#22 - Introduce

145 33 26
                                    

4.30 p.m.

Hoseok keluar dari keretanya. Letih setelah seharian berlatih. Helmetnya ditanggalkan lalu diberi kepada pembantunya. Dia menapak malas ke arah jurulatihnya yang sedang menulis sesuatu di atas kertas.

"Camna coach? Orite tak orite?" Tanya Hoseok sambil membuka penutup botol air mineral.

"Buleh la buleh la. Tapi hang kat selekoh tu hang kona bagi rapat sikit dengan dinding. Pahtu tang jalan straight tu hang tekan minyak bagi laju kit. Tu pun takkan aku nak ajaq..." Ujar Coach Hisyam yang berasal dari Malaysia itu.

Hoseok mencebik. "Holah...nak try lagi ka gena ni? Ka nak stop paihtu sambung besok? Tapi saya sakit lutuit dah ni, coach." Rungut Hoseok sambil mengeliat.

Disebabkan coach Hisyam jarang berbahasa Korea atau English, Hoseok sudah pun mahir berbahasa Melayu.

"Hang sakit lutut, tapi duk urut tang bahu. Apa kejadahnya. Dah, sambung besok ah. Aku pun malas dah ni. Balik satgi nak pi karaoke sat. Hang esok jangan tak mai lak latihan. Aku putaq pala hang satgi." Ugut coach Hisyam lalu berlalu pergi setelah Hoseok tersengih.

Hoseok kemudian memusingkan kepala ke arah tempat duduk penonton yang kosong.  Tak sabar rasanya nak race bulan depan kat Bahrain untuk pertandingan antarabangsa Formular 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix.

Sedang dia tengah berangan, dia perasan ada seseorang sedang melihatnya dari salah satu kerusi penonton. Mulutnya terus ternganga dan matanya membulat.

"Damn..."

•  •  •

8.30 p.m.
Rumah Seokjin

Krekk....

Pintu utama ditolak lemah.

Thud!

Satu tubuh terjatuh lemah di hadapan pintu. Namjoon yang sedang menonton Upin dan Ipin tersentak dan menoleh ke belakang di mana pintu utama berada.

"Ish..masuk laa...jangan la halang laluan orang!!" Jerit Jimin sambil memijak bontot milik manusia yang terbaring itu berulang kali. Tapi dia tu tetap tak nak bergerak.

"Eiy meluat la aku. Ada gak nak kena kafan natang ni..." Jimin mendengus geram dan terus menolak makhluk itu ke tepi menggunakan kakinya.

"Eh, awal balik." Seokjin dari dapur muncul sambil membawa segelas air sejuk.

"Haah, aku balik awal hari ni. Sakit otak aku duduk dalam office tu lama-lama."  Jelas Jimin sambil menyusun kasut di atas rak.

"Uhuuhhhuuu...tak nak..tak nakk!! Tak nak handle kes dadah tu! Uhuhhuuu.." Tubuh itu akhirnya bersuara sambil berguling-guling di atas lantai. Dia kemudiannya berguling dan memeluk kaki Jimin yang mahu melangkah ke ruang tamu.

"EIYYY LEPASLAH!!! JANGAN LAP HINGUS KAU KAT SELUAR AKU HANAT!!!" Jerkah Jimin bengang sambil menolak-nolak wajah Jungkook yang sudah berlinangan air mata dan hingus.

Splash!

Seokjin menyimbah air sejuk itu ke wajah Jungkook menyebabkan Jungkook melepaskan kaki Jimin. Dia kemudian diam tak berkutik dalam keadaan tertiarap.

"Stress lagi?" Tanya Namjoon sambil menapak ke arah mereka dengan bercekak pinggang.

Jimin menghembus nafas berat. Belakang leher yang terasa sedikit lenguh diurut. "Tak ada sebab lain dah.."

