebab Yoongi kata penerbangan dia akan tiba pukul 9 pagi nanti.
Jadi, nak hilangkan bosan, dia duduk dalam kereta dan main game Homescapes miskipun dia tahu yang dalam Incheon Airport ni lagi berlambak benda yang best.
"Babi susah bodo game ni." Dia mencarut kerana tidak berjaya melepasi level 5.
Dek terlalu bosan asyik kalah sampai lives habis, dia mengubah minat ke arah Wattpad. "Erm, baca story la. Gila banyak doh fanfic."
Setelah naik jemu membaca novel, dia beralih pula ke arah gallery. Gambar mereka semua diteliti kembali.
Slide. Gambar mereka saat berada di pantai. Gambar ni diambil lepas beberapa minggu Taehyung dibebaskan dari penjara. Trip pertama mereka sebagai sebuah keluarga tanpa sebarang pertalian darah. (Please read BST I - special episode)
Slide. Gambar ni ialah gambar dekat taman tema. Gambar Jungkook tengah berdiri tepi permainan buaian laju namampos tu. Yang menarik minat Jungkook untuk bergambar di tepi mesin gila ni adalah disebabkan tulisan pada permainan tu. 'You Never Walk Alone"
Ya, semua ni dah tinggal kenangan. Sekarang, masing-masing dah sibuk dengan life sendiri. Jaranglah kat rumah tu cukup semua tujuh orang serentak.
Hoseok tersenyum sendiri dan sesekali dia ketawa. Namun, tiba-tiba sahaja kepalanya menucuk sakit. Hoseok mengurut tepi kepalanya sambil menutup mata. Setelah lega sedikit, dia kembali memandang ke arah skrin.
Pap!
Hoseok terkejut setelah ada titisan darah jatuh ke atas skrin telefonnya.
"Eh, pehal ni?" Hoseok bingung dan menyentuh bawah hidungnya. Jarinya diangkat dari bawah hidung.
"Weh, pehal hidung aku period lak ni?!"
Hoseok gelabah mencapai tisu dan mengelap hidung serta skrin telefonnya."Panas sangat kot. Elok la aku keluar, Yoongi pun dah nak sampai." Kata Hoseok sendiri dan terus keluar dari keretanya.
Dia melangkah masuk ke dalam Incheon Airport. Pintu automatik terbuka seolah-olah mengalu-alukan kehadirannya.
"Fuh, aku rasa cam retis bhai." Katanya sendiri lalu meneruskan langkah.
• • •
"Mustahil la tu dia.." Yoongi merenung kosong ke arah lantai dengan wajah serius.
"Yoongi."
"Ah!" Dia tersentak setelah bahunya ditepuk seseorang. Laju kepalanya didongak melihat seorang gadis yang berdiri sambil memandangnya.
"Kau okay? Pehal jauh termenung ni?" Soal gadis itu. Yoongi tersenyum kelat.
"Tak ada apa la. Eh semua dah turun?" Yoongi meleraikan tali pinggang kerusi lalu terus bangun.
"Ha'a. Kau je belum lagi. Dah, jom balik." Gadis itu yang juga seorang pramugari berlalu meninggalkan Yoongi yang masih terpinga-pinga.
Yoongi bangun dari kerusi dan terus mengambil begnya lalu keluar dari kapal terbang itu. Sebelum itu, sempat dia menoleh sekilas ke arah tempat duduk isteri lelaki gila tadi. Eh, kejap.. Ada sesuatu..
Yoongi menghayun langkah perlahan ke arah seat wanita itu dan mengambil sekeping kertas yang terselit di tepi kusyen. Ah, sekeping gambar!
"Hah?!" Yoongi tersentak sehingga gambar itu terjatuh dari tangannya.
YOU ARE READING
blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG)
Misteri / Thriller#digalakkan untuk baca buku Blood Sweat And Tears I : The Truth Untold before baca buku ni Status : on going "Hyung...betul ke...dunia ni bukan tempat untuk aku?" "Ya." tahun demi tahun berlalu setelah tamatnya perjalanan ngeri dan hitam. Peristiwa...