#17 - Midnight Train

218 37 4
                                    

Saturday, 6/1/36, 1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saturday, 6/1/36, 1.30 p.m.

Jungkook menongkat dagu di atas bingkai tingkap. Matanya ralit merenung ke arah luar. Miskipun pemandangan di luar kereta api amat indah, namun, fikirannya melayang ke arah kes misteri  yang masih menghantuinya. Kes misteri yang berada di bawah tanggungjawabnya iaitu kes dadah yang telah mengorbankan beberapa nyawa. Yang menyedihkan, ke semua mayat mereka ditemui dalam keadaan yang menyayat hati. Siapa punya angkara semua ini? Terima kasih kepada rakan sekerjanya, Jungkook berjaya mendapat pelepasan pihak atasan untuk bercuti buat beberapa hari. 

"Jungkook ah.." 

Jungkook tersentak setelah bahunya ditepuk seseorang. Dia mendongak sebelum menatap wajah Namjoon yang sedang berdiri memandangnya. "Ah, Namjoon.." 

"Kau okay? Tadi aku lalu, lepas tu nampak kau mengelamun. Aku panggil tak dengar. Kau fikir apa?"  Namjoon melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan Jungkook. Jungkook menyandarkan kepalanya pada kerusi lalu menarik nafas panjang dan bertentang mata dengan Namjoon. 

"Kau tahukan tentang kes dadah tu?" 

"Kes under kau tu?" Namjoon mengagak dan Jungkook mengangguk. 

"Aku kelam punca bila teringat pasal tu. Pelik sangat. Sebab, mayat-mayat tu dijumpai dalam keadaan yang...you know la. Mengerikan. And then, yang paling pelik, cara pembunuhan tu clean. Tak ada cap jari, kesan tapak kaki, senjata pembunuhan...memang tak ada. and dadah yang dijumpai dalam body mayat, semua sama and dadah tu memang pure. Siapa yang mampu cipta dadah jenis ni memang another level la." Jungkook mengurut dahi kerana mula tertekan. 

"Dadah tu rupa dia macam mana?" Namjoon menyoal. 

"Dadah yang biasa kita jumpa, bentuk dia pepejal kan? Haa yang ni lain sikit. Dia dalam bentuk liquid. And warna dia, hijau pekat macam pewarna makanan tu. Dadah tu masih dikaji, aku dah hantar ke makmal kimia, and diorang masih jalankan ujikaji. Aku pun tak pasti bila aku boleh dapat result dia." Jungkook mengeluh lagi lalu menyampu wajah. 

Namjoon menggeleng. "Dah, jangan fikir sangat pasal ni. Kita tengah bercuti kan? Nanti dapat result, aku rasa lagi jelas jalan kau untuk selesaikan kes ni. Dah, jom pergi makan. Diorang dah ada dekat cafe. Esok kita sampai la kat tempat bercuti tu." Namjoon bangun lalu menepuk bahu Jungkook untuk menenangkannya. Jungkook tersenyum kelat lalu mengikut Namjoon untuk ke cafe keretapi. 

. . .

Seokjin terjaga dari tidur setelah terasa sesuatu. Ya, kereta api berhenti bergerak. Dia menggosok mata sebelum turun dari katil yang memang disediakan di beberapa gerabak khas di atas kereta api. Kain yang menutup katil Namjoon diselak. Tak ada orang. Begitu juga dengan katil Jimin dan Yoongi yang berada di bilik yang sama dengannya. Seokjin berkerut dahi. Mana mereka semua? Telefon, tak diangkat. Aneh.. 

Dia melangkah keluar dari biliknya. Serentak itu, cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap bertentangan pintu biliknya menyilau pandangannya. Dia melihat kiri dan kanan, ternyata sepi. Tak adaa sebarang pergerakan selain darinya. 

"Namjoon? Jimin? Jungkook? Hoseok ah! Yoongi ah! Taehyungiee!!" Dia memanggil setiap nama mereka dengan harapan ianya bersahut. Tapi, masih sunyi. 