"Uwuuhuuu!!! Penat la, hyung!!!"  Raung Jungkook sebelum sekali lagi diam setelah Seokjin mengetuk kepalanya dengan sudip. 

"Bising betul la natang ni.." Seokjin mengeluh berat lalu mengheret Jungkook masuk ruang makan. Diikuti Jimin dan Namjoon.

"Tsk.." Jungkook tersedu sebelum meletakkan kepalanya di atas meja.  Murung.

"Nah, makan dulu." Seokjin menolak kepala Jungkook ke tepi dan meletakkan makanan di atas meja.

"B-But.." Jungkook ingin bersuara lagi namun,

"Shuu.." Seokjin menyuap sayur ke dalam mulut Jungkook. Jimin mencebik lalu turut mula menjamah makanan.

"Tae sampai dah ke kat Daegu?" Tanya Jimin.

"Dah, dah. Tadi dia call kata sampai dah." Balas Seokjin.

"Bila dia balik sini?"

Seokjin menjongket bahu. Jimin terangguk-angguk sebelum bangun dan berlalu ke bilik air. Sedang yang lain berbual, pintu utama tiba-tiba terkuak. Memandangkan tidak ada sebarang dinding yang menjadi penghalang antara ruang makan dan pintu utama, jadi mereka semua menoleh ke arah pintu.

Satu figura lelaki melangkah masuk.  "Eh, lewat kau balik, Hoseok." Tegur Namjoon.

Hoseok yang sedang menyusun kasut memandang mereka. Dia kemudian tersengih.

"Aku bawa someone ni. Nak kenalkan kat korang."  Hoseok membukakan pintu itu untuk seseorang. Mereka semua tekun memandang ke arah pintu.

Setelah figura kedua itu menonjolkan diri, mata mereka semua terbuntang. Mulut semua orang ternganga.

"PEREMPUAN?!!!" Seokjin separuh menjerit kerana terkejut.

"Gais...kenalkan, ni Kim Hamin!" Hoseok tersengih sementara wanita berumur 20-an itu menunduk hormat.

"Ah-A...H-Hai.." Seokjin bangun dan menunduk kembali dalam keadaan kekok. First time ada perempuan masuk ke rumahnya.

Krekk..

Pintu bilik air tiba-tiba terkuak dan Jimin melangkah  keluar. "Apa bising-bi-..."

Ayat Jimin terhenti setelah terpandang wajah gadis itu. Jantungnya terus berdegup laju dan matanya terbuntang. Tubuhnya kaku terus. Mata gadis itu pun turut membulat setelah melihat wajah Jimin.

"Eh, korang ni kenapa? Korang kenal ke?" Tanya Hoseok.

Jimin mengelipkan mata beberapa kali lalu memalingkan wajah dari menatap gadis itu. Gadis itu membuka mulut untuk bersuara namun membatalkan hasratnya setelah Jimin terlebih dahulu mencelah.

"Ah...tak. Aku tak kenal dia. Aku ingat dia client aku tadi. Pelanduk dua serupa." Jelas Jimin lalu tersenyum dan gadis itu hanya tersenyum kelat.

"Oh...by the way, sila la duduk. Mari la makan sekali." Ajak Namjoon sambil menepuk-nepuk salah satu kerusi.

Hoseok dan Hamin menapak ke arah meja makan setelah Hamin menerima pelawaan tersebut.

"Aku naik atas dulu eh." Pamit Jimin lalu naik ke biliknya di tingkat dua.

Sempat dia mengerling sekilas wajah gadis itu sebelum melangkah naik ke atas. 












Sambil mendaki tangga, Jimin mengetap rahangnya. Mindanya mula memainkan memori lalu.

'Kenapa kau...kenapa mesti sekarang? And kenapa mesti Hoseok?' Gumamnya sendiri.







Dont forget to hit the damn star, it's FREE bruh!!
  👇

blood sweat and tears II : escape from nightmare (OG) Where stories live. Discover now