Seokjin memegang hati sendiri, apa dah jadi ni? Dia terus melangkah dari satu gerabak ke gerabak yang lain sebelum berhenti setelah ternampak satu figura sedang berdiri di tengah-tengah lorong dalam sebuah gerabak. Figura itu sedang memandang ke arah sesuatu. Segera Seokjin menapak ke arah gerabak di mana figura itu berada. Di balik cermin pintu antara dua gerabak, dia sedar bahawa figura itu ialah Namjoon. Dan dia juga sedar, bukan Namjoon sahaja yang ada, tapi mereka semua! Seokjin menghembuskan nafas lega dan menapak ke arah mereka. 

Skrekk..

Saat pintu ditolak, mereka berenam memandangnya. "Ah, hyung..kau dah bangun.." Masing-masing tersenyum kecil melihat Seokjin. 

"Korang buat apa ni? Kenapa kereta api berhenti bergerak?" Tanya Seokjin. Tapi tiada sebarang jawapan. Mereka diam membisu. Tiba-tiba, Jimin membuka pintu gerabak. Angin sejuk menyapa wajah mereka semua. Mereka semua melangkah keluar termasuklah Seokjin sendiri. Salji putih terbentang luas bagaikan karpet putih. Betul lah, musim sejuk belum berlalu. 

"Kita kat mana ni?" Tanya Seokjin lagi. Tapi, tak ada sesiapa yang jawab pertanyaannya. Seokjin lagi bingung. Mereka terus berjalan sehingga mereka bertemu dengan sebuah pokok yang tiada sebarang daun. 

"Apa kita buat kat sini?" Seokjin melihat wajah Jimin yang berdiri di tepinya. Tapi, Jimin hanya memandang tepat ke arah pokok itu. Sebelum perlahan-lahan air matanya mengalir turun. Seokjin tersentak. "Min, kenapa ni? Kenapa kau menangis?" Seokjin memegang bahu Jimin. 

Mata Jimin membulat dan mulutnya menggeletar. Kemudian, perlahan-lahan tangannya terangkat dan jari telunjuknya menunjuk tepat ke arah pokok itu. "T-Tae..Taehyung.." Sebut Jimin dalam keadaan menggeletar. 

Jantung Seokjin seperti ditusuk sesuatu. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah pokok itu sebelum terduduk kerana terkejut. Satu susuk tubuh sedang tergantung di situ. Terayun-ayun ditiup angin. 

"Taehyung!!" Seokjin menjerit sekuat hati. 

PANG!!

Seokjin membuka mata setelah terasa pipinya berpijar ditampar sesuatu. Gelabah dia bangun sebelum mengerang sakit setelah kepalanya terhantuk pada bumbung kereta api. Dia menoleh ke tepi di mana ada tiga kepala sedang memandangnya. 

"Namjoon, Jimin, Yoongi.." Sebut Seokjin setelah mengenalpasti ketiga-tiga wajah itu. 

"Apa? Apa yang berlaku?" Tanya Seokjin cemas lalu turun dari katilnya yang berada di tingkat dua. Jimin, Yoongi dan Namjoon berundur memberikan ruang untuk dia menjejak lantai kereta api. 

"Kami yang patut tanya soalan tu. Kau pahal mengigau? Asyik sebut nama Taehyung ja. Kau mimpi apa?" Namjoon membebel, namun riak wajahnya jelas menunjukkan rasa risau. 

"Kita ada berhenti kat mana-mana ke? Sekarang pukul berapa? Taehyung mana?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya. Jimin dan Yoongi saling memadang satu sama lain. 

"Herm, kita tak berhenti kat mana-mana. Sekarang dah pukul 12 tengah malam and Taehyung tengah main game kat bilik dia." Jelas Jimin. Seokjin mengelap wajah yang berpeluh. 

"Aku..Aku nak pergi basuh muka kejap.." Seokjin melangkah keluar dari biliknya dan berlalu ke bilik air. Sebaik sahaja tiba, dia segera membersihkan wajahnya. Kemudian, dia tatap cermin. Wajahnya jelas sekali pucat lesi.

 Mimpi ngeri apa tadi ni? 















blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now